Sunday, February 12, 2012

ikatan itu

ipsah, 2012

jari memetik butang 'on' pada radio
DJ sedang berbicara entah tentang apa
tangan sibuk melipat pakaian yang terdampar atas katil
bila benar-benar memberi fokus kepada apa yang sedang diperkatakan
maka dengarlah DJ sedang memperkenalkan lagu seterusnya - saat lafaz sakinah.
mendengar. sampai habis.
lagu seterusnya - isteri cerdik yang solehah.
of all songs, kedua lagu itu juga lah yang diputarkan.
kebetulan? bukankah semuanya tersurat.
apa memang aku harus dengar itu? haha


ok. scratch that. :P
--------------------------------------------

sebentar tadi, berhenti sebentar di sebuah laman blog yang tuannya tidaklah ku kenal siapa.
manusia itu bicara tentang ombak dan pasir. beliau bicara tentang setianya pasir pada lautan yang ombaknya seringkali menghentam pepasir di tepian. beliau cuba kaitkan setia itu dan setiakawan dalam persahabatan. unik pepasir itu, ciri fizikalnya, tercipta, mampu menampung hentaman berkali-kali dan menahan masinnya air di lautan. subhanallah. barangkali ini antara perkara yang dimaksudkan dalam ayat 36, surah Yasin. :)

---------------------------------------------

ikatan itu.
terima kasih ar-Rahman.

imagine.
kenal cuma setahun lebih. kemudian berpisah.
dalam masa lebih kurang 5 tahun begitu, bertemu cuma sekali.
itupun, terserempak. bak lagu ezlynn, hai hai bye bye. begitulah.
Tiba-tiba (untuk sedap ayat je, kan tiada kebetulan. hehe), mula berbicara. Tiba-tiba rasa mahu bertemu. Tiba-tiba merancang pertemuan. Tiba-tiba bertemu. Tiba-tiba saling menyambut dengan senyuman seluas-luasnya berserta dakapan erat sedang sebelumnya tak pernah pun, setakat bertepuk tampar bergurau senda tu mungkin ada (itupun berkurun lepas). Dakapan erat itu hadir bersama sebuah rasa yang tak mungkin bisa diungkap kata. Tiba-tiba tidur di kamar yang sama. Tiba-tiba, bangun pagi dia kena gigit Charlie. Hahaha. Tiba-tiba bisa berbicara seolah rapat gilaa walhal sebenarnya kalau dicarigali memori lama, apalah sangat yang ada. Tiba-tiba ada rasa sukar untuk 'let go' bilamana harus mengucap selamat tinggal.

Tiba-tiba.... rindu itu ada.
masha-Allah. apakah ini seperti yang dikatakan dalam 8:63..?

*eh apasal mata tiba-tiba basah*

masha-Allah indahnya ukhuwwah bersulamkan ikatan hati yang kuat.
cilok dari sini :D    
dulu aku panggil dia 'friend'
hakikatnya  bermula dari saat kami melafazkan syahadah
sebenarnya kami adalah sisters
begitu juga kamu dan dia dan mereka.
begitu juga kita :)
------------------------
semalam a sister buat macaroon
alhamdulillah, serious yummy!
thanks dear :D

6 comments:

:: ciK TeaChEr :: said...

can i hv your shoulders to cry on? T.T

"tibe2 mata bsah", did you?? ari tu poyo jek buat hati btu.. :p

khadijah said...

for sure..always...:)

hahaha teacher mengata kat me! tak reti nangis la teacher. bila sorang2 ponder balik, baru jadi mata2 basah ni...:P

:: ciK TeaChEr :: said...

hahaha.. tu la, spesis ego jgk bdk nih.. kte bkn main ngis2, dye plak sengih2..ishh

Love's Paradox said...

T^T

khadijah said...

teacher fadhh: bukan ego lahhh, dia automatik jadi gitu...my fitrah..haha

cila deary : y u like this (T^T), be like this (:D) hee~

:: ciK TeaChEr :: said...

oh really? ok nmpknye i hv to korek2 ur personaliti and your other fitrah lah..hik3