Friday, February 17, 2012

alkisah

Hanok Village, Jan 2012
Ibnu Abbas
"Jika Allah ambil dari kedua mataku cahaya terang
Maka dalam hati dan fikirku ia masih bersinar cemerlang
Jiwaku cerdas akalku lempang
Dan lidahku tajam seperti sebaik-sebaik pedang"

and so that's Ibnu Abbas yang buta kerana terlalu banyak menangis kerana takut dan harapnya kepada Allah swt. Subhanallah. Apalah sangat buta kedua mata, the worst case scenario is buta mata hati as mentioned in al-Hajj (22:46).

Better than Kassim Selamat, don't cha think :P


Ibrahim a.s.
"Maka tatkala anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersamanya, Ibrahim berkata, "Duhai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka kemukakanlah pendapatmu." Ia menjawab, "Duhai ayahanda, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; engkau akan mendapati aku insha-Allah termasuk orang-orang yang sabar" (37:102)

Ternyata Ibrahim tahu itu perintah Allah dan boleh sahaja beliau terus menyembelih Ismail a.s. Walaubagaimanapun tidak. Sepertinya Allah swt mahu ajarkan musyawarah terutama sekali dengan pihak yang berkaitan :)


Uhud
I'm not sure of the exact storyline because I saw ada different version on the internet but based on my reading, ketika itu Rasulullah bermimpi dan mimpi itu seolah menyarankan kaum muslimin bertahan dalam kota Madinah. Walaubagaimanapun setelah dibentangkan pendapatnya, beberapa sahabat berpandangan berbeza, mereka punya semangat berkobar mahu menentang musuh di bukit Uhud. Akhir keputusan, mereka berhadapan dengan musuh di bukit Uhud. As we learned in sekolah dulu, ending peperangan ni tragis. Rasulullah saw sendiri cedera teruk. Saidina Hamzah gugur bersama ramai lagi sahabat.

Walaubagaimanapun, tidaklah Rasulullah deal dengan perkara ni dengan attitude i-told-you-so. What we can see here mereka bermusyawarah, berjuang bersama dan tidak menyalahkan. Subhanallah, pada setiap takdirNya, pada setiap yang terjadi, ada hikmahnya, ada sesuatu yang bisa kita pelajari. Apa kita mengambil iktibar? Apa kita mempraktikkannya? Atau ego dalam diri masih menjadikan kita ingin selalu tampak benar dengan membuat yang lain terlihat salah?


Abdullah ibn Rawahah
Dialah yang menangis semasa berangkat untuk Perang Mu'tah dan bila ditanya mengapa, dibacanya ayat 71, Surah Maryam -
"Dan tidak seorang pun dari kalian melainkan akan mendatangi neraka itu. Itu bagi Rabbmu adalah suatu kemestian yang telah ditetapkan"
kemudian seraya berkata - Aku tidak tahu bagaimana caranya keluar dari neraka itu setelah mendatanginya.

Dan Dialah yang berbicara meyakinkan para pejuang ketika masing-masing bergelodak jiwa memandangkan ketika perang Mu'tah, ratio mereka dan tentera pihak lawan adalah 1:70. Sekali fikir, dengan fikiran manusia yang serba terbatas, tak tercapai akal bagaimana hendak bertempur. Kata Abdullah -

"Saudara-saudaraku, sesungguhnya apa yang kalian tidak sukai ini justeru merupakan tujuan dan cita-cita keberangkatan kita. Tidakkah kalian rindukan syahid? Kita memerangi musuh bukan mengandalkan senjata kekuatan, ataupun banyaknya jumlah bilangan. Kita memerangi mereka hanyasanya mengandalkan agama ini, yang Allah telah muliakan kita kerananya. Maka dari itu, majulah dengan barakah Allah! Kita pasti memperoleh satu di antara dua kebaikan; menang atau syahid!"

Lalu semua menyorakkan takbir.
Allahuakbar!


Perang Mu'tah
Zaid bin Harithah, yang membawa panji, terhenti dengan puluhan tombak yang menyapa tubuhnya.
Jaafar bin Abi Talib meraih panji tersebut. Kedua tangannya putus. Masih beliau bertahan hingga akhirnya dibelah tubuhnya.
Abdullah ibn Rawahah menyambung tugasnya hingga akhirnya beliau juga syahid.
Seterusnya, Tsabit ibn Aqram Al Ajlani meraih panji dari pelukan Abdullah. Beliau kemudiannya berlari mendapatkan Abu Sulaiman, meminta Abu Sulaiman mengambil panji itu.
Maka Abu Sulaiman pun mengambilnya.
Dan dengan izinNya, kemenangan tiba setelah itu.
Dia, Abu Sulaiman, adalah Khalid al-Walid, Saifullah.
Subhanallah, sungguh hebat perjuangan mereka mempertahanka ad-din.


Muhammad al-Fatih
I read his story before in Asuh magazine wayyyy back then when I was still in primary school. Dah lupa. And last year, I attended a program where the speaker tells his story and this time betul-betul rasa terkesan. Muhammad al-Fatih, he's 21 masa menakluk Constantinople.
And here I am, 21 and...and.... =.=""""
Btw, he's the guy who never missed Tahajud! :D


Abdurrahman ibn Auf
Saat beliau tiba di Madinah, beliau masih muda dan tak punya apa. Seorang Ansar yang dipersaudarakan kepadanya offer padanya rumah, kebun, isteri...all for free. I repeat, for free. But what he did was, he cuma minta tunjukkan jalan ke pasar. Dan disana, beliau mula dengan kerja sebagai seorang kuli. Dipendekkan cerita, berkat usahanya, kerjayanya bertambah baik dan beliau menjadi seorang pedagang. Seterusnya beliau menikahi seorang wanita Ansar dengan mahar emas seberat biji kurma. Dan semuanya berlaku dalam tempoh sebulan.


Nailah binti Farafishah Al Kalbiyah
Dialah wanita yang terputus jarinya kerana mahu melindungi suaminya ketika satu pasukan pemberontak yang mencerobohi rumahnya menghayunkan pedang ke tubuh tua suaminya yang sedang bertilawah. Dialah isteri Uthman bin Affan. Setelah ketiadaan suaminya, Muawiyah ibn Abu Sufyan mengirim utusan mahu menyuntingnya. Kata Nailah - Tidak mungkin ada seorang manusia yang bisa menggantikan kedudukan Uthman di dalam hatiku.


Begitulah antara kisah-kisah yang dimuatkan dalam Jalan Cinta Para Pejuang. Tidak termasuk lagi kisah Ikrimah, putera Abu Jahl yang akhirnya memeluk Islam dan syahid, kisah Ummu Sulaim, kisah Hanzalah yang jenazahnya dimandikan malaikat dan banyak lagi. Subhanallah there's so much one could learn from the stories. Banyak stories yang left me in complete awe. Betapa besarnya rahmat Allah, betapa benarnya janji Allah, betapa luas pengampunan Allah, betapa cool giler dan awesome habiss para sahabat Rasulullah~

Jujur menyatakan, aku tidak suka baca sejarah. Di tingkatan 1 dan 2, terpaksa belajar Sirah (ya, ketika itu rasa sungguh terpaksa :P). Walaubagaimanpun, tersangkut juga membaca selitan-selitan sirah dalam karya Salim A. Fillah ini, barangkali kerana rasa cukup terbuai dengan gaya bahasa penulisan beliau yang puitis. Walaubagaimanapun, alhamdulillah dan masha-Allah, Allah beri peluang untuk mengambil ibrah dari kisah-kisah ini. 

Note to self, tepuk dada tanya iman, mahu bagaimana selepas ini...

No comments: