Thursday, December 13, 2012

terbuai dibuai

doorgift from yesterday's talk :)

Menujah angin malam sebagai pembonceng satu motosikal kapchai yang takdelah kapchai sangat berplat Pulau Pinang dengan nombor 1976 cukup mampu buat memori-memori hari-hari dulu kembali dalam ingatan, memori-memori hal-hal yang aku tinggalkan, bermain seperti filem pendek tanpa suara di satu sudut dalam kepala. Sebelum itu bonceng Nouvo warna merah. Hehe Manisnya membonceng kelmarin adalah pada hakikat dearest sisters yang bawa dan pada hakikat tujuan :) Semoga Allah balas jasa kalian.

Dan kelmarin kami jumpa dua kucing comel gebu berteduh tepi pintu KFC sambil intai-intai manusia-manusia yang menjamu selera di dalam. Kerana hakikat kamera telefon bimbit aku kalau nak guna 5MP, tak boleh zoom dan kalau nak zoom kena guna VGA, gambar yang ada kabur. Sayang. Mereka sangat comel!

Dan kelmarin selesai sudah kuiz kedua untuk satu subjek kritikal. Cuma soalan T/F dan MCQ...yang banyak resemble keadaan sebenar, soalan-soalan yang mungkin akan menghujani tatkala melangkah ke alam kerjaya nanti. Dan sekiranya satu soalan itu mewakili satu pesakit, entah berapa ramai manusia sudah aku bunuh. Mass killing. Aku harap paper subjek ini takkan bunuh aku di final nanti. Amin.

Aturan Tuhan itu cukup indah. Viva aku esok maka kelmarin, takdir memampukan aku hadir satu talk. Aku pergi tumpang motor orang, helmet pun pinjam helmet orang. Lepas tu, hujan. Dan semua orang hairan, kenapa aku tidak pandu saja si hitam manis 4 roda. Entah :)

So, kelmarin punya talk itu featured 2 great men, Syeikh Marwazi and Dr. Lili Yuyaldi. Hal yang dibicarakan - serangan akidah. Sepintas dengar tajuk, mengelamun sebentar aku terfikir, kalau suatu ketika dulu lah aku dijemput ke talk talk sebegini, bertuah sangatlah kalau mahu pergi. Betapa I couldn't care less. Betapa perasan gelas aku sudah penuh.

Tertarik dengan sharing dari member sorang ni tentang attending talks etc, katanya ada orang pernah pesan, kalau mahu hadir majlis-majlis ilmu, hadirlah dengan gelas yang kosong and you'll learn something, kalau bawa gelas yang penuh, nanti apa pun tak boleh masuk.  Aku kira betul juga. Apatah lagi kalau bawa gelas kosong perasan penuh. Tragik.

Enough of bebelan peribadi. Mahu cerita tentang talk itu sebenarnya.

#1 Isu syiah di Malaysia. Agak merisaukan bilamana ada kes-kes yang melibatkan guru agama di sekolah-sekolah. Kerana kita, masyarakat meletak kepercayaan pada golongan pendidik untuk memikul separa tanggungjawab mencorak anak-anak. Dalam satu kes, ianya guru agama sekolah rendah yang mengajar anak-anak muridnya cara ambil wudhu' cara syiah. Dalam satu kes lain, ibu bapa itu sendiri yang mengamalkan syiah. Setiap kelas yang membincangkan tentang Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab, guru itu noticed, ada dua pelajar akan keluar kelas, minta izin ke tandas kalau tak silap tapi tidak juga pulang-pulang sampai kelas habis. Curious, guru itu tanya. Kata mereka, ayah tak bagi dengar tentang Abu Bakar dan Umar, munafik keduanya. Astaghfirullahalazim. 

#2 "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikianlah Allah memerintahkan kepadamu, agar kamu bertakwa." 
Al-An'am 6:153

Jalan yang mana? 
Jalan yang Rasulullah s.a.w. tunjuk.

#3 "Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang mula-mula (memeluk Islam) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Allah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang agung."At-Taubah 9:100

Muhajirin dan Ansar merangkumi para sahabat termasuklah Abu Bakar as-Siddiq, juga Umar al-Khattab maka nyatalah mereka telah diiktiraf oleh Allah swt dalam ayat tersebut. Hal ini bertentangan dengan claims ajaran syiah bahawa kedua sahabat radhiyallahu anhum itu munafik keduanya.

Antara bicara manusia yang mungkin kita sendiri tidak tahu menahu atau kabur-kabur tentang asal usulnya dan ayat suci kitab yang tidak ada keraguan padanya...Sudah Rasulullah wasiatkan agar kita berpegang pada al-Quran dan sunnah :)

#4 Acute Immune Deficiency Syndrome mungkin sudah menular hebat dalam kalangan penduduk Bumi. Tapi ada AIDS yang lagi hebat - Angkuh, Irihati, Dengki dan Sombong. Kenyataan itu seperti splash air ais ke muka dalam dingin suasana kelmarin dalam dewan kuliah dek sedikit kebasahan meredah hujan.

Kata Dr. Lili, mereka yang punyai AIDS ini takkan mampu bertahan baik dalam akidah, kehidupan mahupun kebahagian. Dan sumber penyakit ini datangnya dari self-denial. Kerana orang yang kenal dirinya, takkan pernah angkuh, irihati, dengki dan sombong. Tapi the ugly truth is often we don't know but we don't know that we don't know. Atau bak kata dekan terchenta - You assume you know but actually you don't. 

#5 Sekali lagi dari Dr. Lili - We talk about human right but what about God right? What is God right?
Terpinga sebentar aku masa tu. Kalau ditanya, besar kemungkinan kelu. Teringat satu hadis yang aku tak mampu recall dimana aku dengar dan tak mampu recall the exact words maka ini hasil Google - 

"Aku pernah membonceng Nabi saw, yang memisahkan antara aku dan beliau hanyalah bagian belakang pelana. Beliau bersabda: Hai Muaz bin Jabal. Aku menyahut: Ya, Wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Kemudian berjalan sejenak, kemudian beliau bersabda lagi: Hai Muaz bin Jabal. Aku menyahut: Ya, wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Kemudian berjalan sejenak, kemudian beliau kembali memanggil: Hai Muaz bin Jabal. Aku pun menyahut: Wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Beliau bersabda: Tahukah engkau, apa hak Allah atas para hamba? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Beliau bersabda: Hak Allah atas para hamba, yaitu mereka beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Setelah berjalan sesaat, beliau memanggil lagi: Hai Muaz bin Jabal Aku menjawab: Ya, wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Rasulullah saw. bertanya: Tahukah engkau apa hak hamba atas Allah, bila mereka telah memenuhi hak Allah? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Rasulullah saw. bersabda: Allah tidak akan menyiksa mereka. (Shahih Muslim No.43)"

#6 Dan lagi dari Dr. Lili - Sebelum belajar apa saja, bekalkan diri dengan fardhu ain. Dan memahami al-Quran itu adalah fardhu ain. Saranan beliau, cuba fahami satu ayat al-Quran at least untuk sehari :)

#7 Dan lagi dari Dr. Lili - Tatkala Allah menciptakan manusia, Allah menciptakan manual - al-Quran.

#8 Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme. Diseases in the society.

#9 Plurality is good, pluralism is not. 

#10 Syarat berijtihad itu takwa.

#11 Andai kita menurut human right such as I can say what I want, I can be naked here if I want etc, kita akan forever violating another human punya right because I have the right to not hear what you say and I have the right to not see you naked. But if you fulfill hak Allah, hak orang lain pastinya akan terjaga. 

#12 Dan Dr. Lili akhiri talk tersebut dengan - ego itu musyrik kecil kerana menuhankan diri!

#13 Dan pada awalnya, Dr. Lili mulakan talk dengan - Kita sudah terbuai dengan serangan sehingga kita tidak sedar kita diserang.

Terbuai dibuai.

Tak boleh lepak sini lama-lama.
Personal viva esok.
T.T

3 comments:

tenDer-rasCaL said...

MashaAllah, yes, tht hadis about God's right is exactly wht goes through my mind, a reminder from another wonderful sister on one fated day. Now, i've been reminded twice.

Seronoknya apabila kita dikelilingi dgn org yg turut sygkan Allah...

khadijah said...

same.... i went through my mind tapi masa tu cannot recall what was Rasulullah's answer, ingat soalan je... hahaha =.="""

and yes.. alhamdulillah found you and all :)

malek rajiae said...

nice sharing sis..