Sunday, March 27, 2011

5 perkara

Lima perkara yang harus ada dalam sesebuah hubungan :

1. Kejujuran

2. Kesetiaan

3. Saling memahami

4. Bertolak ansur

5. Doa/Tawakkal kepada Allah swt

-Kak Ain-

Wednesday, March 23, 2011

the gift

Yesterday is a History.
Tomorrow is a Mystery.
Today is a Gift.
That's why it is called Present.

-from Kungfu Panda-

Lets appreciate it.

Tuesday, March 22, 2011

Mujahadah


Kata orang mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis,
Sebenarnya pahit itu tidaklah berpanjangan.
Akan hadir rasa manisnya iman.
Akan hadir rasa manisnya ketaatan.
Dan akan hadir jua ketenangan.
Tatkala hidup disuluh Nur Ilahi.
Dan andaikata pahit itu rasanya terlalu membebankan.
Tidaklah seseorang insan itu berseorangan.
Allah s.w.t sentiasa ada andai mahu pinta bantuan.
Meski tak tercapai oleh pancaindera.
Yakin dan percaya kan serlahkan kekuasaan-Nya.

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ 45
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاقُوا رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 46
{45} And seek assistance through patience and prayer; and most surely it is a hard thing, except for those who are khusyu', {46} who know that they shall meet their Lord and that they shall return to Him.

ps - from google-ing, it can be said that those who are khusyu' means those who truly have faith in Allah, those who put their trust in him, who humble themselves towards Allah. "Put your trust in Allah. Allah loves those who put their trust in Him" (Al-Imran 3:159).

Friday, March 11, 2011

TWILIGHT SERIES FOR SALE =)


Perfectly wrapped.
I forgot to take pictures of each of the novels before wrapping them.
Sorry!

However, don't worry!

All 4 of them are in good condition.
No coffee stain etc.
I never fold any of the pages.
Never highlight any of the words/write my name in it.
All of the books were read only once. By me.

Price : RM140
Negotiable
Excluding postage fee.
If you stay in Penang or nearby, I guess you can just pick them up from me.

^_^

Saturday, March 5, 2011

terang bulan


Janganlah mudah tertipu oleh terang bulan kerana di sebalik terang bulan lebih banyak gelapnya.

-Filem Hang Jebat 1961-

Friday, March 4, 2011

ruang


Belajar dari kesilapan.
Salah satu hakikat kehidupan.

Adakalanya kita diberi ruang seluas-luasnya untuk merangkak berjalan berlari berbekalkan ilmu dan iman di dada. Tanpa satu pun tangan yang memimpin. Tidak mustahil, kita tersungkur terjatuh dan terluka tanpa sedar. Mungkin berkali-kali. Kerana manusia mudah lupa.

Firman Allah s.w.t.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah bersama orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

Sabda Nabi s.a.w.

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku"
Hadis riwat Imam Malik.





kerana aku juga diberi ruang itu.
kerana aku juga manusia.
kerana aku juga lupa.

Thursday, March 3, 2011

if a chef make a mistake, it's a new recipe?

If a scientist makes a mistake, it's a new invention.
If a barber makes a mistake, it's a new style.
If a politician makes a mistake, it's a new law.
If an employer makes a mistake, it's the employees mistake.
and so on.....

Hari tu I jot down recipe Tiramisu dari www.kuali.com, excited lah nak buat. So few days back, I pergi hunt barang2 dia. Mascarpone cheese sangat mahal! So I ganti dengan cream cheese. Satu packet cream cheese tue 250g je, I nak 300g tapi takkan nak beli dua, giler banyak kowt. So 50g lagi tue, I ganti dengan satu cup yogurt perisa orginal sebab I pernah tengok ada recipe yang guna yogurt. Dua benda dah I main tukar sesuka hati. Lepas tue, i confuse dengan ayat dalam recipe yang I copy tue, i tak pasti dia nak telur kuning je ke or semua skali. Sebabnya, dalam ingredients dia cakap egg yolk, dalam method dia cakap mix egg & yolk. Hmmm~ So, I pun percaya lah dengan method, I tuang semua telur. At the end, mixture I terlalu cair dan I pun berlari-lari cari my father mintak tolong nak buat macam mana. Kalau my father nie, 'buang dalam tong sampah' adalah option terakhir sekali. He suggested I letak tepung jagung. Wow~ Time tue I dah tak dapat bayangkan apa nak jadi dengan tiramisu I tapi I teruskan jugak.

Bila dah siap, supposedly kena refrigerate je. Tapi sadly, i letak dia dalam peti ais semalaman pun masih sangat cair jugak. Jadi, I pun try letak dalam oven. Alaa~ dah alang-alang disastrous dah, biaq pi kat dia la nak jadi apa. =D Tapi masa keluar2 oven tu, it turned out so nice and wangi and sedap surprisingly and lebih sedap kalau makan sejuk2 time baru keluar dari peti ais. ^^ So i call that mistake, my new recipe.

These are the ingredients :
250 g cream cheese
1 cup of original yogurt
180 ml whipping cream (kalau letak sekotak kecik tue (200ml) pun tak pe kowt)
40g sugar yang dimasak sampai mendidih dengan 70g water
3 biji telur
tepung jagung (agak2 sendiri banyak mana nak letak)
satu packet biskut jari
2 packet nescafe 3 in 1

1. Guna kitchen mixer, kacau telur sampai kembang dan tuang air gula yang mendidih tu masuk sambil kacau.

2. Masukkan cream cheese, whipping cream and yogurt dan teruskan kacau. Tambah tepung jagung sedikit demi sedikit. Agak2 la, jangan banyak sangat.

3. Patahkan biskut jari tue. I beli biskut jari yang besar2 tue, RM 2 satu packet, keras giler sampai kena ketuk dengan lesung batu. Sebenarnya biskut marie pun boleh jugak.

4. Tuang biskut jari yang telah perfectly dibelasah ke dalam loyang, buat satu layer. (jangan tuang semua.

5. Tuang Nescafe yang dibancuh sikit2 atas biskut2 tue bagi semua biskut serap Nescafe. Ni pun kena agak2 sendiri.

6. Tuang mixture cheese apa segala tue kat atas biskut2 yang telah mandi Nescafe.

7. Next ulang je balik, buat satu layer biskut jari, tuang Nescafe, tuang mixture cheese semua tu. I dapat 4 layer - biskut, cheese, biskut, cheese =)

8. Refrigerate overnight dan esok tue bakar dalam 25 to 30 minutes gitu dengan temp. between 150 -180 degree celcius. (Kalau bakat terus tanpa simpan dalam peti ais pun boleh kowt..hee~)

Nenek I kata sedap. Anak sedara I kata sedaplah jugak. My father kata Mesti sedap punya (dia tak rasa pun lagi time dia cakap =.=""). I kata...Sedap oh!

Tuesday, March 1, 2011

warkah terakhir


Adakalanya memori lama bermain di minda, bagai sebuah filem tanpa suara justeru mengembalikan sebuah rasa yang perginya sudah lama.

Dia cuma anak gadis kecil. Cetek ilmunya. Lemah imannya. Dan hatinya laksana kaca. Diperlihat padanya wajah derita. Derita seorang wanita. Derita seorang wanita kuat yang gemalai tangannya pernah suatu ketika dulu membuai si anak gadis kecil tidur. Diperdengarkan padanya jua berita pemergian yang pada suatu masa akan datang, harus dia terima.

Buat pertama kalinya, si anak gadis kecil terasa begitu sendiri, begitu bingung, begitu sunyi...begitu hilang dan terluka. Persis layang-layang terkoyak terputus tali. Tangan yang memimpin selama ini, tak mampu memimpin lagi. Kasih ibu tiada ganti. Segalanya sungguh cepat terjadi. Drastik itu menakutkan.

Si anak gadis kecil cuba mencari bahagia, mahu menghalau duka yang menghimpit dada. Mungkin material bisa mengundang gembira. Tapi tidak, itu hanya sementara. Si anak gadis kecil membutakan mata pada derita, memekakkan telinga pada derita, mengharap derita pergi.

Derita wanita kuat itu umpama parasit, mengikis kudrat wanita kuat sedikit demi sedikit. Pasti itu ujian yang Maha Kuasa padanya, mungkin penghapus dosa, mungkin untuk memberi ganjaran pahala, pasti yang Maha Agung untuk kasih padanya. Tidaklah si gadis kecil terfikir itu, dan si gadis kecil hanyut dengan kemarahan yang datang bertamu. Marahkan apa, wahai si gadis kecil? Si gadis kecil juga tak tahu. Derita barangkali.

Adakalanya, wanita kuat harus meminta bantuan si gadis kecil. Si gadis kecil yang jahil tidak suka. Si gadis kecil yang marah tidak mahu membantu. Harapannya, wanita kuat kan lakukannya sendiri. Harapannya, wanita kan kembali kuat dan terus berdiri seperti suatu masa dahulu yang telah lama berlalu dan tak akan kembali.

Si gadis kecil sedar akan kehilangan yang bakal menanti dan memikirkan hal itu kerap membuatnya kecut hati. Si gadis kecil takut apa yang bakal dilalui. Si gadis kecil tak cukup berani. Dalam hening malam, si gadis menyembunyikan esakan, mengharap esok pagi, bila bangun nanti, diberi kekuatan menjalani hari.

Melihat sahabat handai lain yang senang hati, rasa cemburu berputik di hati. Aku juga ingin seperti itu, bentak hati si gadis kecil. Kemelut ini pastinya berakhir, si gadis kecil mengerti. Namun begitu, akhirnya pasti menyayat hati. Si gadis kecil menangis lagi. Si gadis kecil memujuk hati sendiri. Hati yang rindu kasih yang dahulunya dicurah tak henti-henti.

Perasaan si gadis bercampur baur. Umpama benang pelbagai jenis yang bergumpal dan sukar dilerai.

Saban hari, si gadis kecil menjadi dingin dan keras hati. Tanpa sedarnya, mereka yang lain terasa hati. Wanita kuat, lebih-lebih lagi. Dahulunya, wanita kuat sering menulis buat si gadis kecil, meluahkan sayangnya dalam kata-kata di kad harijadi, memperlihatkan kebanggaannya pada si gadis kecil dengan kad ucapan tahniah, memujuk si gadis kecil yang bersedih dengan surat yang mencuit hati. Dan kali ini, warkah wanita kuat buat si gadis kecil menyatakan perasaannya yang jauh hati. Wanita kuat sedih melihat diri si gadis kecil yang amat disayangi. Wanita kuat sedih si gadis kecil tidak memahami. Wanita kuat sedih dengan apa yang tidak lagi ia mampu beri buat si gadis kecil yang sungguh memerlukan.

Warkah itu si gadis kecil baca bertemankan tangisan. Si gadis kecil tenggelam dalam lautan perasaan yang geloranya hanya Tuhan yang mengerti. Warkah itu akhirnya di humban ke dalam bakul sampah. Rabak. Renyuk. Dan si gadis kecil yang keliru celaru terus begitu.

Dan itulah warkah terakhir. Kerana wanita kuat semakin hari semakin tidak kuat lagi dan tidak lama kemudiannya wanita kuat dijemput Ilahi. Tinggallah si gadis kecil yang tidak berkesempatan memohon sebuah kemaafan. Tinggallah si gadis kecil dengan sebuah penyesalan dan sebuah pengajaran yang disingkapnya perlahan-lahan.

Si gadis kecil berharap segala itu tidak terjadi. Namun, jika begitu, mana mungkin terkisahnya kisah ini sebagai ingatan buat diri dan mungkin buat mereka yang juga begini. Masa yang suntuk biarpun penuh tekanan, tak apa ditangisi tapi redhalah dengan yang terjadi dan dengan memori seindah mungkin masa itu harus diisi supaya jika ianya bermain dalam ingatan suatu hari nanti, diundangnya air mata kerinduan dan bukannya air mata penyesalan. Andai di luar sana ada gadis kecil sedemikian rupa, semoga ada yang menghulurkan tangan memberi bimbingan.