Friday, February 1, 2013

Tuan Haji Junid

lorong dari lorong-lorong di Georgetown, 2012

Tuan Haji Junid yang singgah di warung roti canai milik arwah ayah Agus, mempersoalkan 'kebersihan' tangan Yusri, si lelaki yang nature-nya lembut di kejiranan mereka yang baru mula kerja disitu. Kata-kata Tuan Haji Junid cukup mengguris hati. Pandangannya Yusri itu terlibat dengan kerja-kerja buruk walhal Yusri cuma buat bisnes pakej perkahwinan.Ucapannya dicelah Zakiah.

"Masha-Allah Tuan Haji Junid. Orang kat Palestin jauh-jauh kita nak tolong tapi jiran kita layan macam ni."

"Eh kamu ni budak-budak lagi. Mana tahu apa-apa."

"Memang saya budak lagi, tapi saya belajar sejarah Islam. Itu dah cukup memahamkan saya bahawa Rasulullah berdakwah dengan cara mencontohi diri dia sendiri. Dia tak pernah menghina orang, tak pernah menyakitkan hati orang. Itulah kenapa saya percaya, Rasulullah berdakwah, berjaya, sampai sekarang. Wallahualam. Assalamualaikum."

"Ni Leha, ajar sikit anak kamu tu.."

dari telemovie sempena Maulidur Rasul lepas, Budak Flat Jalan Bayan.

wallahualam.

No comments: