Tuesday, July 16, 2013

Bintang-bintang

Banyak perkara dalam hidup berubah apabila usia kita bertambah. Fizikal itu zahir. Aku pilih  untuk bicara tentang sisi mental. Kalau dianalisa (lebih kurang) kembali, kau akan nampak satu evolusi ataupun revolusi yang boleh mengundang pelbagai macam perasaan dan cubaan menilai kehidupan sendiri. Perkembangan dan perubahan itu bukanlah lahir dari pertambahan angka pada umur, sebaliknya dari pengalaman dan proses pemikiran. Namun begitu, pertambahan angka bukanlah tiada arti yang signifikan malah ia pada satu sisi menunjukkan pertambahan jangka masa yang memungkinkan pendedahan diri seseorang pada pengalaman dan proses pemikiran. Melainkan kau duduk dalam satu bilik gelap tanpa berfikir dan berbuat apa-apa (very much impossible), pertambahan angka cuma menunjukkan pertambahan jangka masa tubuh kau berfungsi yang berkait dengan soal kesihatan.

Banyak benda yang dahulunya kau suka, kini tidak. Atau yang dahulunya tidak, kini kau suka. Atau yang dahulunya kau nanti, kini kau takut dan  yang dahulunya kau takut kini kau nanti. Everyone experiences this which is why we can't simply judge people (though most of the time we simply do) because they might like something today which makes you judge them to be person type A today and hate that something tomorrow which makes them changed into person type B while you did not do any follow-up and continue to perceive them as person type A, but that is another story.

Bintang-bintang are always something beautiful to see in the night sky. Bintang-bintang juga melambangkan excellence dari pelbagai sudut. Kalau hotel contohnya, bintang-bintang melambangkan excellence of hospitality dan prestij. Kalau zaman tadika dan skolah, bintang-bintang melambangkan excellence of work. Lagi banyak bintang, lagi bagus dan lagi menggembirakan. Dan cuma sisi bintang yang itulah yang aku kenal sampailah umur sedikit bertambah dan found out bintang-bintang merujuk kepada syarat tertentu. Maksudnya kalau sesuatu perkataan atau ayat itu datang bersama bintang, ayat itu valid dengan syarat tertentu atau statement itu terikat dengan syarat tertentu. Itu masih ok.

Bila aku melanjutkan pelajaran dan memasuki dunia tertiary education, aku lihat satu sisi bintang yang agak menakutkan, at least dalam konteks aku sebagai pelajar. Kalau kecil-kecil dulu mahu sangat bintang-bintang pada kertas peperiksaan/ujian, sekarang bintang-bintang pada statement keputusan exam is one of the things I boleh tahan dread amat juga lah. Kenapa? Sebab maksudnya kena repeat paper.



Hari ni provisional result keluar.
Alhamdulillah tiada bintang :)

2 comments:

ika said...

ayat last tu kelakar. haha boleh tahan scary jugak bila nampak ada bintang XD

khadijah said...

haha so true... kalau boleh nak 2 tahun lagi tanpa bintang. for u, for me, semua lah, aminnn!