Saturday, October 6, 2012

pulang

1/80 F6.3 ISO2500 - assignment minggu lepas 3 subject, 5 different ISOs, fixed shutter speed and aperture.

#1 Manakan tidak aku rasa mahu pulang tiap tiap minggu....

"Laa bila balik...??"

Atok ucap dengan senyuman yang priceless. Cukup melebur hati.

"Pagi tadi baru sampai..."

Hulur tangan. Salam. Pipi bertemu pipi.

"Dua minggu dah tak balik. Pasaipa...?"

"Ada aktiviti.."

"Apadia?"

"Aktiviti...."

"Ha?"

"Ada kerja... Ada program"

"Tu laa.. Banyak kerja tapi tak boleh nak kerja kerja lagi. Nak tolong pun tak tau nak tolong kot mana..."

"Haha...macam tu laa~"

Tiada beda besar mana juga kalau aku di rumah. Kadang-kadang bising cara aku. Lebih biasa dari tidak, sepi lemas dalam timbunan kerja yang perlu disiapkan. Agaknya benar kata orang, bila kau cukup sayang seseorang, cukup saja dengan kehadiran, pun sudah membahagiakan. Atok gua sayang sama gua! :D

#2 Pagi tadi pergi pasar dengan dear father. Cari ikan. Aku serius tak kenal melainkan bawal dan ikan temenung. Memang termenung lah aku sekejap depan gerai ikan. Dear father pun tanya "Yang ni ikan apa...?". Makcik tu pun kenalkan dua ikan depan aku. Satu ikan apa entah. Satu lagi siakap. Selepas musyawarah 2 baris ayat dengan dear father, kami bersetuju beli ikan siakap.

Niat di hati nak buat asam pedas. But I ended up goreng ikan siakap tu lepas marinade dengan perencah asam pedas.
ah, horror-ly fried =.="
Awesome giler tengok makcik tu dengan professionalnye siang ikan. Kejap je dah siap. Kalau aku, siang ikan memang a big no-no. Tapi siapa tahu nanti-nanti aku mampu. Cewah. Kata cousin aku, jangan banding diri dengan orang lain, banding dengan pencapaian sendiri. Maka pada aku, agak memberangsangkan jugalah pencapaian untuk mampu pegang ikan mentah, siang udang, siang sotong. Siang ayam..? Well...Tesco ada jual boneless chicken fillet :D

Pendek kata, be happy with your achievements walaupun kecik. Because....it's an achievement! Nevermind the size :D

Tiba-tiba terlintas dalam kepala, just a random thought. Serious, random -
Not only the guys should dapat soalan
"Nak bagi anak dara orang makan apa nanti?"
Ladies pun patut tertanya dan ditanya
"Nak bagi anak teruna orang makan apa nanti?" :P
Asalkan ada usaha, oklah kan walaupun noob-noob dalam cooking ni. Hee~

#3 Aku tengah basuh ikan.

"Ikan apa..eh tadi?"

"Ikan siakap"

Aku tengah masak.

"Ikan apa...?"

"Ikan siakap"

Sambil dia ambil isi ikan untuk hidangan tengahari atok.

"Ikan apa...ni?"

"Ikan siakap..."

Atok pula tanya.

"Ikan apa....?"

"Ikan siakap"

Aku duduk, makan wedges, makan tempe. Minum sikit.

"Ikan..apa..?"

"Ikan siakap..haha tak ingat ka?"

"Tak berapa nak ingat nama-nama ikan~"


Aku percaya kebanyakan rakyat Malaysia tahu pengajaran iklan Burung apa-Burung murai.
Ini kisah Ikan apa-Ikan siakap :)

#4 "Kita tidak akan pernah rasa perasaan hamba selagi mana kita masih ada perasaan memiliki..." -Kak Fas-

#5 Abdullah bin Jahsy
during hijrah, he left his wealth for Allah.
in great despair, he continuously asked for forgiveness from Allah.
(...until there comes 2:217, a wonderful news from Allah.)
in Uhud war, his du'a was granted by Allah.
from Allah he came and he returned to Allah.
What a life worth living he had. Subhanallah.




5 comments:

A.F.A said...

ikan yg palin unacceptable if x kenal would be ikan pari

khadijah said...

haha pari i kenal...and talapia and salmon and keli.. not bad lah kan~

:: ciK TeaChEr :: said...

haha..kite samee..i pn xkenal ikan kcuali yg trtntu saja,huhu.. tp at least, u r better than me lah..i pn xreti siang lauk, yg brani sntuh cuma sotong dan udang..ayam dan ikan... =.='

khadijah said...

i siang sotong n udang ja... ayam dan ikan serah pada yg pakar..haha

:: ciK TeaChEr :: said...

kita serupa!haha