Tuesday, August 30, 2011

sayu

sayup kedengaran takbir raya...
sayu mendengar ucap takziah...

rasa dalam jiwa, tak bisa diungkap kata...


selepas maghrib, tanda syawal tiba, datuk saudara kembali ke rahmatullah. tiada dijangka, tiada petanda. genap sebulan berpuasa. datuk saudara yang sering beri peluk mesra, peck on the cheek, pat on the back hampir tiap kali berjumpa... dari suatu sudut, beruntung juga beliau, diberi kesempatan melalui sepenuhnya ramadhan penuh barakah sebelum dijemput pergi. namun, tiada kesempatan mohon ampun zahir batin darinya di pagi raya. cuma berkesempatan melihat sekujur tubuh kaku di ruang tamu yang kemudiannya dibawa ke masjid, disolatkan seterusnya diusung ke perkuburan. hanya doa yang mampu dikirimkan.

beberapa hari lepas, menerima berita seorang teman abang kehilangan isteri tercinta setelah terlantar di hospital hampir sebulan. alasan saintifiknya, gara-gara silap doktor semasa pembedahan tidak lama dahulu.

seperti disedarkan betapa singkatnya hidup. betapa ajal itu tiada dijangka. seperti yang berulang kali disebut dalam al-Quran, setiap makhluk itu ada ajalnya dan bila ia tiba, tiada penundaan atau percepatan, meski sesaat. sudah tertulis, hari masa dan bagaimana dalam lauh mahfuz.

terkenang pesanan seorang ukht yang 5 tahun lebih tua semasa saya di tingkatan satu. tiadalah dapat di-recall ayatnya tetapi sepertinya mahu berkata masa muda dan masih kuatlah peluang terbuka luas untuk beramal ibadah dalam mencari redhaNya, bukanlah tiada peluang bila nanti tua cuma keadaannya akan berbeza. entah kenapa, hingga kini masih ingat pesanannya meski ketika itu diri ini tidaklah mengambil pelajaran darinya. rugi.

saat ini milikku. saat kemudiannya milikNya
apa sudah ku lakukan?

tidak dapat nafi.
tidak dapat nafi.
ingat pada mama.
sayu.


Monday, August 29, 2011

eid al-fitr

lepas Maghrib nanti...
bermulalah takbir raya...
datang matahari esok pagi...
bermulalah sambutan meriah...


Ramadhan last year ---> Ramadhan this year. meaningful, I must say.
it's like a journey. it felt like I've walked through a gloomy evening which led me to the darkest night and then there were traces of light and then tadaaa the sun rose, shining so brightly. what an enlightenment! I wish to walk until I found noon and I wish my journey ends there. "Our Lord! Forgive us, our sins, and expiate from us our bad deeds and take to Thyself our souls (in the state of righteousness) along with the righteous." (3:193). feel like crying.

Alhamdulillah, bi iznillah, I managed to get to where I am today, I get to come this far as a muslimah, as a little lady growing into being ummm.... your fair lady? haha. shush qistina, as a little lady growing up lah. yeahh, up up and away! like supergirl (except that I wear decent outfits) growing up into a wonder woman. then a supermak, if I have the chance. supergirl ---> wonder woman ---> supermak. hmm maybe misi this one better sikit - supermuslimah ---> wonder mu'minah ---> super-pembentuk-ummah. aish cewahh, berangan tak sudahh, wahai diri, pergi tengok mir'ah dan muhasabah. hehe people say - dream as if you'll live forever :D ok, qistina, what happens to the sambungan 'live like you're gonna die tomorrow'? erk~

dah jauh deviate. this is supposed to be about eid al-fitr.

Ramadhan, the month full of barakah is saying goodbye. I'm not sure how to describe this Ramadhan but I really hope the tarbiyyah from this great month has a great and long-lasting impact dalam membentuk jiwa se-sempoi, se-cun, se-gempak mungkin so that I, and all of us, insha-Allah, get to arrive to the next Ramadhan 'safely'. or if we were to be 'taken back' before the next Ramadhan, may us all be taken back in the best state of iman, insha-Allah.

last year's Syawal 1st was phewww~ I wish not to mention. I'll be a better daughter, sister, aunt, stepdaughter, cousin etc etc this year, insha-Allah.

watched tv just now and tertengok not-sure-citer-apa but tertarik dengan ayat Wan Maimunah in one scene -

"Penawar seribu penawar, belaian kasih sayang, ubat rindu, tak ada dijual."

this would be the fifth eid without mama. teringat lagu unic, ke makam bonda. dulu kecil-kecil I wonder what it felt like visiting someone's grave on pagi raya sebab some friends citer lepas solat sunat hari raya pergi kubur atuk/nenek. and then bila tengok drama/telemovie raya, banyak scene air mata bila ziarah kubur insan tercinta di pagi raya. and now...I get to experience it myself. I'm not sure how should I feel when I type the previous sentence but....alhamdulillah ala kulli hal. perkara yang pahit itu mungkin kifarah, penghapus dosa. bisa juga jadi tazkirah, agar diri muhasabah. juga boleh jadi tarbiyyah, mengajar diri lebih tabah. ada hikmah disebalik semuanya. mama, I'm trying to be the daughter you wished I had been.

Salam eid mubarak to everybody. Diri ini, dari hujung rambut sampai hujung kaki, menyusun 10 jari tangan, 10 jari kaki, mohon maaf zahir batin andai ada salah silap tersalah kata terkasar bahasa ter-annoy siapa-siapa ter-segala apa yang tak sepatutnya. Segala yang baik dari Dia, yang kureng pasti dari kekurangan diri saya.

Sekian. Wassalam. May Allah swt bless us all. Amin.

Sunday, August 28, 2011

cangkerang



tidak. snail bukan haiwan kegemaranku.
------------------------------------------------------

sekadar pandangan dari suatu sudut....

Take Two *ala-ala macam dalam newspaper The Star*

#1
snail sentiasa bawa cangkerangnya. sudah fitrah..cangkerang itu sebahagian daripada ia. sebagai exoskeleton yang bukan sahaja untuk muscle attachment, juga menjadi tempat berlindung. snail sentiasa bawa ia. sentiasa. dalam terik panas mentari, cangkerang itu melindunginya. dalam takut musuh mendekat, cangkerang itu melindunginya. dalam mengelak kerosakan diri, cangkerang itu melindunginya. ia perlu pada cangkerang. cangkerang tidak mengapa tanpa ia. dan snail sentiasa bawa cangkerangnya. dalam apa keadaan sekalipun. sentiasa.

#2
hakikat manusia adalah hamba pada Yang Maha Esa [51:56]. fitrah bertuhan [30:30] sudah sebahagian daripada manusia. dan Dia bukan sekadar Pencipta manusia [23:12-14], langit dan bumi [7:54], matahari dan bulan [10:5], air [27:68-70], awan dan hujan [13:12, 30:48] dan segalanya untuk dikenali siapa, juga sebaik-baik penjaga [12:64], sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong [8:40], sebaik-baik pemberi rezeki [34:39] dan Dia... Maha Kuasa atas segala sesuatu [67:1]. dalam takut pengaruh syaitan, Dialah pelindung [97:98]. dalam takut pada musuh, Dialah pelindung [28:21]. dalam memerlukan sesuatu, Dialah pemberi [28:24]. kita manusia lah yang perlu pada Dia, Dia tidak memerlukan kita [35:15, 312: 132, 14:8].

Maka ingatlah kepadaKu, Aku akan ingat kepadamu; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu. 2:152

muhasabah diri: seperti snail yang tak pernah tinggal cangkerangnya, seperti itukah kita 'tak pernah tinggal' Dia?


fakta sains: a snail would die without its shell.

ferry


uncle loh & aunt foon came over yesterday.
raya visit in advance since they wont be able to come during raya.

got my very first duit raya for this year yesterday. yay!
*gaya kanak-kanak milo dapat duit raya, yeah milo, tak minat ribena*

told uncle where and when I'll be going to further my studies and kena sebijik -

"Orang mau naik kapal terbang, dia mau naik ferry~"

*senyum, gelak-gelak*

rupanya isu me declining the offer to continue my degree in aussie masih belum fade.
haha. ok apa naik ferry, RM7 untuk pergi, balik free :D

Saturday, August 27, 2011

Dulce de Leche Pudding & Brownies

Dulce de Leche aka Confiture de Lait
aka Condensed Milk Masak 3 Jam

Ten Minute Dulce de Leche Pudding Recipe


Garnished it with almond slivers & icing sugar & a drop of vanilla essence.
This recipe memang super duper easy buat and cepat siap
and risk of ketidakmenjadian adalah rendah :D

-----------------------------------------------------------------------



well...mine didn't turn out like David Lebovitz's (as in the appearance). unfortunately.
my mixture was a little too thick I think. and my brownie was slightly overcooked.
the recipe says, bake for 35-45 mins. I say, 25-35 mins.
okay.. maybe my oven was a little too hot~ =.="
should've preheated it lambat sikit.
and since, my brownie had an extremely low aesthetic value the moment I took it out from the oven, I decided to garnish it with a drop of DdL & almond flakes :)



I just love Tok punya feedback tentang anything I cook
"Sedap laa dah Tina buat" :D

iftar gathering

5 people. former classmates.
bangkok station - tables fully booked. ayam penyet - fully booked. johnny's - reservations full.

a drink from Paradise...available on Earth. yeah the drinks are great but...hmmm the tagline seems like downgrading drinks in Paradise which are unimaginable and for sure unimaginably a lot more tastier. tak gitu? 0.o (e.g - 76:5-6, 17,21. 2:219, 5:90, 37:45-46)

this 'kopi kasut' that can keep you awake throughout the night.

my iced chocolate :D creamy. tasty. yummy.

the dishes. alhamdulillah, still have the chance to enjoy good food :)


oh and this one..from the other day punya iftar.



time passed.
things changed.
friendship remains.

Friday, August 26, 2011

wordless

wordless friday. tiba2.
melanggar norma.


To reach the top, the first step counts.

Wednesday, August 24, 2011

lambat #3


this would be the last post tentang 'lambat' though it feels like there's a lot to write. some details are just too private. and summarizing is just not my forte, mungkin. macam redundant pulak sampai ada 4 the word 'lambat' dalam archive bulan ogos. sebenarnya geli juga tengok gambar snail. haha. what inspired me to write about 'lambat' was the audible "Lambat macam siput" yang my brother hantar to me yesterday when we were chatting.

ada satu lagi cerita tentang snail. arwah mama ceritakan atau ada dalam buku citer masa kecik, tak dapat recall. ceritanya lebih kurang begini - ada seorang budak tengah tension study. masa dia tengah study, dia nampak di luar jendela, dekat pokok pisang tu, ada snail tengah nak naik pokok pisang tu dan asyik-asyik jatuh. lantas dia fikir macam impossible je snail tu nak naik sampai kat part tinggi2. sambil dia tengok, sambil dia study, sambil tension, dia terlena. bila bangun, dia tengok snail tu tak ada kat area tadi, rupanya snail tu dah sampai atas-atas dah. terus dia terfikir tentang situation dia, kalau dia berusaha secara constant, kalau dia ada perseverance tentu dia pun boleh berjaya.

istiqamah/persevere dalam amalan is very challenging. but it's not a challenge to be accepted or declined. it's a must.

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu (fastaqim kama umirta), dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. 11:112

in dunia, more often than not, it is the outcome that is judged instead of the effort. for example, to get an A for a paper in exam, how hard you study, how many nights you sleep late is not part of the marking criteria. imagine kalau istiqamah yang sememangnya susah dinilai dengan neraca dunia, aishh parah. Allah's judgement berbeza dan sudah tentu judgement Dia paling hebat dan precise, He knows everything, He sees everything, everything counts and it's the effort that matters. kata orang, Allah lihat usaha, bukan natijah :) kata-kata tu sangat motivating.

penulis sedang belajar melangkah sambil mengatur langkah dan terus mengatur langkah sambil memperbetulkan langkah. terbabas selalu juga. namun mengharap dapat istiqamah.
penulis mohon teguran jikalau salah.
---------------------------------------------------------------

satu malam. tak ingatlah malam bila. terdetik nak tengok ini kisahku - Wardina Safiyyah di Tonton. mula-mula steady tapi towards the end, when I can relate to her story, relate to how she felt, mata terasa panas dan titis-titis air jernih mula membasahi pipi.

like her...yes, I've changed for the better hingga tiba kepada who I am today. bukanlah baik mana tapi insha-Allah lebih dari semasa ke semasa. I never thought I could do this dulu, I thought detachment dengan what I had dulu adalah near impossible. Mujahadah was painful kerana masih lihat apa yang ditinggalkan itu indah. Tapi bak kata orang, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Alhamdulillah wa syukur lillah, disedarkan olehNya, dipimpinNya kembali ke jalanNya.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. 3:8

sangat takut kalau jadi macam those yang dinyatakan dalam al-Quran sebagai buta, tuli, pekak terhadap kebenaran. yang kalau orang buat macam mana pun, dia takkan faham. sangat takut kalau jadi orang yang dijadikan terasa indah perbuatannya padahal nanti balasannya azab neraka. sangat takut kalau jadi orang yang so attached to dunia sehingga takde saham untuk akhirat sana. nauzubillah min zalik.

dan dalam her kisah, there's this one part...
she said something yang bila saya dengar, terasa...sebak..
air mata suddenly dengan begitu mudahnya bercucuran turun...

"jadi semestinya... orang yang paling gembira ketika saya berubah tu, ibu saya lah"

mama..

lambat (cont')


peristiwa dalam gelap pagi itu..seakan seperti memberitahu diri "You do not own the time. Your last breath could leave you in the next second if He wills it."

at that point, I know I should not wait any longer.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. 8:2

and when I realized hati ini bergetar kerana sesuatu selain Dia...
at that point, I know I really should not wait any longer.

rasa mahu eliminate sesuatu, apa pun itu. sesuatu yang memberi rasa - there's something in between me & Allah. sesuatu yang shouldn't be there.

Detaching with those things that I was once so strongly attached to was incredibly hard. Harder than I thought. Semua tu dah sebati dalam diri, sebati dengan hari. So I thought, is it really wrong, if not, then maybe I can just continue my lifestyle with the few changes made. That would be a little easier. I started searching for answers. Was secretly (ok, now it's no longer a secret) browsing through my father's books. Looking for maybe an ayat for al-Quran or a hadith or an opinion of an Imam that would say it's okay to do this/that.

There's none! In fact, I learned that I had successfully created a large complicated mess of mistakes! Condolences to me =.="

tak tahu nak describe perasaan. one word : guilt. one more word: shameful. pada manusia, ya, tapi lebih pada Dia. Dia yang menutup aib-aib hambaNya. Dia yang lihat segala. and from my reading, I learned betapa luas keampunanNya. dan sebenarnya solat itu menghapus dosa yang dilakukan antara dua waktu solat. dan setiap kebaikan itu menghapus kejahatan. dan penulis tak pernah tahu dan tak bother untuk ambil tahu dulu. what's worst than that?

Kakak was the best confidante I could ask for. Alhamdulillah for such a great sister. and Alhamdulillah dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik.

To change like cold turkey baik dari segi appearance mahupun attitude would require one to be very strong with the ability to retain the strength in order to not fall back into the previous condition. I read somewhere, pengajaran dari the fact that al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun - drastic change is not advisable and if I'm not mistaken, there's a hadis that says something like kalau berubah secara drastik, tak mustahil akan berubah balik secara drastik.

I chose baby steps towards saying goodbye to the old me. with His kurnia, alhamdulillah, I managed to become who I am today. honestly speaking, in my case, I find that benda yang paling mudah untuk fix adalah appearance. nak make sure attitude, akhlak & ilmu tu parallel dengan appearance, lambat. lambat. sometimes I do find the way I speak etc bukan setakat tak parallel bahkan ada jugak yang perpendicular dengan appearance and of course perp. dengan the way I wish to speak. =.=" terbiasa dengan gaya lama. to break the bad habit, the old 'biasa' way of speaking/handling things or situation, it's like getting rid of chewing gums from clothes. kadang-kadang tu rasa nak self-slap pun ada. sekadar rasa. penulis masih menghargai wajahnya yang, ok mungkin tak perlu tambah adjektif apa-apa. haha

perhaps sebab tu many chose to fix the inside sampai mantap dulu baru fix appearance. and perhaps I'm not much of a patient young lady, I like my appearance now, couldn't wait longer to appear like that and I wish to appear better. while I myself masih perbaiki my penutupan aurat, sebenarnya bila pakai sesuatu yang betul-betul 100% cover semua aurat, ada satu special feeling yang jauh lebih special dari rasa best bila reveal aurat and tabarruj. dulu masa skola, ada satu ustazah yang tudungnya labuh macam kain telekung, agaknya dia ada rasa special feeling bila pakai gitu kot :)

maka alkisahnya penulis mahu fix banyak benda pada masa yang sama, tak mahu postpone mana-mana, entah jadi macam mana lah....

Tuesday, August 23, 2011

lambat #2


ada satu joke tentang snail. kali ni perlu juga guna nama melayunya, siput babi. alkisah jenaka ini, siput babi dikatakan berjalan lambat kerana banyak berfikir dek mengalami kekeliruan identiti, aku siput ataukah aku babi? haha

dalam penulis ini ketawa pada jenaka siput babi, mungkin pada masa yang sama siput babi ketawa pada penulis kerana penulis juga lebih kurang sama. like the pot calling the kettle black gitu. dari suatu sudut, siput babi itu lebih baik kerana ianya termasuk dalam golongan haiwan, dan semua haiwan di muka bumi ini sentiasa bertasbih kepada Tuhan. Sentiasa. tapi penulis? *self-slap* (self-slap hanya dari segi kata, penulis masih menghargai wajahnya)

kenapa lebih kurang sama? ok, siput babi confuse dirinya siput atau dirinya babi. tapi penulis confuse tanpa sedar - aku hambaNya yang supposedly baik dan patuh or umm tapi aku juga selalu buat salah dan banyak tak tahu mungkin aku just hamba yang tak de la baik sangat, ikut la jugak perintah, cam boleh la, normal la kalau tak strict sangat and buat salah.

while snail, bila dia confuse, dia jalan lambat, penulis pula, bila confuse, jadi lengah. ya, penulis pernah punya monolog dalaman seperti "Alaa, i'm not that religious/alim...", dan itu dijadikan alasan tanpa sedar untuk tidak follow dengan baik suruhan agama. alasan tanpa sedar untuk tidak menjaga ikhtilat, aurat, attitude, bahasa etc. lengah dalam menjalankan perintah Allah swt. kenapa rasa macam terlebih jujur disini. haha. tak apalah, just.....jangan cuba aksi ini.

and I used to wear shawls, pusing-pusing at the end tidak menepati syarat tutup aurat. While I know je 24:31 and soal aurat kat sekolah pun belajar. hal pakaian, lain pulak citernye. sudah terbabas dalam tabarruj. same goes to soal ikhtilat. muncul sikap tak-apa-la-aku-bukan-alim-sangat or tak-apa-la-sikit-sikit. tapi alim kan tentang that particular matter? (alim means knowing) memang rasa sangat terpukul lah bila baca kata-kata Syaikh Abd Qadir al-Jailani - Jadilah engkau seorang yang beramal, janganlah engkau berpura-pura tidak mengerti apa yang sedang engkau lakukan. T_T

speaking of "Im not that religious", terfikir...one of the definition of religious is scrupulously faithful. scrupulously means having or showing a strict regard for what one considers right. so if I say "I'm not that religious", macam saying "When it comes to being faithful, I don't have a strict regard for what I consider right". It sounds sooo tak patut.

Often when we say "Aku bab-bab agama ni biasa-biasa ja", we mean ada perintah yang diikut ada yang tidak, kira lebih kurang lah. Tertarik dengan definisi 'biasa' dalam Islam di sini - yang ‘biasa’ itu ialah hamba Allah yang taat kepada-Nya. Itu biasa. Manakala yang ‘luar biasa’, inilah kita… kebanyakannya. Perbuatan banyak bermaksiat, sebenarnya itu ialah luar biasa! Luar biasa bagi seorang hamba, luar biasa juga kepada fitrah dan asal usul.

hakikatnya manusia dilahirkan dengan fitrah yang suci. semua dilahirkan baik dan sudah ada perjanjian antara kita dengan Dia di alam ruh (refer 7:172) kembali kepada fitrah, itu pasti tenang because we are 'engineered' macam tu. Dan the 'Engineer' lebih tahu ciptaanNya, apa yang diperintah, apa yang diberi, tentulah paling sesuai.

mungkin bisa juga belajar dari siput babi juga - berjalan dengan tenang, walaupun lambat, tapi tahu tujuan, seperti siput babi yang sedar dirinya siput babi, bukan siput, bukan babi. aplikasinya, berjalanlah dengan tenang dengan menyedari hakikat penciptaan, fitrah bertuhan dan hakikat diri sebagai hambaNya yang supposed to continuously berusaha patuh namun tidak dapat tidak akan occasionally makes mistakes kerana ketidaksempurnaan yang inevitable dan menyedari luas rahmat keampunanNya lalu bersyukur dan sering mohon ampunanNya, bukan hamba yang purrrfect atau yang partly baik partly tak partly akur partly rebel. *note to self*

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan..." 2:208
sedang terus mencuba....menjadi muslim secara sepenuhnya...
menjadi seorang yang menyerah diri dengan sepenuhnya...
sedang terus mencuba....kadangkala tripped over own feet...
kadangkala tergelincir...jatuh dan luka...
belajar...


lambat


abang pernah citer pasal snail (nama dia dalam bahasa melayu tak menarik) yang kena sepak. setelah tiga tahun, pintu rumah orang yang sepak dia diketuk "tok tok tok". tuan rumah buka-buka pintu nampak snail tu, dan snail tu terus marah pak cik tu sebab sepak dia dulu. elemen lawak dalam citer ni adalah sebab snail tu ambil masa sampai 3 tahun, like sooo lama, just to patah balik pergi marah pak cik tu. =.=" tiba2 rasa macam tak lawak.

fikir-fikir balik...snail tu lambat. ambil masa. susah payah jalan. at the end, apa yang snail tu buat macam...err.. sia-sia? reminds me of....

Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina. Bekerja keras lagi kepayahan. Mereka memasuki api yang sangat panas. 88:2-4

nauzubillah min zalik.
----------------------------------------------------------

sebenarnya mahu kata, it takes time to build/fix an attitude/a personality, to change for good, to improve ourselves. it takes time. nak jadi baik, lambat.

recalling my own experience - when life gave me lemons durians pineapple bitter gourd, yang jarak masa satu dengan yang lain tidak begitu lama (everyone has their own story to tell), terus jadi upside down tersenget terbabas terwhatever. faith sangat lemah :( at the same time, datang cinta, yang zahirnya indah, terasa macam anugerah. rasa takut jadinya bila terbaca tentang shirkul mahabbah. rupanya tersesat sudah dan sedang diajar mencari jalan pulang.

Dan Kami uji mereka dengan yang baik-baik dan yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran) 7:168

fikir2 balik, it's weird how people avoid/cannot tolerate at all non-halal food, non-halal beverages, non-halal ingredients in food, non-halal meat but when it comes to non-halal relationship.......... it's weird how the media were banned from advertising non-halal food/stuffs but non-halal relationship/ikhtilat is promoted through ads/dramas/movies. dan fikir2 balik, guling2 with a pig is wayyyyy better than touching a guy/girl yang ajnabi. sebab lepas guling2 dengan pig, boleh pergi samak, settle sudah. kalau yang satu lagi tu, kena taubat,which is antara diri dengan Tuhan.

back to the story.

suatu hari, masa tu kakak balik Malaysia, masa kakak hantar balik hostel, kakak bagi satu buku. Buku tu namanya Don't Be Sad written by 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni. kakak mengerti situasi. mula-mula rasa macam "what? religious book? oh so not my genre" (rasanya kakak dah expect I would have that feeling jadi dia explain awal-awal yang it's a very good motivational book dengan selitan-selitan agama sikit. perhaps to give the impression - this book is not thatttt heavy/religious) mula-mula rasa malas nak baca tapi it would do no harm kalau nak selak sikit-sikit, so I start reading few pages :) It's in english dan gaya bahasanya menyentuh jiwa dan rasanya masa ni buat pertama kalinya terdetik dalam hati untuk self-fixing. But.....

i took quite a long time untuk finally bertindak selepas lama memikirkan the tindakan. (kalau kakak baca mesti dia kata 'why your english so rojak one?' haha) Entah wait for apa pun tak tahu lah, strength barangkali? but strength...is something yang perlu dibina. Bila ada niat nak bina, insha-Allah bantuan dari super duper best Helper akan datang. Dalam as-Syams, ada sebut, setiap jiwa diilhamkan dengan jalan kejahatan dan ketakwaan dan those yang beruntung adalah those yang choose untuk menyucikan jiwa tu. Bukan balik modal sahaja, untung lagi... ^_^ but, thing is, yeah, ambil masa agak lama, kekal dengan lifestyle lama, attitude lama bahkan mungkin worst, sampai rasanya kena reminder direct dari Dia. yang rasanya sukar dilupa.

at that point, I know I shouldn't wait any longer.




to be cont.

Monday, August 22, 2011

sweet


mungkin kerana membesar dengan Anastasia sebagai movie pertamaku.
sehingga kini suka benar dengan kisah cinta atau love story atau apa saja namanya.

dalam meningkat dewasa, filem cinta Hollywood menjadi pilihan santapan mata.
yang Bollywood pun apa kurangnya. apa sahaja lah, janji jalan ceritanya menarik.
Notting Hill. The Notebook. Mujhse Dosti Karoge. The Wedding Planner. dll.

cair dengan character Prince Albert dalam Young Victoria.

novel cinta. Every breath you take. The ex-boyfriend's handbook. Where rainbows end. dll.

sweet. tapi...ikhtilat,aurat...dan ah, macam-macam lah.
sweet. tapi...itu dululah.

membaca pula kisah cinta Saidina Ali dan puteri Rasulullah, Fatimah.
dalam diam, berputik rasa. dalam rasa, berputik cinta. dalam diam, dalam diam.
ikhtilat dijaga. maruah dipelihara. mencari redhaNya. ditakdir berjodoh keduanya.
meski tiada banyak harta. meski hidup sederhana cuma. meski susah bersama.
berkat rahmatNya, bahagia.

sweet. subhanallah, indah rencanaNya.
sweet. indah cinta dalam mencari redhaNya bersama.

kisah cinta dalam sejarah Islam sebenarnya banyak yang menarik. jauh lebih menarik dari yang dihidangkan di kaca tv dan sebagainya. kisah cinta yang sweet seperti kisah Rasulullah sendiri dengan isteri-isterinya. kisah cinta Salman al-Farisi, cinta yang tidak kesampaian. bukan untuk melayan angan romantis semata tetapi ada pengajaran dari setiapnya. ada contoh yang bisa di ambil.

terfikir akan cinta yang agung - Dia. Dia yang mencukupi hambaNya.
Dia 'call' 5 kali sehari, Subuh Zuhur Asar Maghrib Isya. unlimited talk time.
Boleh juga 'call' Dia dalam sepi malam, bicara dengan penuh perasaan.
Mahu mengadu, mahu meminta, mahu bercerita, bila-bila sahaja, dimana sahaja, 'signal' tak pernah tak ada. Tadah tangan dan panggil Dia.

di kala hati meruntun kesedihan...
cerita duka dalam setiap titis air mata, Dia tahu.
setiap kata yang tak terluah, Dia tahu.
meski rasa tak terungkap oleh kata, Dia mengerti.

kata teman, bisikan hati juga kantoi dengan Dia. hihi.

dan Kekasih ini dekat. jika cuba mendekat, Dia datang lebih dekat.
dan Kekasih ini, bila diingati, pasti akan ingat pada yang mengingati.
dan Kekasih ini, hati tenang dalam mengingatiNya.
dan Kekasih ini, sebaik-baik pelindung, sebaik-sebaik penolong.

wajarlah begitu hebat cinta Rabiah al-Adawiyah pada Dia.

Dia sentiasa ada. sentiasa.
meski tidak zahir pada pandangan mata, rahmatNya melimpah di dunia.
suatu masa bertemu jua. semoga penantian berakhir dengan husnul khatimah disusuli sebuah pertemuan yang indah.

masha-Allah. sweet.
well, it's Him. who could by any sweeter?
*pengsan guling-guling cair macam blogger myzara*

Sunday, August 21, 2011

ambassador

duta. take skin care product for example. tentu dutanya punya kulit cantik halus mulus cerah et cetera menepati ciri product tersebut selain menyerlahkan betapa best nye product yang actually selalunya tidaklah hebat sangat meski tidak mustahil ia akan kasi effect baik punya dengan izinNya. duta shampoo rambut pula confirm rambut ikal mayang bersinar, smooth gitu. highlighting kebaikan jenama shampoo yang beliau represent. duta pencuci bilik air pula akan tunjuk aksi mencuci bilik air dan hasilnya bersih wangi berkilat. i agree with bersih dan wangi tapi jarang la berkilat. the same goes to many other products~
---------------------------------------------------------------

terfikir...
saya pun ambassador. in fact....
we are all ambassadors. kita semua duta.
we are ambassadors of our deen. ambassadors of Islam :)


and this got me thinking....*tengok atas sambil garu kepala, mungkin*
so how well have I represented my deen so far?
how well have I represented Islam, the perfect way of life?
how well have I represented this beautiful, flawless & syumul way of life? *self slap*
syumul tuu... memang tak perlu CGI ke photoshop ke ayat2 tagline yang bersifat hiperbola untuk nampak sempurna. sangat agree dengan Wardina Safiyyah - Islam is cool.
oleh itu muslims pun kena cool jugak lah *note to self*~ kalau tak, dah lari dari ciri-ciri apa yang kita nak represent tu. qudwah hasanah dengan life manual pun provided dah.

what would happen kalau duta Pantene pergi depan kamera dengan rambut kusut? kalau duta Olay muka berjerawat dan berminyak tahap minyak masak seri murni masa nak record ad? awal-awal kena reject for sure. ok, kalau keadaan better sikit, physical dah elok dah tapi gaya dia masa shooting iklan tu tak cukup lemah-lembut etc, banyak complain, baju ni tak nak, kasut tu tak nak, employer confirm tak terasa nak kasi gaji banyak. try kalau smua close to perfect or at least the duta berusaha untuk melakukan yang terbaik dengan sikap yang baik, tak kisah lah result cemana tentu employer suka.

same goes to us, ambassadors of our deen. bezanya, our employer (sebenarnya tak sesuai guna sebab employer mengharap sesuatu dari kita and kita ada kepentingan kepada dia tp Allah swt, kepada Dia je la kita boleh berharap dan kalau kita tak maw berharap kat Dia, kita yang rugi) tu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memberi dan 96 lagi. Maha Menerima Taubat jugak tu, kalau kata kena reject dengan Dia. nauzubillah min zalik, itu terlalu horror.

Allah lihat usaha, bukan natijah. ayat ni common orang cakap, tapi as for me, i find it sangat motivating especially bila well...you know.. sometimes we try sungguh2 buat something good tapi outcome dia macam tak berapa best. tapi ini bukan alasan untuk terus tak kisah outcome tu cemana, kalau boleh, usaha pun baik, outcome pun baik.

dah deviate jauh dari main thing nak tulis dalam this entry. kalau duta iklan Herbal Essence Smooth Lovin' kena ada rambut yang smooth lantas buat orang jatuh hati. duta islam yang syumul ini pun kena ada good attributes yang tidak tertentu. tapi untuk memudahkan things, Imam Hassan al-Banna buat guideline - 10 Muwassafat Tarbiyyah.

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

dalam erti kata lain, take good care of health. kalau ditakdirkan jatuh sakit, itu pasti ada hikmahnya. besides, tubuh badan is something yang paling obvious jadi penting untuk jaga baik2 supaya first impression viewers terhadap duta ini positif. logically thinking, tubuh badan ni zahir pada mata kasar, nak jaga pun guna materials yang zahir pada mata kasar. kalau yang zahir pada mata kasar tak terjaga, macam mana nak jaga perkara2 lain yang berbentuk kerohanian yang tak zahir pada mata kasar. *note to self*

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

we are all perfectly imperfect, therefore there's always room for improvement. being imperfect means perfection is impossible to achieve but the act of perfecting continuously is never impossible. I used to watch this one cartoon in which the characters were on their journey to find the pot of gold at the end of the rainbow. well, they never reach there, I didn't remember how was the ending but the moral of the story was, according to one of the character, it's not about arriving at the destination but it's about the journey, there's something more valuable than a pot of gold gained during the journey.

3) Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

this attribute reminds me of the T-shaped people concept in What I wish I know when I was 20 by Tina Seelig. The definition in the book focuses more on entrepreneurship. But basically it can be said also that T-shaped people are those with a depth of knowledge in at least one discipline and a breadth of knowledge about other things which allow them to be effective people or highly effective people.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

rasanya sekalipun seseorang itu fell sick to the extent that he/she depends 100% on others, masih ada sesuatu yang boleh diusahakan - sabar, redha, syukur.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

teringat kisah those people yang awal2 masuk Islam. Saidina Abu Bakar as-Siddiq contohnya. akidah dia memang hebat lah. imagine masa tu, al-Quran baru diturunkan sikit2. mana ada proof yang dibukukan terang tang tang macam zaman sekarang. macam Sumayyah. macam Bilal. betapa dalam nya faith mereka. sedangkan masa tu Rasulullah baru jadi Rasul. kalau sekarang, we have sirah nabawiyyah, tafsir, kitab asbabun nuzul, huraian alim ulama' tentang akidah, tentang Islam tapi compared dengan akidah those people masa dulu yang langsung tak ada support material, akidah kita macam mana? *self slap lagi*

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

kalau dulu masa kecik-kecik, perception terhadap ibadah ni - solat, baca al-Quran dan yang sewaktu dengannya. tapi hakikatnya, bila buat sesuatu kerana Allah, mengharap redha Allah, itu sudah menjadi ibadah. jadi before buat something boleh dikatakan kena reformat niat elok2 dulu. of course la ada syarat2 dan cara2 kerana niat tak menghalalkan cara. ok, yang ni kena belajar....

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

pepatah Arab cakap, masa umpama pedang. kalau kamu tidak memotongnya, nescaya ia akan memotong kamu.

Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. 10:61

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

it's like susun kuih raya dalam balang. susun ikut dan je, confirm kucar-kucar dan makan space. kalau susun elok2, satu balang tu boleh fit in lebih banyak kuih. kiranya kalau urusan tersusun, secara tidak langsung, masa dihargai. tiba-tiba rasa macam agak fail bab masa-masa ni~ =.=""

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

"Orang yang hidup untuk dirinya sendiri akan hidup seperti orang yang kerdil dan mati sebagai seorang yang kerdil. Tetapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagi orang yang 'besar' dan mati sebagai orang yang besar juga... " -Sayyid Qutb-





i'm still..still..
under construction.

Saturday, August 20, 2011

bougainvillea

Align Center

rabun dan terjatuh
menyembah mencium bumi
keindahan yang ternyata menguji
angan yang entah akan jadi realiti
bahagia yang tak abadi
janji yang tiada pasti
zalim pada sendiri
kehujanan kuyup kebasahan
sejuk menusuk
seperti tak tertahan
tiba sinar mentari pagi
seakan pandangan terang kembali
harap datang angin yang menyuci
lantas bawa terbang pergi
pergi pergi dan pergi
pergi menuju tempat kembali
hingga sampai bersemadi dalam suci

----------------------------------------------------------
tertarik dengan kata-kata ini --->

Menutup aib masa lalu berbeza dengan berdusta. Sangat tercela bagi seseorang membuka aib yang telah ditutupkan oleh Allah meskipun tentang dirinya sendiri. Kalau taubat sudah menghias hidup mengapa mengungkit lara yang telah Allah ampunkan dosanya? Saat tersedar adalah saat paling nikmat untuk menyedari betapa besar kasih Allah. Betapa mahal harga taubat yang menghapus semua kesalahan.
-Salim A. Fillah-
(from a second cousin's fb status)


berhenti berbicara disini.


Thursday, August 18, 2011

Pina Colada


the first time minum pina colada,
masa pergi visit kakak di Fl.
sedap :)

2 hari lepas tiba-tiba teringin nak minum.
gara-gara ada nampak perkataan Pina Colada
dalam cartoon strip dalam The Star. hehe

google2 resepi tapi at the end tak follow sangat measurement tu.
main agak2 sendiri. it turned out quite okay.
tak berapa ingat how Pina Colada should taste tapi my version of Pina Colada is....
well.... sedap for me :)

rasa lemak-lemak fizzy.

200 ml santan
3 cups pineapple juice
2 pisang (kalau ada nenas potong pun boleh tambah skali)
7-up
Mirinda Strawberry

blend santan + pineapple juice + pisang (dan nenas kalau nak tambah, and oh, boleh juga blend isi kelapa sekali kalau suka) + 7-up.

tuang mirinda strawberry kat atas masa nak hidang.

amount 7-up & mirinda strawberry & pineapple juice depends on taste peribadi. nak flavour mana paling rasa sekali, letak yang tu paling banyak. kalau lepas hidang, rasa santan sangat ke, boleh je tambah 7-up etc :)

warning : because it contains santan jadi mungkin tak semua orang lalu minum

Wednesday, August 17, 2011

kembali


lahirnya kita ke dunia dengan fitrah.

fitrah yang suci bersih.
fitrah ingin bertuhan. fitrah sebagai hambaNya.
seringkali kita terlepas pandang dan fitrah itu cuba dipenuhi dengan sesuatu
yang pada pandangan akal, hebat. yang pada pandangan mata, membawa kebahagiaan.
yang pada rasa jiwa, memberi ketenangan. yang pada rasa hati, indah.
pandangan iman? andai ketika itu iman tengah surut....
lalu wujudlah hamba pada wang ringgit, cinta manusia, kecantikan dan yang lainnya.
namun rasa itu sungguh sementara, dan tidak memberi rasa cukup.

Bukankah Allah yang mencukupi hambaNya? (Az-Zumar, 39:36)

sejenak terfikir, kalau fitrah itu suci, mengapa pula manusia punya high tendency untuk melakukan yang tidak baik. bukankah sepatutnya seperti fitrah.

boleh diumpamakan fitrah yang suci itu seperti ion-ion positif pada diri kita. sudah tentu menarik anasir-anasir buruk yang negatif. dan sudah tentu kuat tarikannya kerana fitrah tu 100% positive. just like how full positive charge on a protonated amine ion forms stronger bond with water molecules than do the partial charges on the polar N-H groups found in amines. ok, forget chemistry. =.="

the question is, are we gonna let the negativity pollute our fitrah and subsequently dominate us?

katakanlah: Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keuntungan (Al-Maidah 5:100)

note to self : why not lawan negativity macam all those hollywood superheroes such as Superman, Supergirl, Wonder Woman etc melawan kuasa jahat. or macam Powerpuff Girls lawan Mojo Jojo? :D

take fitrah mahu cinta dan mencintai sesama manusia for example kerana ianya paling zahir. kalau cuba lawan fitrah itu, rasa nya tentu unbearable, tak tenang, serba tak kena. same goes to fitrah bertuhan. fitrah sebagai hambaNya. when we go against the fitrah, or handle the fitrah wrongly, many things in life akan jadi kucar kacir or went wrong dalam sedar atau tidak.

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. kembali bertaubat kepadaNya dan bertakwalah kepadaNya serta laksanakanlah solat dan janganlah termasuk orang-orang yang mempersekutukanNya" (Surah ar-Rum, 30:30-31)

kembali kepada fitrah.
itu pasti lebih tenang.




Monday, August 15, 2011

matches


my old matches collection.
those were dad's.
made them mine.
there are more of them.
misplaced i guess.
have stopped collecting
tapi.....




......belum cukup satu lagi je
a match made in heaven :P




oh, qistina, shush!

manual


real life is the ultimate open book exam
-Tina Seelig-

true.
in a way.

and He has given the life manual - al-Quran.

"This (al-Quran) is a clear insight and evidence for mankind and a guidance and a mercy for people who have Faith with certainty." 45:20

and He sent the Prophet Muhammad saw - his akhlaq is the al-Quran, according to Aishah r.a. when asked about the Prophet saw. as if....he is the walking al-Quran! :)

"Indeed in the Messenger of Allah (Muhammad saw), uswah hasanah (a good example to follow) for him who hopes for Allah and the Last Day and remembers Allah much." 33:21

I leave behind me two things, the QURAN
and my example, the SUNNAH
and if you follow these you will never go astray.
-Prophet Muhammad saw, in his last sermon-

from a tazkirah few days back or last week maybe, am not sure.

the ustaz said, just like how the things we bought come with a manual, such as washing machines, sewing machines, television, radio, we, humans, His 'abid, come with a manual too which is the al-Quran. just like how we would cause damage to those things if we try to operate them without following the manual, we would...cause damage...to our lives if we try to live without following our manual - al-Quran.

well that was the translated version of the ustaz's speech :)

but...
how well have we understood al-Quran?

frankly speaking, I used to think - well I can read al-Quran from the beginning till the end, I know some arabic, okay la what, enough la. so I just read my life manual, not understanding most of the things mentioned in it. =.=" imagine a car, not being driven properly. what do you expect? a crash, right?

not that I'm a pro 'driver' now.
lesen L, langgar tiang bila nak parking, tak lepas kona tiga penjuru, mati enjin atas bukit.

am so grateful to an ukht. she brought me to an iftar event with muallaf.
their stories are indeed very interesting. in most stories, they fall in love with Islam once they understand al-Quran. their first step towards Islam was the strengthening of akidah through understanding kalamullah which (with His power) allowed them to taste the sweetness of being a Muslim.

while listening to their stories, I came to realize that, many of us who were born Muslim didn't start with akidah strengthening. the first step was learning about ibadah and carrying out ibadah. it's like - you're born in a Muslim family, your IC says you're Muslim so your God is Allah swt and now, you have to pray, fast etc. many were brought up being asked to perform ibadah and this and that without knowing the significance..without knowing/tasting the sweetness of being a Muslim first.

quoting from here - An institution can be illustrated as a complete building. Without strong foundation/base, the building cannot be build and cannot stand on its own . Aqidah is considered the foundation that can support the development of an Islamic institution.

so when the akidah, the base is weak, it is highly unlikely that the building will last long, IF it could be built in the first place.

ok, back to the topic.

one thing that Dr. Danial Zainal Abidin said during the tazkirah he gave after we performed tarawih during the iftar event caught my attention, let me end this post with it :) -

we often ask people "Hang khatam quran dak lagi?" (Have you finished reading the whole quran?), but rarely we ask/we don't ask "Hang faham quran dak lagi?" (Have you understood the content of quran?).

Saturday, August 13, 2011

rasa


rasanya
semakin lupa rasa itu
rasanya
semakin lupa rasa punya insan itu

rasanya
sudah biasa begitu

kenangan dulu tetap ku rindu

---------------------------------------------------------

so this morning the makcik2 was chatting about disciplining their children...
one of them turned to me and say
"Anak dara ni mesti tak pernah kena marah, tak dak sapa nak marah dia..."

*senyum tanpa kata*
looking at the bright side.

Friday, August 12, 2011

tanah


analogi itu puitis.
tidak, saya bukan orang sastera.
cuma suka :)
------------------------------------------

tertarik dengan suatu analogi yang terdengar tempoh hari dalam radio.

tanah.
manusia.
iman.

"...Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik nutfah, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan; kemudian Kami mengeluarkan kamu sebagai bayi; kemudian (dengan beransur-ansur) hingga sampai ke usia dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu." (al-Hajj 22:5)

verses of al-Quran adalah sangat amazing.

terciptanya manusia asalnya dari tanah. maka sifat tanah itu ada pada kita.

analogi #1 - tanah padi. kena bajak & gembur-gembur once in a while. kalau tak tak subur. same goes to manusia. gembur-gembur iman dengan tazkirah once in a while. subur harapnya.

referring to a friend's fb status - Imam Ghazali pernah berpesan "Jangan sekali-kali kamu melepasi 3 hari tanpa tazkirah nescaya buta matahati kamu".

analogi #2 - tanah dalam air. bila dikocak, tanah itu pun naik. bila berhenti, the soil will then sink to the bottom of the bottle/glass. same goes to manusia, jiwa pun perlu sekali sekala perlu di'kocak'.

Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kepada Allah dan
carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya; dan
berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
5:35



Thursday, August 11, 2011

tazkirah

*sunrise, depan rumah*

sangat mengantuk semalam.
went through the tazkirah in between tarawikh semalam dengan keadaan mata tak mampu nak angkat dan otak dah macam handphone yang tengah low battery, kejap2 padam. =.="

the tazkirah was interesting though.
meskipun sempat dengar cebisan-cebisan sahaja.

Tazkirah tu macam Perhangat Gulai
Perhangat ni tak boleh lama-lama sangat nanti hangit, apa pun tak dak nak makan.

Qalbun & Kalbun
Kata ustaz, pronounce qalbun, قلب biar betul, jangan mistaken dengan kalbun, كلب
pulak. Qalbun tu hati, Kalbun tu anjing. Haha

Tarbiyyah Ramadhan

Ada sebuah hadis. Dari riwayat Ahmad.Suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w sedang menaiki mimbar, lalu Baginda menyebut 'amin' sebanyak tiga kali.Seusai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut 'amin' sebanyak tiga kali?
Rasulullah s.a.w menjawab bahawa malaikat Jibrail datang ketika itu dan berdoa.
Sangat kecewa dan rugilah bagi :
  • Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat ke atasnya
  • Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak masuk syurga (kerana tidak berkhidmat kepada mereka)
  • dan Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan tetapi tidak terampun dosa-dosanya
Kalau perasan, setiap sebelum start 2 rakaat tarawikh, imam akan selawat dan jemaah akan menyambut dengan selawat. Itulah praktis dalam bulan Ramadhan supaya kita tak ter-join golongan yang kecewa dan rugi yang pertama.

-------------------------------------------------------------

"Dan tetap tekunlah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan manfaat kepada orang-orang yang beriman" (ad-dzariyat:55)

these days, on fb, bila buka Home, mesti ada people share hadis/verses of al-Quran/words of great imam/philosopher etc/status itu sendiri bersifat tazkirah :)

bicara tentang memberi peringatan. bicara tentang kebaikan.
adakalanya rasa tak layak. jika requirement untuk bicara tentang itu adalah kesempurnaan dan hati yang suci tulus, sudah tentu saya akan berhenti menulis. kerana saya juga pernah buat salah, masih ada salah dan tentu akan ada salah lagi.

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga orang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri aku sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan al-Basri-


bicara tentang peringatan,
tolong ingatkan aku~ :)
*dengan nada lagu Ana Raffali*

Wednesday, August 10, 2011

Rumi


When the rose is gone and the garden faded
you will no longer hear the nightingale's song.
The Beloved is all; the lover just a veil.
The Beloved is living; the lover a dead thing.
If love withholds its strengthening care,
the lover is left like a bird without care,
the lover is left like a bird without wings.
How will I be awake and aware
if the light of the Beloved is absent?
Love wills that this Word be brought forth.

Jalaluddin al-Rumi, a Persian philosopher
a mystic of Islam, in other words, ahli sufi.

was googling for something
and stumbled upon this video in a blog.

"Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri"

the first thing that popped up in mind
after watching the vid - Google Rumi's poems!

bukan puisi cinta biasa.


Tuesday, August 9, 2011

if



if you could see me now,
mother.

Monday, August 8, 2011

cinta


Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Isa as : Apabila Aku melihat hati hambaKu, tidak ada padanya cinta dunia dan akhirat, nescaya Aku penuhi hati itu dengan cinta kepadaKu.

----------------------------------------------------

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”


kagum. sungguh kagum.
cinta Rabiah al-Adawiyah pada al-Khaliq.
dan setiap bait syair perindu Sang Pencipta itu.

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

dan setiap baris katanya dalam munajatnya di kala malam sepi.
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
demikianlah Rabiah al-Adawiyah yang begitu mencintai Dia.
tertarik dengan kata-kata beliau :

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

teringat kepada sebuah cerita di dalam tafsir al-Hikam -

Al-Junaid berkata: Ketika saya tidur di tempat Assariyu saqathy, tiba-tiba saya dibangunkan, lalu ia berkata: Ya Junaid, saya telah mimpi seolah-olah berhadapan dengan Allah, lalu Allah berkata kepadaku: Hai Sari, ketika Aku menjadikan mahluk maka semua mengaku cinta kepadaKu, kemudian Aku menjadikan dunia, maka lari daripadaKu 90% dan tinggal hanya 10%, kemudian Aku membuat syurga, maka lari daripadaKu 90% dari sisanya, kemudian Aku membuat neraka, maka lari daripadaKU 90% dari sisanya, kemudian Aku menurunkan bala maka lari daripadaKu 90% dari sisa-sisanya, kemudian Aku berkata kepada sisa yang tinggal itu: Dunia kamu tidak mau, syurga juga kamu tidak suka, neraka kamu tidak takut, dari bala musibah juga kamu tidak lari, maka apakah keinginanmu? Jawab: Engkau telah mengetahui keinginan kami. Aku berkata: Aku akan menuangkan kepadamu bala yang tidak akan sanggup menanggungnya walau bukit yang besar. Sabarkah kamu? Jawab mereka: Apabila Engkau yang menguji, maka terserahlah kepadamu (berbuatlah sekehendakmu), maka mereka itulah hambaKu yang sebenarnya.

----------------------------------------------------

Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud as : Hai Daud, sungguh aku telah mengharamkan cintaKu untuk masuk ke dalam hati di mana dalam hati itu ada cinta kepada selainKu.

Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu, mereka dengan kamu menjadi setara dengan mereka, sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya. 30:28


reference: this website, tafsir al-hikam and tafsir al-Quran

Saturday, August 6, 2011

tertinggal


cerita semalam.

adik kecil dari tadika surau tertinggal seorang lepas semua dah balik.
katanya, ayah akan datang ambil tapi dah nearly an hour masih belum tiba.
teresak-esak adik kecil tu menangis tanpa suara.
ditanya nombor telefon ayahnya, katanya ingat.
bila telefon, salah nombor rupanya.
ditanya ingatkah jalan pulang ke rumah.
katanya ingat, kami pun hantarlah.
selamat sampai, alhamdulillah.

ayahnya lupa barangkali.

teringat cerita zaman dahulu kala. mama terlupa ambil dari kelas kafa.
semua sudah pulang, tiada siapa. since rumah tak jauh mana, nekadlah jalan balik sendiri.
nak dijadikan cerita, hujan turun dengan lebatnya.haha.
balik-balik saja, basah kuyup, buku dan al-Quran basah sikit.
bukan main lagi merajuk dengan mama.

rindu pujukan beliau. rindu. amat.

Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. : Apabila seorang anak Adam mati, maka putuslah segala amalnya kecuali 3 perkara - sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa anak yang soleh. (Sahih - Riwayat Muslim dll)

ada syarat disitu - soleh.
diri, kamu anak yang bagaimana?


naluri. fitrah.
rasa takut, sedih bila tertinggal atau ditinggal.
apatah lagi jika oleh mereka yang tercinta, yang diharap akan ada sentiasa.
namun begitu mudah kita menjauh dari yang Maha Penyayang,
paling layak dicinta, yang kepadanya kembali segala urusan.
dimana raja', pengharapan. dimana khauf, rasa takut kalau ditinggalkan.
kerana kalau ditinggal Dia, itulah sebenar-benar hidup yang tak bermakna.

imanku, apa khabar kamu?

Friday, August 5, 2011

love letters

read PS, I Love You when I was in form 5.
First impression - Gerry sangat sweet!
10 love letters for Holly which include a variety of tasks & treats from him that will guide her through her grief and in rediscovering herself. Each letter sends her on a new adventure which slowly shapes her into a new person, pushing her further into a new future, making her stronger and helping her to move on into a brighter tomorrow. And each letter ends with ps, i love you. She's so lucky, I thought...

when I come to think of it again....
actually, realize it or not, we are all just as lucky as Holly :)
luckier in fact, because we have Allah s.w.t. and He's incomparable :)


114 special love letters from Allah swt.
to guide us through this life till the day we meet Him.
Each letter starts with 'in the name of Allah the Most Gracious, Most Merciful'
except at-Taubah, for some reasons.
and every single word is true. (4:122)
and He let us know that he's always there for us. (2:186)

These are the Verses of the Qur'an and a Book (that make things) clear.
A guide (to the Right Path) and glad tidings for the believers. 27:1-3

"All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us. Tak percaya tengok dia punya translation. If you want to find solace and balm for the sore, the words will heal straight away. Ayat memujuk macam dalam al-Insyirah and ad-Dhuha. Sooth you anytime. Sweet!"
-Versus, Hlovate-



Thursday, August 4, 2011

transform



gelap ke cerah
dahan ke ranting

terhantuk terngadah
perlahan perlahan

bak pohon mencari mentari
bak aku mencari jalan kembali

biar embunku menitis membasahi akar
harapnya bercambah subur di bawah sinar

--------------------------------------------------------

"Nas, malam u pi tarawikh?", bro texted.

answered yes. asked him why.

"Saja tanya...ingatkan u masih liat macam lepas2."

"Haha... i dah transform jadi optimus prime."

"Hahaha...u mesti geng decepticon sebelum2 ni."



may this transformation be the last
what should come next is upgradance
fixing? gonna have to do that continuously
some components can become dysfunctional
or worn out or whatever-that's-gonna-need-fixing
:) am perfectly imperfect.

saing


today suddenly teringat my first day in my first secondary school.
masa tu sungguh childish, immature, rebellious, ok cukuplah setakat tu dulu mengata kat diri sendiri. *tutup muka* =.="

the school, it's in Kelantan. and I have no idea about kelantanese slang masa tu.

mak berbual dengan another mother yang turut hantar anak dia masa registration day.
and suddenly mak dia cakap "Boleh la demo ni saing" sambil senyum.

I was like "What.. what...did you just say, mak cik? saing? baru kenal, belum start belajar, mak cik sudah thought of competition (persaingan)? siap senyum lagi. aishh.", monologue dalaman sambil sipi-sipi rasa intimidated.




'saing' dalam slang kelantan means kawan.


moral of the story : do check, tanya2 or study a bit of the vocab bahasa slang mana-mana tempat before pergi sana. kang tak pasal-pasal ter-su'u dzonn kat orang. =.=" haish~ my bad.

hujan & the call


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya maghfirah (keampunan) dan hujungnya pelepasan dari api neraka.

semalam hujan.

terusik hati dengan tazkirah in between tarawih semalam.

-------------------------------------------------------

kata ustaz, malam ni ada 2 rahmat Allah s.w.t. pada kita -
pertamanya, permulaan Ramadhan. keduanya, hujan.

Dan Dialah yang meniupkan angin pembawa berita gembira rahmatNya; dan Kami turunkan dari langit air yang sangat bersih 25:48

namun, adakalanya rahmat dariNya itu dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang disukaiNya ataupun kewajipan yang telah Dia tetapkan.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? 55:18

kerana hujan, tidak mahu pergi solat berjemaah di masjid/surau. kerana hujan, tidak mahu menghadiri majlis ilmu yang akan menambah pengetahuan serta keimanan dengan izinNya. kalau tukar 'hujan' sebagai 'rahmatNya' dalam salah satu ayat di atas - kerana rahmatNya, tidak mahu pergi solat berjemaah di masjid/surau. ok, that sounds so wrong. anyway, adakalanya rahmat itu datang dalam bentuk ujian dan adakalanya ujian itu mucul dalam bentuk rahmat. dan bukankah bagi seorang mukmin, semuanya adalah kebaikan? :)

tazkirah semalam was an eye-opener. tanpa sedar, hujan dijadikan alasan.
*tengok cermin.tampar dahi*
------------------------------------------------------------------

the call.

Hayya ala as-solah. Hayya ala al-falah.
Marilah solat. Marilah menuju kejayaan.
As-solah. Al-falah. Solat. Kejayaan.
Solat -->kejayaan.
Kenapa tak percaya?

Lebih kurang begitu kata beliau.

Kalau ada offer barang percuma atau apa-apa offer lah (semalam the example used was sekampit beras 40% hancur. haha), cepat-cepat people akan pergi line up. come what may, tunggu la lama pun.

azan pula, in a way seperti hebahan offer kejayaan dari Allah swt. free. tak perlu line up, boleh ambil secara berjemaah. and and.. kalau ambil secara berjemaah pulak, dapat free gift lagi - 27 kali ganda pahala. tapi...reaction kita?

sepertinya kita lebih yakin pada offer makhluk daripada offer al-Khaliq.
walhal, yang kuasanya meliputi segala sesuatu itu Dia.
so, macam mana?

---------------------------------------------------------
yang sungguh mengusik jiwa tentang tazkirah semalam,
bila beliau bicara tentang effort kita untuk rukuk sujud pada Dia dan berdoa
kemudian beliau kata, lebih kurang begini,

"Kalau ikutkan, layakkah kita dapat nikmat-nikmat yang kita ada?".


what was said yesterday
really got me thinking
if i were an exam essay paper
i must be full of red markings



Ya Allah, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. 27:19

Tuesday, August 2, 2011

helium



"Kakak, belon tu nanti naik sampai mana?"

"Naik sampai atas, nanti dia pecah la"

Lebih kurang begitulah, sebuah conversation yang berlaku berzaman dahulu ketika kakak bawa saya pergi waterpark. Dapat satu hydrogen/helium-filled balloon tapi dalam perjalanan ke kereta, terlepas belon tu.
------------------------------------------------------------------------------

Helium or Hydrogen-filled balloons sentiasa naik ke atas kan :)

Pagi semalam terdengar di tv, ustaz tersebut berbicara tentang takwa. Tertarik dengan analogi beliau yang mengaitkan takwa dengan belon berisi helium.

Pertamanya, beliau menerangkan bezanya takwa & iman. Rupanya takwa itu standardnya lebih tinggi. Dalil yang digunakan adalah ayat 12 dari Surah al-Hujurat -

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Syarah ustaz tersebut tentang ayat ini - ianya ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan diakhirnya ada seruan supaya bertakwa. Jelaslah bahawa beriman masih belum bererti bertakwa dan takwa itu tingkatannya lebih tinggi.

So, apa kena mengena dengan Helium?

Tak ingat the exact explanation. Berdasarkan apa yang saya fahami, beginilah - Hati itu umpama belon. Udara sahaja umpama iman. Belon berisi udara sahaja, ditolak ke atas, ia ke atas, namun kemudian jatuh semula.

Iman bisa bertambah dan bisa berkurang. Ia bertambah dengan melakukan amal, dan ia berkurang dengan sebab meninggalkan amal.
-Imam Ahmad bin Hanbal-

Dan Helium. Helium itu umpama takwa. Boleh dikatakan, belon yang diisi dengan Helium akan terus naik dan naik dan pecah di atas sana dan jatuh ke bumi. Begitu juga hati yang berisi takwa, akan terus naik darjatnya pada pandangan Dia kemudiannya menemui ajal dalam keadaan berkedudukan tinggi disisiNya walaupun akhirnya akan dikebumi di bawah tanah seperti yang lain juga.

Kalau berisi udara sahaja, dilambung ianya ke atas, kemudian kalau tidak di lambung lagi, jatuhlah ia dan pecah kerana tercucuk oleh apa-apa. Tragis.


Abdullah bin Mas'ud berkata : "Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, hendaklah Allah ditaati dan tidak diderhakai, diingat tidak dilupakan, disyukuri tidak diingkari".

Generally, bukankah kita pun suka hydrogen/helium-filled balloons yang sentiasa tegak dan cantik :) orang jual balloons kat pasar malam pun tak jual yang diisi udara semata-mata.



Let us fill our hearts with takwa.
May Allah guide us all.
Insha-Allah.
:)