Tuesday, October 16, 2012

'kiss'

ada banyak sangat stok gambar Kisses dari sesi try-and-error untuk siapkan assignment minggu lepas,
maka disini sahajalah aku salurkan.

#1 Petang tadi ada individual oral presentation untuk kelas bahasa inggeris.

Alhamdulillah meski sudah seperti tachycardia sebelum mahu present dan saraf simpatetik sudah dalam keadaan tegang, meski bukan hanya rama-rama ada dalam perut bahkan rasanya seperti ada sebuah safari zoo lagi, meski kelajuan bicara cuma lambat sedikit dari shinkansen (over pula disitu :P), Alhamdulillah cukup-cukup 6 minit - masa paling minima.

Dan takdir dan waktu menetapkan aku menjadi yang bertuah nombor 1 :D Perkara terbaik tentang menjadi yang pertama, tak rasa inferior sebab belum lihat yang lain mempersembahkan masterpiece masing-masing dan juri mempunyai kurang probabiliti untuk bandingkan kau dengan orang lain sebab kau yang pertama. Macam soal cinta juga (rasanya). Kalau kau berkahwin buat kali kedua, pasti terbanding-banding juga yang kedua dengan yang pertama. Alamak, bicara sudah melangkaui pengalaman pula :P

#2 Salah satu perkara manis hari ini -

Ada satu mesej masuk pada pukul 4.35pm

"Salam n hye2 hello..hehe..all the best 4 ur presentation! Gud luck! *smileykenyitmatasebelah*"

:D Jzkk!

#3 Sebenarnya, sangat menenangkan bilamana kau lihat ada audience (satu dua pun cukup...) senyum bila kau present. Tak kisah lah senyum atas apa sebab sekalipun...cuma mahu kata wajah yang terhias padanya sekuntum senyuman bila kau pandang itu cukup menenangkan, menghakis gementar yang menggunung, meluruh rasa cuak yang terkumpul :) Manis.

#4 Untuk kelas elektif bioteknologi, pelajar-pelajar teknologi industri turut menyertai kelas ini. Minggu lepas kami dipecahbelahkan kepada beberapa kumpulan dan hari ini perjumpaan buat kali pertama. Untuk kumpulan aku, cuma seorang sahaja pelajar TI yang ada maka tadi beliau kutip nombor telefon kami yang lain (bertiga cuma).

"013*******"
*selasai menulis, memberi isyarat mahu tanya nama*
"Qistina.."
*ekspresi beliau seperti aku-tak-dapat-tangkap-lah-ape-nama-kau, barangkali  tidak biasa dengan nama-nama Melayu memandangkan beliau berbangsa Cina*
"Emmm... Qis.." *kerana yang lain selalu panggil aku begitu.
*laju dia mengeja nama aku K-I-S-S*
"Aa...nevermind, you may call me Tina" *senyum*
*beliau mengangguk dan senyum dan pangkahkan 'Kiss' dan tulis 'Tina'*

#5 Perbualan video call sebentar tadi - "Nanti mai la rumah, mak aku buat laksa~" :D can't wait for aidiladha next week!

Minggu ini rasanya seperti Masa mahu main kejar-kejar sama aku.
Dan masih sempat pula kan menaip dua tiga perenggan disini, kan..? Haha
Nota buat diri: Keep calm and have faith plus be rajin, please!

6 comments:

myzara said...

keep calm and have faith.

fn : I bought lotsa chocolate last few days. do you want some? *senyumlebarsambilmataadamaknatersirat* hihi

:: ciK TeaChEr :: said...

*smileykenyitmatasebelah*
hahaha.. manis. semanis snyuman si pnghantar mase tgh taip sms tu.. sengih sorg2 malu kt oranggg:D

khadijah said...

amira - lotsa chocs? hmmmmmmmmm~ kena catu. :P

teacher fadh - hihihi... :D aura manis tu sampai through the sms.. i think i was smiling besar masa baca msg tu.. haha

:: ciK TeaChEr :: said...

hahaha..okey dua2 pn sengall jer.. jom kte kwin la kalu gitu,hoho

khadijah said...

hahaha... nak hantaran telefon pintar satu.. :P

:: ciK TeaChEr :: said...

amboii..kite pn xguna tlfon pintar nk bg kt org plak..pkai tlfon cerdik sudah laa..haha