Monday, August 22, 2011

sweet


mungkin kerana membesar dengan Anastasia sebagai movie pertamaku.
sehingga kini suka benar dengan kisah cinta atau love story atau apa saja namanya.

dalam meningkat dewasa, filem cinta Hollywood menjadi pilihan santapan mata.
yang Bollywood pun apa kurangnya. apa sahaja lah, janji jalan ceritanya menarik.
Notting Hill. The Notebook. Mujhse Dosti Karoge. The Wedding Planner. dll.

cair dengan character Prince Albert dalam Young Victoria.

novel cinta. Every breath you take. The ex-boyfriend's handbook. Where rainbows end. dll.

sweet. tapi...ikhtilat,aurat...dan ah, macam-macam lah.
sweet. tapi...itu dululah.

membaca pula kisah cinta Saidina Ali dan puteri Rasulullah, Fatimah.
dalam diam, berputik rasa. dalam rasa, berputik cinta. dalam diam, dalam diam.
ikhtilat dijaga. maruah dipelihara. mencari redhaNya. ditakdir berjodoh keduanya.
meski tiada banyak harta. meski hidup sederhana cuma. meski susah bersama.
berkat rahmatNya, bahagia.

sweet. subhanallah, indah rencanaNya.
sweet. indah cinta dalam mencari redhaNya bersama.

kisah cinta dalam sejarah Islam sebenarnya banyak yang menarik. jauh lebih menarik dari yang dihidangkan di kaca tv dan sebagainya. kisah cinta yang sweet seperti kisah Rasulullah sendiri dengan isteri-isterinya. kisah cinta Salman al-Farisi, cinta yang tidak kesampaian. bukan untuk melayan angan romantis semata tetapi ada pengajaran dari setiapnya. ada contoh yang bisa di ambil.

terfikir akan cinta yang agung - Dia. Dia yang mencukupi hambaNya.
Dia 'call' 5 kali sehari, Subuh Zuhur Asar Maghrib Isya. unlimited talk time.
Boleh juga 'call' Dia dalam sepi malam, bicara dengan penuh perasaan.
Mahu mengadu, mahu meminta, mahu bercerita, bila-bila sahaja, dimana sahaja, 'signal' tak pernah tak ada. Tadah tangan dan panggil Dia.

di kala hati meruntun kesedihan...
cerita duka dalam setiap titis air mata, Dia tahu.
setiap kata yang tak terluah, Dia tahu.
meski rasa tak terungkap oleh kata, Dia mengerti.

kata teman, bisikan hati juga kantoi dengan Dia. hihi.

dan Kekasih ini dekat. jika cuba mendekat, Dia datang lebih dekat.
dan Kekasih ini, bila diingati, pasti akan ingat pada yang mengingati.
dan Kekasih ini, hati tenang dalam mengingatiNya.
dan Kekasih ini, sebaik-baik pelindung, sebaik-sebaik penolong.

wajarlah begitu hebat cinta Rabiah al-Adawiyah pada Dia.

Dia sentiasa ada. sentiasa.
meski tidak zahir pada pandangan mata, rahmatNya melimpah di dunia.
suatu masa bertemu jua. semoga penantian berakhir dengan husnul khatimah disusuli sebuah pertemuan yang indah.

masha-Allah. sweet.
well, it's Him. who could by any sweeter?
*pengsan guling-guling cair macam blogger myzara*

No comments: