Friday, July 8, 2011

yang dicari itu sebenarnya hampir


jika diterjemahkan segala keinginan diri dalam bentuk warna
pasti ia menjadi satu spektrum yang luas

ketenangan. kasih. kebahagiaan. kekayaan. kemakmuran.
kecantikan. kelapangan. keselamatan.
kepuasan. rasa cukup.
et cetera.

dan tidaklah dicari sesuatu
melainkan pada sumbernya
yang zahir itu banyak sekali
yang hakiki satu sahaja

dalam sedar mahupun tidak
dalam apa jua pencarian sekalipun
yang hakiki itu yang didambakan jua

- Dia.
yang memiliki segala di langit dan di bumi dan di antaranya.
yang memiliki keagungan dan kemuliaan.
yang kuasanya meliputi segalanya.
meski daun yang gugur dari pohonnya.

Maha Pemberi. Maha Pemurah. Maha Penyayang.
dan 96 lagi.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 2:186


kata Umar Abdul Aziz
"Kini aku tidak merasa kesenangan kecuali
dalam ketentuan-ketentuan takdir Allah".
bukankah Dia sentiasa memberi yang terbaik :)

-----------------------------------------------------------

Somewhere I belong. Linkin Park.

pernah so into it. boleh feel lah. barangkali mencari itu.
jauh mencari. tersesat sana sini. rupanya dekat dengan diri.
- al-Khaliq (Maha Pencipta).
Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali.

dan ada purpose kita disini.

switch.
dari LP - Somewhere I belong
ke Dawud Wharnsby Ali - al-Khaliq





Keajaiban yang sangat menghairankan terhadap orang yang lari
dari apa yang sangat diperlukan, dan tidak dapat lepas daripadanya,
dan berusaha mencari apa yang tidak akan kekal padanya.
Sesungguhnya bukan mata kepala yang buta,
tetapi yang buta ialah matahati yang di dalam dada.
-Syaikh Ibnu Athoillah-

No comments: