Monday, August 1, 2011

ombak ramadhan

pangkor, 2011

Bila Ramadhan kunjung tiba, teringat nostalgia dahulu kala ketika masih kecil, tak begitu mengerti apa.

Peristiwa sahur. Masa dulu, masa sahur, ada drama yang ditayangkan tv1. First few days of Ramadhan, rajin sikit bangun, jadi ter-follow drama tu. Bila sampai hari hari kemudian bilamana agak sukar nak bangun, confirm ayah akan pancing bangun guna drama sebagai umpan. "Drama kamu dah start ni. Lekaih bangun. Lekaih lekaih.." (lekaih is the penangites' version of lekas), lebih kurang macam tu la. Lepas tu ayah akan turn up the volume dan buka pintu bilik luas2 supaya boleh dengar dan terjaga. Tiap-tiap tahun pun taktik lebih kurang sama. Haha. Tapi tu dulu la. Zaman sekolah rendah.

Puasa. Petang-petang pergi naik basikal dengan anak jiran. Lepas berapa round pusing padang, dah jadi dahaga. Kemudian sama-sama pakat curi-curi minum air kat rumah. Senyap-senyap ambil cawan, tuang air slow-slow supaya sound effect nye undetectable by mak. Pastu cawan tu dikeringkan dan diletak balik pada tempat yang sama. Sekali pandang, seolah-olah tiada apa terjadi. Haha. Waktu buka puasa, buka macam biasa :D

Pernah sekali, mak goreng kerepek di siang hari di bulan puasa. Cukup menggoda betul kerepek2 yang masih panas dan ranggup. Mak minta tolong simpan kerepek dalam balang. Walaubagaimanapun, harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan saya, saya makan kerepek. Bila mak tak nampak, bawa lari a few kerepek masuk balik pastu nyam nyam nyam. =.="""

Macam-macam kerenah masa kecil. Bila meningkat dewasa lain pula ceritanya.....

Namun, terasa Ramadhan kali ini berbeza. Lebih dari sekadar mengharap sahur yang cukup dan juadah enak tika berbuka. Lebih dari menanti-nanti jualan murah sempena kedatangan Hari Raya. Lebih dari sibuk menyedia kuih-muih lazat untuk Aidilfitri. Lebih dari sekadar mahu menjalani ibadah puasa. Lebih dari sekadar menanti Syawal tiba. Terdetik dalam kepala, bagaimanakah ibadah puasa yang sebelum-sebelumnya, harap bukan sekadar mendapat lapar dahaga. Dari suatu sudut, terasa diri umpama muallaf yang baru mengenal Ramadhan. Teruja.

"Kalau pikiaq balik masa dulu-dulu, sampai bila pun tak habis...." (pikiaq is the penangites' version of fikir), lebih kurang begitulah kata seorang sahabat ketika kami meluangkan masa bersama kelmarin. Benarlah. Kesalnya berpanjangan. Harapan kali ini, agar ombak Ramadhan yang tiba membawa datang keampunan dan membawa pergi noda dosa lama. Mahu bukan sekadar menyusurinya, biar dihempas dan kebasahan. Bila kering semula, lebih bersih dari biasa harapnya.

No comments: