Friday, June 24, 2011

itu intro

Dalil paling nyata bahawa Allah itu Maha Penyayang. Dan of course Maha Pemurah juga. Terdengar di TV pagi tadi. ---->

بسم الله الرحمن الرحيم

--------------------------------------------------------

"Apabila Allah memberi kurnia kepadamu, maka Dia akan menunjukkan kepadamu kurnia belas kasihNya dan apabila Dia menolak pemberianNya atasmu, maka Dia menunjukkan kepadamu kekuasaanNya, maka Dia dalam semua itu memperkenalkan diri kepadamu dan menghadapkan kepadamu dengan kehalusan pemberian pemeliharaanNya kepadamu. Sesungguhnya sebab terasa pedihnya penolakan Allah kepadamu itu kerana engkau tidak mengerti hikmat rahmat Allah dalam penolakan (tidak memberi harapanmu) itu."

Syaikh Ibnu Atho'illah,
Tafsir al-Hikam


Terasa setiap bait kata itu seperti berbicara pada diri ini.

Dia bukan sahaja Ar-Rahim.
Dia juga Al-Muktadir.
Dan Dia juga Al-Hafiz.

Ada 96 lagi.



pemberian dan penolakan silih berganti
intro yang banyak kali?

tidakkah kita begitu mudah dan selalu lupa

No comments: