Thursday, August 9, 2012

bergerak

Kereta jiran, Jun 2012


"You have got to lose something badly to be paid handsomely."
"The art of moving on is don't try too hard to erase. Instead, write new story."  -Terfaktab-

"When syaitan reminds you of your PAST, you remind him of his FUTURE." -unknown-

"Ramai orang yang bertanya, kita boleh memaafkan tetapi bagaimana nak melupakan peristiwa pahit yang lalu. Kita takkan dapat lupakan kisah lama sebab kita orang yang pandai dan kuat ingatan. Tapi jika kita jaga solat 5 waktu, solat taubat tiap malam, istighfar 100x sehari, baca al-Quran, lakukan zikir harian, doakan orang itu dan maafkannya 40 hari berturut-turut, kita akan dapat rawat hati kita. Jika kita teringat kisah lama dan rasa marah, sedih atau stress, maka kita belum pulih. Tetapi bila kita teringat dan mampu tersenyum, maka kita telah pulih. Yang penting bukan melupakan tetapi merawat hati agar tak terkesan secara negatif bila teringat. Bila kita dah betulkan diri kita secara berpakej, insha-Allah perkara negatif takkan berulang lagi."
-Dr Fadzilah Kamsah-
-------------------------------------------------------

Hidup ini adakalanya seperti memandu kereta. Kadang kau lihat ada yang meluncur lebih laju dan kau cemburu meski kau sedia maklum slogan yang sering diwar-warkan - Biar lambat asal selamat. Kadang kau sudah nampak destinasi, tapi tidak ketemu jalan kesitu, terpusing-pusing mencari (Laksana aku nak pergi Komtar, belum lagi KLCC). Kadang kau nampak ada kecelakaan dan kau slow down untuk usha meski sebenarnya kau mungkin sedang meligan masa. Kadang kau nampak kecelakaan dan kau mampu membantu tapi entah kenapa kau biar saja.

Kadang kereta kau kotor, perlu cuci. Kadang buat perangai, perlu servis. Kadang minyak habis, perlu isi. Kadang kau rasa warna yang kau pilih dulu tak sesuai lagi, perlu cat kembali. Kadang kau rasa lebih mampu dan tambah turbo, kasi laju. Macam roh, no? Bezanya, kereta boleh kau tukar ganti, roh kau guna sampai mati. 

Kadang kau kena hon. Kadang ia salah sendiri sama ada yang kau tahu atau tak sedari, kadang kerana pemandu lain salah lepaskan emosi, kadang supaya kau berhati-hati, kadang ia cuma satu aksi friendly, kadang ia cuma usaha pemandu lain yang mahu kau perhati, kadang sahaja ada pihak yang mahu kau sakit hati. Semua sama memandu tapi respon lain-lain.

Kadang kau konvoi ramai-ramai tapi sampai satu tahap, masing-masing ada pilihan jalan sendiri. Sesekali berselisih lagi. Kadang kau hon tanda dia kau ingati. Kadang mereka yang hon dulu. Kadang sepi. Kadang perkara indah seperti konvoi ramai-ramai atau bertambah ramai lagi berlaku selepas beberapa masa nanti.

Kadang kau ketemu pemandu yang sepertinya punya sama destinasi. Kadang rasanya mahu memandu sebelah menyebelah sampai akhir nanti. Kadang realiti seindah yang kau impi. Kadang kau terpaksa memandu dalam hujan sendiri tapi tidak lain pada musibah itu, sesuatu untuk kau pelajari. Kadang kau dan teman sentiasa punya idea berbeza tentang jalan lalu memilih mengambil jalan masing-masing dengan aman. Kadang teman kau mahu terus pada jalan yang kalian berada tetapi kau mahu ke kiri kerana percaya jalan itu lebih baik. Kadang teman kau turut sekali sama meyakini. Kadang teman kurang yakin tapi kalian bahagia di kemudian hari. Kadang teman kau rasa kau penting diri meski kau fikir sehabis baik untuk pemanduan bersama lalu memilih untuk belum ikut sekali atau dalam erti kata lain pergi dengan jalan pilihan sendiri meski di awal pengembaraan bersama penuh manis dengan janji takkan pernah tinggal kau sendiri. Dan kadangkala jawapan 'belum mahu ikut sekali' dan 'mahu pergi' punya impak yang sama pada hati meskipun yang pertama dipilih kerana dipercayai punya kesan yang tidak terlalu menghancurkan pada hati. Ah, kan orang sudah kata, makhluk itu sentiasa punya potensi untuk mengecewakan kerana sudah fitrah yang kita dambakan itu Tuhan yang sekali pun takkan kita Dia kecewakan.

Kadang kau salah pilih jalan dan ada yang khabarkan. Kadang kau cepat-cepat ubah. Kadang kau tak endah. Kadang kau belajar cari jalan kembali setelah tersalah. 

Kadang kau terpaksa tempuh badai ribut. Kadang jalan kau teduh, kadang terpaksa sabar dalam bahang matahari. Melanggar atau dilanggar. Kadang tanpa kau tahu semuanya untuk mengajar kau artinya 'bersama kesusahan itu datang kemudahan'. Kadang tanpa kau tahu semuanya untuk menguji atau mengajar kau beriman pada rukun iman keenam.

Kadang kau memandu dalam gelap malam. Kadang bulan terang kadang tidak tapi bulan tetap hadir pada setiap malam kau. Matahari terbenam, tapi esok dia terbit lagi. Bunga yang kuncup hari ini, kadang kembang esok. Yang layu, jatuh mati, decomposed masuk dalam bumi jadi baja untuk bunga lain pula yang kembang esok hari.

Kereta ada side mirrors dan rearview mirror. Padanya kau dapat lihat apa ada di belakang, apa yang cuba menghampiri dan banyak lagi. Agar kau tahu keperluan untuk menukar lorong dan sebagainya. Kadang pada cermin-cermin itu kau lihat apa yang kau sudah tinggalkan, simpang yang tak kau ambil. Dan hidup ini boleh dikatakan seperti memandu di highway, kau tak boleh buat pusingan u. Kadang yang kau tinggalkan seperti memanggil-manggil. Kadang kau asyik lihat kembali dengan kesal. Kadang kau entah kenapa asyik lihat kembali. Kadang kerana itu, kau menyalahi fungsi-fungsi cermin tersebut yang dicipta untuk kau lihat belakang untuk berhati-hati pada masa sekarang dan hadapan. Bukan itu kau ghalit (preoccupied) dengan perkara di belakang sampai kau accident. Mujur sahaja kalau kau masih hidup. 

Kadang kau kena belajar jangan ghalit. Kena belajar pandu berhemah. Mustahil kau mampu ikut semua peraturan jalan raya. Mustahil pemanduan kau hebat sentiasa. Maka bayar saman kalau wajar dan kena. Maka bayar gantirugi kalau perlu. Tuntut gantirugi jika wajar dan mahu. Kalau mengantuk, jangan ego, berhenti stesen minyak/R&R untuk secawan kopi untuk hidupkan kau kembali.

Dan seperti jalan raya. Jalan hidup juga ada divider dan sempadan. Ada yang sempadan sementara ada yang kekal sampai mati. Dan Tuhan gariskan sempadan dengan penuh cinta. Dengan cinta yang sumpah lagi besar dari cinta seorang ibu kepada anaknya. Kalau kau kata mak kau sayang sebab itu tak kasi main tepi/dalam longkang/tali air walaupun masa tu kau kecik tak mengerti lalu merajuk/angin dengan mak sebab tu, Tuhan sayang lebih dari itu, tahu. Mak yang sayang kau juga Tuhan yang beri :)

Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah Tuhan. Ingatlah orang tersayang.
Bukan hanya di jalan raya.

kadang kau itu aku


ps - sejujurnya ada superbanyak lagi 'kadang' dan skop penulisan tidak seluas dunia. ampun.

3 comments:

aliazulkifli said...

wah wajah baru! eh eh bukan blog baru! :P

your writing pon err dah banyak guna bm. hehe tercapai laa keinginan tu nak tulis in bm. hee :)

khadijah said...

takdenye baru lia dear... tukar nama je.. hehe yaaa am trying to brush up my bm, english tu pun tunggang langgang masih. hahaha

A.F.A said...

bnyknya kadang!