Monday, June 13, 2011

solat khusyuk atau solat mujahadah atau...


hari ni buat pertama kalinya dengar frasa 'solat mujahadah'.
first impression - wah..macam hebat!

saya rasa perkara ini common (ok..mungkin tidak) --->

Nak solat. Takbir. Baca al-Fatihah. Pap! tiba-tiba teringat baju sidai kat luar/dalam dryer/belum jemur. Atau tiba-tibe teringat kunci yang salah letak tu ada kat mana, jalan cerita Dil Hai Tumharaa, apa jadi dengan Nora Elena hari ni (kenapa Nora Elena? :P), tingkap rumah tutup ke belum, UFO benar wujud ke, pintu dah kunci ke belum, nak beli pisang petang karang nak buat cekodok. Haha. Semua perkara meneru datang ke kepala. Tup..tup.. eh dah rakaat ke berapa?

okay, of course contoh di atas bukan solat mujahadah. yang tu solat tak berapa tentu arah. alaa qistina, macam tak pernah *tutup muka*

Solat mujahadah, kalau dalam scale 1 to 3, kebagusannya adalah di level 2. Macam contoh kat atas tadi, start start je solat, teringat punyalah macam-macam benda. Yang tak pernah terfikir pun kadang-kadang terfikir. Kalau cepat-cepat sedarkan diri dan mohon ampun dari Allah dan cuba khusyuk, jadilah solat mujahadah. sebab bermujahadah untuk khusyuk :)

khusyuk dalam solat. mudah nak sebut, susah nak capai.
kata orang, di akhir zaman ni khusyuk akan lenyap dari hati-hati manusia.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. 2:45-46

saya tertarik dengan definition khusyuk Abu Darda' --->
Pengagungan terhadap tuhan. Keikhlasan dalam perkataan. Kesempurnaan dalam keyakinan. Memberikan sepenuh perhatian. Dan tidak berpaling ke kiri dan ke kanan kerana ia adalah dari syaitan. (ada 5 prinsip, macam Rukun Negara gitu)

kata orang, kalau nak khusyuk, hati kena clear. makanya kena beri penekanan pada ibadah hati. unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada 6.

Imam Ghazali ada mention dalam Kitab Ihya Ulumuddin pasal tu,

1. Kehadiran hati ---> hati tak menerawang fikir perkara lain other than solat

2. Pemahaman ---> faham perkataan yang dilafazkan dalam solat

3 & 4. Pengagungan & Merasa kehebatan ---> rasa takut terhadap Allah hasil kefahaman
berhubung keagungan dan kebesaranNya.

5. Harap ---> harap pahala dari Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi
manusia

6. Malu ---> rasa malu dengan ibadah yang dilakukan kerana pastinya ada kekurangan


Always aim for the moon, even if you miss, you'll land among the stars.
Cuba capai solat khusyuk, sekalipun tak tercapai sepenuhnya, ia jadi solat mujahadah.



so this is what I learnt today
reference

No comments: