Monday, February 4, 2013

Pen Mutiara & Nasi Kerabu

Pen Mutiara. Bersama Makcik Salmah, Makcik Rosni and Cila. Photo by Cila :D
Pertama kali makan di Pen Mutiara sebenarnya.
Dan baru tahu Pen Mutiara wujud di bumi Penang =.="" meski lebih 21 tahun jadi warga negeri.
Terima kasih sama Makcik Salmah yang tempah meja dan belanja. Terima kasih sama Makcik Rosni yang memandu. Terima kasih buat semua kerana bawa aku sama. Jazakumullah khayr!

Pendek cerita, mengikut pengalaman makan aku yang tidak seberapa, kalau mahu cari tempat makan masakan Melayu yang sedap dengan suasana selesa, aku cadangkan Pen Mutiara. Restoran ni ada 2 cawangan di Penang sebenarnya - Batu Maung dan Taman Selat. Yang ini, cawangan Batu Maung. Khabarnya, di Taman Selat, dekorasinya sama cantik cuma tempatnya kecil sedikit. 

Hidangan-hidangan yang dipesan -
Kari Kepala Ikan
Sayur Kailan
Sotong Goreng Tepung
Udang Masak Mentega
Ulam-ulaman
Buah-buahan (sepinggan penuh terdiri daripada nanas, tembikai susu, betik dan tembikai merah)

Sotong goreng tepung disini serius rasanya beda dengan yang biasa-biasa jumpa. Sayur kailan juga! Kari tak perlu sebut, yummy! Udang masak mentega juga istimewa. Tapi usah percaya sangat komentar aku tentang makanan, kerana asal rasanya tidak terlalu jelek dan bisa diterima lidah, aku kira sedap saja :D Tapi serius, di Pen Mutiara ini sedap..

Lokasi restorannya sedikit tersembunyi. Bersebelahan dengan pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Batu Maung. Khabarnya, dahulu restorannya kecil cuma tapi sudah membesar! :) Dekorasi interiornya agak classy, ala-ala seperti di hotel. Ada pentas kecil dengan piano dan mikrofon. Ada beberapa akuarium ikan. Pernah aku terbaca, melihat ikan berenang dalam akuarium sebenarnya mempunyai efek psikologi yang menenangkan. Maka aku kira disini, manusia-manusia boleh menjamu selera dengan tenang. Hehe. Di tingkat atas restoran ini, kata Makcik Salmah ada dewan sesuai untuk majlis-majlis seperti majlis resepsi perkahwinan contohnya. Lajuu Makcik Rosni kata - Haaa Shila, kenduri kawen hang buat kat sini la. Hihihi. 

Dari segi total harga tadi, masih sebuah misteri buat aku. Melihat pada buku menunya, harga itu boleh aku simpulkan ala-ala di Manhattan Fish Market. Wajar jugalah dengan kuantiti sepinggan lauk serta tahap kesedapannya dan lain-lain :) 

Kalau ada rezeki, insha-Allah mahu kesitu lagi!
-----------------------------------------------------------

Tentang Nasi Kerabu...
cuma mahu kata Nasi Kerabu di gerai di hadapan Carrefour Bukit Tengah sedap.
Ditambah sedapnya oleh hakikat ada satu kakak manis lagi santun yang menjualnya bersama dengan ayahnya, pakcik yang begitu berbudi bahasa budaya kita :D

Pakcik itu belanja aku sama ayah seorang sepinggan. Kakak itu tolong hidangkan.
Semoga Allah rahmati mereka.

Tiap-tiap Ramadhan diorang akan jual Laksam.
Dan laksam diorang cukuppp sedap ^_^

4 comments:

:: ciK TeaChEr :: said...

boleh belanje nanti :D

khadijah said...

mai Penang tak habaq, majuk ah, you belanja. hahahaha

Love's Paradox said...

Haa curi gambaq! I semen u eh I saman u. Haha.

khadijah said...

nk kena letak citation ka (Cila, 2013)... hahaha