Thursday, July 4, 2013

Manikam Kalbu

 


Sejarah aku dengan novel Bahasa Melayu boleh dikira kontot jugalah. Aku tak pernah habiskan novel Julia tapi Tragedi 14 Disember aku habiskan. Masa aku sekolah menengah, novel yang kira tengah hot masa tu adalah Bicara Hati dan yang sewaktu dengannya. Tak pernah ada kecenderungan nak baca any of those tapi dek jiwa remaja yang tidak asing daripada sikap ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru seperti yang sering para pelajar nyatakan dalam karangan termasuklah aku, aku baca juga satu - Kau Yang Satu. Maka Kau Yang Satu, kau lah yang satu-satunya aku baca dalam kalangan novel-novel genre itu. And that was the only malay novel aku baca sampailahh (not sure kalau ada baca any others dalam jangka masa tu, tak dapat recall lagi) aku baca Hlovate's Versus pada tahun 2011. Not that selain those novels aku langsung tak baca penulisan bahasa ibunda. Aku baca juga. Buku contoh karangan Bahasa Melayu mesti baca punya. Dan aku ingat lagi, aku suka baca buku antologi cerpen kakak aku punya masa sekolah menengah. Kalau tak silap, antologi cerpen yang diorang kena belajar masa tu. FYI, kakak aku 17 tahun lebih tua. Ok mungkin lebih sedap sebut, aku 17 tahun muda dari kakak aku. One of them is Nilai Sebuah Kasih, paling suka yang itu. 

Somehow lately selera dah sedikit berubah ke arah novel bahasa ibunda. Cantik seni bahasa Melayu sebenarnya, if you get the right books. So Faizal Tehrani's Manikam Kalbu. Yang ni member baik kasi pinjam setelah beliau menjadi saksi utama apa yang telah tugasan menulis karangan selama sejam lakukan pada aku dan setelah beliau dengan sabar mendengar rintihan aku. Rintihan sangat~ Aku orang last yang submit. Dan bukan sebab idea melimpah ruah seperti coklat tumpah ke ladang gandum dalam iklan Koko Krunch. So yeah. Maka, aku try baca couple of pages. Boleh tahan menariknya. Tapi tak sempat dan aku tau memang aku confirm tak sempat habiskan dalam masa satu semester, aku request untuk bawa buku beliau pulang bercuti dengan aku. Alhamdulillah harini dah khatam dengan tidak sempurna sebab aku skip couple of pages tapi overall thumbs up jugalah. 

Tengok novel ni mula-mula memang tertanya apekebende yang manikam kalbu nya. Ada benda yang akan menikam kalbu kah. Atau ada sangkut paut dengan jauhari yang mengenal manikam. Rupanya Manikam Kalbu dalam novel ni merujuk kepada tiga subjek yang berbeza. Won't spill the story tapi mahu share 5 of a number of quotes I'd love to remember.

#1 Adapun busana itu cerminnya iman. Cerminnya akhlak, cerminnya tamadun, cerminnya bijak. Tinggi ilmu sesuatu bangsa diukur pada busananya. Busanalah petunjuk dan pedoman kita nak menilai hebat atau tidak, halus atau kasar budaya.

#2 Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah. Barangsiapa pakai singkap menyingkap tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.

Syarat kedua busana Melayu itu pantang kainnya nipis. Apabila berkain baju yang tipis, disitulah tempat setan dan iblis. Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang. Sesiapa memakai akan pakaian yang tembus mata, tanda dirinya dalam nista.

Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia berpotongan ketat. Tiada boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barangsiapa berbaju sempit, imannya malap, jiwanya sakit. Ingatlah Anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang dia berbaju ketat. Tanda orang beriman teguh, pakaian sempit memang dijauh.

Syarat keempat busana Melayu - pantang ia mengada-ada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Apabila memakai tahukan diri supaya tak lupa diri sendiri. Kalau memakai elok menurut adat, kelak tiada membawa mudarat. Ingatlah jika memakai elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.

Syarat yang kelima busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai, aib tersingkap, malu terburai.

#3 Kreativiti bukan lesen untuk awak merosakkan khazanah budaya bangsa.

#4 Apabila penjajah barat masuk ke rantau kita, mereka bawa masuk sekali fahaman mereka iaitu sekularisme. Fahaman itu ialah fahaman yang memisahkan agama daripada kehidupan kita. Segala-galanya dipisahkan daripada agama, daripada sistem ekonomi, sistem politik, gaya hidup, termasuklah cara berpakaian. Sedangkan bagi kita orang Islam, agama itu satu keseluruhan, apa sahaja yang kita lakukan itu demi Tuhan, demi Allah. Hatta dalam aspek berpakaian, kita berpakaian kerana Allah. Orang Islam memakai baju untuk menutup tubuh, orang Barat memperagakan keindahan tubuh dengan baju. Jadi kalau sempit pun sempitlah, kalau jarang pun jaranglah, kalau terdedah pun terdedahlah.

#5 Takkan awak nak mereka cipta satu busana yang awak dapat dosa bila orang memakainya?


Menikam kalbu juga sebahagian tulisannya.

Meski Dang Nurhalijah tidak berjaya menjadi jurubusana istana dahulukala, rasanya ideanya sampai dan menjadi asas banyak rekaan kini, mungkin dengan sedikit sebanyak evolusi. Dan alasan Mak Cik Zainon berhenti menjadi tukang jahit istana jelas menunjukkan fokus masyarakat kini when it comes to attire/outfits.

A pretty good novel I guess for tukangs jahit and those who aspire to be one :)




Menjadi jargon buat aku, baca jenis-jenis kain, pua lah apa lah. 
Kalau nak boleh relate sikit pun, tang dia cerita pasal olanzepine, terramycin, alzheimer. 
Cewah, gaya macam tau banyak je walhal yang tau, terramycin tu adik beradik gentamycin.
Obviously =.="

No comments: