Showing posts with label qis's finger on the shutter. Show all posts
Showing posts with label qis's finger on the shutter. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Laksa Janggus

alhamdulillah wa syukur lillah,
was given the chance to have a wonderful journey to Kampung Perlis, Balik Pulau to try the famous Laksa Janggus with dearest bestie, member dari zaman baru nak belajar ABC :D

We tak taw jalan pun nak pergi and searched for it on google map (despite being a penangiteee! =.=") and i actually printed out the map (funny! =.=") and I accidentally left it at home. So, what we did was, holding on to my ingatan about the peta sikit2 and signboard Balik Pulau. Dan sebenarnya, the easiest route was, dari Bridge, ambil jalan gi Penang International Airport, pergi straight aje, straight sampai naik bukit and after the jalan pusing2 at the bukit, akan sampai ke small town, ambil the first simpang on the left (ada pintu gerbang decorated with bendera PAS). Lepas tu, straight until jumpa simpang tiga then ambil kiri. The Laksa Janggus place would be on your left hand side.

What happened to us was we lalu jalan yang ada simpang to Paya Terubong, lalu Tabung Haji, terlajak ke jalan nak ke Batu Maung, ter-masuk Kampung Pondok Upih yang dekat are MRSM Balik Pulau and terlajak sampai St George's School and further, after patah balik tersilap pintu gerbang, tipah tertipu dengan pintu gerbang sekolah =.=" Anyhow, alhamdulillah sampai juga lepastu.

at USM guesthouse.
singgah Muzium Tuanku Fauziah, USM


Char Koay Teow Kerang RM3.50, Anjung Budi, USM. Yummy, serious :D
Pisang goreng at  Laksa Janggus. Okayy, photo overexposed, dah malas nak ubah setting sebab so hungry :D
tadaaa~ the Laksa Janggus :D
Mesra Ligat Enterprise. Laksa Janggus. Waktu perniagaan 3.30 onwards.
Paddy field on the way balik from Kampung Perlis
Yeay! Levitation technique berjayaa :D


nenek kebayan nak masuk keta...? :O whoaaa~
the scenery kat Balik Pulau is subhanallah, beautiful.

while waiting for her at Caltex Kak Siti :)

jazakillah khayr to her for sponsoring the fuel and for sudi teman-ing me mencari laksa janggus and for tolerating my driving..hihi and for being there for me always...love you, babe!

more photos on FB 

 -------------------------------------------------------------------
dan subhanallah, ini cuma secebis dari keindahan dunia. 
cuma sekelumit dari kurniaNya buat makhluknya di atas bumi ini.
cuma sebahagian kecil dari kehalusan penciptaan, kehebatan takdir dan kuasaNya.

"Padahal kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal" 87:17
Masha-Allah.

Saturday, April 7, 2012

Random

Home, April 2012

Cinta
Jadikan cintaku padaMu Ya Allah
Berhenti di titik ketaatan
Meloncati rasa suka dan tak suka
Karena aku tahu,
mentaatiMu dalam hal yang tak kusukai
Adalah kepayahan, perjuangan dan gelimang pahala
Karena seringkali ketidaksukaanku
hanyalah bagian dari ketidaktahuanku.

dipetik dari Jalan Cinta Para Pejuang

Pulang
Kelmarin kupandu Kembara pulang, dalam kesesakan lalulintas, dalam ketidakselesaan flu dan sore throat. Dan perkara pertama yang kulihat sesampainya di rumah, senyum manis ayah. Dan itu sudah cukup menyejukkan jiwa :)

Inai
Rabu lepas, sahajalah penulis ini mencuba inai lukis RM3 di Ekspo Keusahawanan. Keesokannya, ada sahabat menegur, tidaklah dia berani mengatakan haram tetapi sebaiknya tidak dilakukan kerana salah satunya menarik perhatian. Juga, dia kongsikan ini :)

Quoting Umar al-Khattab - Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.
Sangat berterima kasih atas teguran itu.

WUS

Ekspo Keusahawanan.
And I end up owning -


The Black Butterfly from Ilya's stall, ada orang belanja :P

German Away Football Jersey (no, no i'm not a football fan) from Wan & Razi's stall :) I think this green is chantek.

Cute Kerongsangs. 6 for RM5 from Anis & Fatimah's stall :) Ganti balik segala kerongsang me yg patah/hilang. =.="
 Bila yang menjual itu rakan taulan sahabat handai, terasa seperti mahu beli dari kesemuanya.

Model
Terlupa hendak cerita dalam post yang lepas. 

Model pertamaku.
 


Sunday, March 25, 2012

Pharmnight 2012



















titbits from the very few photos from me cam :)

Saturday, February 11, 2012

IPSAH

 illegal unplanned sleepover


sister,
thanks for the invitation
thanks for the maps
thanks for heret-ing me skali into the happy circle yang awesome
dengan sisters yang awesome :D
thanks for the food & plain water supply
thanks for the basic necessities
thanks for the minyak cap kapak

thanks to pemilik picanto comel.
thanks to kak ti yang celik jalan, tidak road blind macam saya =.="
Sunset from Fadh's window

Hotmas, SP

Pan Fried Chicken Maryland 
Warm Jus Cinta

breakfast :) pau sardin & pau kaya with teh o panas

 


  
kepada semua yang berkenaan (either mentioned or not mentioned above)
jazakumullah khayr, may Allah bless us all :)
 

notakaki : baru tahu rupanya ada yang stalk blog ini sejak dari masa ianya mengisahkan cerita-cerita yang kini telah dipadam. cerita-cerita yang manis tapi tidak. cerita-cerita yang benar tapi salah. :P

Friday, January 27, 2012

korea

no, i'm not a fan of kpop or korean dramas etc etc :)
alhamdulillah, He gave me the chance to put my feet on korean ground.
thanks to abg Is & kak Fidah.
thanks to father.

arrived around 5.30 or 5.45 at Incheon Airport.






more pictures on FB :)
N Seoul Tower, Hanok Village, Skadi Ski Resort, Children's Grand Park, Seoul Land, Itaewon.
didn't really come up with a good planning so we kinda missed out some other nice places like Jeju, Nami, Everland, Insadong, Gyeongbok Palace etc etc.


Masjid at Itaewon.
The best place to be at.
Arrived here exactly at Maghrib.
Alhamdulillah after the prayer, there was a small makan2 - Nasi + gulai daging.
Sejenak terfikir...oh how sweet Ar-Rahman ^_^
that must be His indirect 'gift' for us upon our arrival at His place.
masha-Allah
and and...it happens to be at the women's area there's a plastic bag full of children clothes somebody put there for sedekah and a muslim korean lady offered to me some for my nieces.
again alhamdulillah...alhamdulillah...
and oh yea, the muslim korean lady, Maryam Lee :)
masha-Allah, so glad to know her.
after chatting with her then only we know there's Everland. haha
and that one of the best thing to shop at Korea is cosmetics!
all the Missha, Face Shop, Skin Food~

and she asked me "you come here with your husband?"
*that awkward moment. i dunno how to feel*
i just said no and introduced my sis-in-law.
and tadaa, she asked me, "you're not married yet?? how old are you?".
No and I'm 21 :)

kata mama, dah orang korea pun tanya macam tu, takleh la bujang lama2.
hewhewhew :P
bak kata The Bent Pencil, a writer in Terfaktab,
Sebenarnya kalau saya nak memang boleh pun saya kahwin esok. Lusa, tulat, tahun ini, tahun hadapan. Tapi jodoh ni bukan “kalau saya nak”, sebaliknya “kalau Allah nak.”

anyhow, life's not all about finding that missing part...
....but who can deny the yearn to feel and be complete (in that sense). fitrah what.
ah, enuf enuf bout this~ dahh lari tajuk :D

well there's so much more to say, dah tak reti nak put into words..haha..
alhamdulillah, get to capture bunch of beautiful scenery of korean sun and more. 
and nothing more i can say except subhanallah. 
all praise be to The Creator. 


this is such a beautiful photo. sayangnye satu, kak fidah yang jadi photographer.


and ohh lupa nak tulis yesterday...masa dekat masjid there were few other muslim korean ladies.
the best part is bila cakap dengan diorang, they call me 'sister' (fenomena yang seriously jarang berlaku di sini). *hati berbunga-bunga* yaaa, sesungguhnya muslim dan muslim adalah bersaudara :D betapa beautiful Islam itu. betapa beautiful ukhuwwah itu. betapa beautiful perasaaan tertautnya hati kerana faith, kerana sama-sama sujud pada Dia Yang Maha Esa. and regarding the korean sisters,  masha-Allah, their attire, boleh kata so nicely covering the aurah. despite being in a non-muslim country, despite being the minority...masha-Allah. termalu seketika me that time since I had skinny jeans on sebab pakai boots (tapi kira not so bad la (kowt) sebab i had long winter coat on 0.o) but still...that was like a reminder to me - i could've put on something better, memang silap giler attire haritu. kira awesome giler they all, despite smua tu and despite winter season, boleh sajaa pakai something yang labuh and loose. teringat old times, weather malaysia dah sangat alhamdulillah okay untuk put on long loose clothes tapi..pilihan pakaian...=.=""" sumpah malu dengan diri sendiri, dan of course lagi la malu dengan Tuhan. tutup aurah itu paling awesome. dan pakaian yang kira superthebest adalah pakaian taqwa as mentioned in the al-Quran. oh dear self, tolong ingat ye :)

ps - brought contengan jalanan as teman dalam kapal terbang. tetiba rasa teringin nak pergi backpacking macam fend & k2 :D

Sunday, January 15, 2012

malam pertama

Queensbay, 2012
1. Draft
Ada a few posts yang ada dalam draft. Banyak mahu diperkata, mahu dicerita. Was planning to complete them once exam has finished but...it seems like perasaan yang ada ketika mana sedang menulis dahulu sudah entah dalam folder mana dalam arkib hati. Besar kemungkinan, sekalipun di-complete-kan tulisan itu akan menjadi soulless... Maka i think it's best to just leave them unborn rather than letting my fingers and the keyboard give birth to words without soul :)

2. Exam
Tanggal 13 Jan. Berakhirlah my kehidupan as seorang pelajar ijazah sarjana muda ***** ******* di Semester 1 Year 1.Harapnya berjodoh sekali sahaja dengan all the subjects, tidak mahu pertemuan kedua dalam exam hall. :P

3. QB 



with ayie, fira-fira (baca macam pikachu menyebut namanya) and hey-there-delilah. 

4. Papa
book-shopping with him yesterday. while we were looking for 2 more books to make the total price around 100, so that boleh guna 2 voucher buku 1 Malaysia, I told him to pick up anything he would like to read, anything. (was browsing for Salim A. Fillah's books but tiada. which bookstore kat Malaysia ada jual his books ya~) what father did was, he picked up this one book and give it to me, saying "Hmm yang ni..?". wellll, my reply was a small laughter while looking at the title, followed by "Okay, boleh jugak...".

guess what's the title - Menjadi Wanita Paling Bahagia. I burst into laughter initially sebab...ok I dunno how to express this feeling, entahlah, perhaps because it's highly unlikely that I would pick that book if I myself were to choose. but then few seconds later, what I felt was tulus keikhlasan seorang ayah yang hanya mahu anaknya bahagia. tulus kasih seorang ayah yang mencinta anugerah ini dalam tawa mahupun dalam tangis. sempurna kasih seorang ayah yang mencinta aku dan segala ketidaksempurnaanku. entah kenapa, rasa kasihnya sesederhana cinta seperti dalam puisi Sapardi Djoko Damono, mencintai dengan isyarat yang tak sempat diucapkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada, dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu. 

no matter how big I grow up, I would always be your little girl, father. lantas terfikir diri ini yang sudah meningkat usia. umurku tahun ini ada angka satu, tapi kedudukannya di tempat kedua. mungkin akan tiba suatu masa nanti anak gadis papa ini akan disunting orang. (ye ke?) pada masa itu, agaknya bagaimanalah perasaan papa. bila dengar Saat Lafaz Sakinah by Far-East, rasa tersentuh jiwa. Ya, bagaimanalah perasaan seorang ayah yang menjaga dengan penuh kasih dan cinta amanah dan anugerah, menerima baik dan buruknya, lebih dan kurangnya anugerah dan amanah itu...bagaimanalah perasaannya when he were to hand this anugerah dan amanah yang he jaga so well, as baik as he could, to another man. yeah, to another man...yang dia sendiri tidak tahu mampu atau tidak menjaga dan mencintai anugerah dan amanah yang bernama isteri sebaik atau lebih baik dari dia menjaga anugerah dan amanah yang bernama anak perempuan itu. to another man...yang entah hanya mencintai yang indah pada anak gadisnya dan mungkin mencela kekurangannya. yang mampu dia lakukan hanya berusaha dalam approving atau mencari insan yang akan meneruskan tanggungjawabnya kemudian berbekalkan doa serta tawakkal, menyerahkan amanah itu kepada insan yang diharapnya memimpin anak gadisnya ke syurga. 

Masha-Allah. Syukur, Alhamdulillah, dia papaku.

5. Subuh
Apakah yang lebih indah dari melihat saf penuh dalam solat jemaah Subuh. Sama-sama tunduk dan sujud kepada yang Maha Esa. Sekali lagi penulis duduk di situ, di hujung saf...lalu terimbaulah kembali memori manis Ramadhan yang lalu. Rindu. Jikalau tiada berkesempatan merasa indah Ramadhan tahun ini, harapnya dapat pergi dengan manis cinta pada yang mengambilku kembali. 

Cinta. Salah satu perkara yang dibicarakan dalam kuliah Subuh tadi. Kata Ustaz, Taqwa itu Cinta. Kerana taqwa adalah mengikut segala suruhan Allah Ta'ala dan meninggalkan segala larangannya. Apakah driving force untuk melakukan semua itu kalau bukan cinta. Kerana cinta, manusia hampir willing untuk melakukan segalanya. Not just that, kalau dilihat, for those we love, we would do things they don't ask us to but would totally love it if we do it for them. Small surprises, gifts etc etc. Begitu juga cinta pada Dia, kata Ustaz, those little little things are amalan-amalan sunat, kalau benar cinta pada Dia, tidakkah kita akan menjadi suka memekarkan lagi cinta yang ada dengan amalan-amalan sunat yang disukaiNya? Tidakkah bila kita cinta, kita sentiasa mahu mengambil hati si dia yang dicintai...begitu juga cinta kepada Dia. I find that a very good point to ponder upon...untuk diri sendiri, terutamanya.

6. Malam pertama
semasa browsing for books smalam, papa pointed out one book tentang malam pertama, yang immediately buat penulis terfikir....

apa layakkah aku mengimpikan malam pertama sebagai seorang graduan
atau malam pertama sebagai seorang wanita yang berkerjaya
apa wajarkah aku memikirkan malam pertama sebagai seorang isteri
atau malam pertama sebagai surirumah yang mithali
apa patutkah aku mengangankan malam pertama sebagai seorang mama
atau malam pertama sebagai seorang grandma

sedang....

malam pertama yang paling hampir denganku
malam pertama yang sudah pasti harus ku tempuh
adalah...malam pertama di alam kubur

dan segala amalan di dunia tak menjanjikan bahagia
hanya dengan kurnia rahmatNya, kurnia nurNya..
6 kaki dibawah bumi bisa jadi tempat paling indah.

apakah aku sudah mengimpikan dan cuba mencapai
malam pertama sebagai ruh yang bahagia....

kerana boleh saja jadi malam pertama itu
malam esok...

p/s - tajuk buku yang papa pointed out itu adalah Malam Pertama di Alam Kubur, gabungan hasil penulisan 3 penulis, salah satunya Dr. Aidh al-Qarni.