ada satu joke tentang snail. kali ni perlu juga guna nama melayunya, siput babi. alkisah jenaka ini, siput babi dikatakan berjalan lambat kerana banyak berfikir dek mengalami kekeliruan identiti, aku siput ataukah aku babi? haha
dalam penulis ini ketawa pada jenaka siput babi, mungkin pada masa yang sama siput babi ketawa pada penulis kerana penulis juga lebih kurang sama. like the pot calling the kettle black gitu. dari suatu sudut, siput babi itu lebih baik kerana ianya termasuk dalam golongan haiwan, dan semua haiwan di muka bumi ini sentiasa bertasbih kepada Tuhan. Sentiasa. tapi penulis? *self-slap* (self-slap hanya dari segi kata, penulis masih menghargai wajahnya)
kenapa lebih kurang sama? ok, siput babi confuse dirinya siput atau dirinya babi. tapi penulis confuse tanpa sedar - aku hambaNya yang supposedly baik dan patuh or umm tapi aku juga selalu buat salah dan banyak tak tahu mungkin aku just hamba yang tak de la baik sangat, ikut la jugak perintah, cam boleh la, normal la kalau tak strict sangat and buat salah.
while snail, bila dia confuse, dia jalan lambat, penulis pula, bila confuse, jadi lengah. ya, penulis pernah punya monolog dalaman seperti "Alaa, i'm not that religious/alim...", dan itu dijadikan alasan tanpa sedar untuk tidak follow dengan baik suruhan agama. alasan tanpa sedar untuk tidak menjaga ikhtilat, aurat, attitude, bahasa etc. lengah dalam menjalankan perintah Allah swt. kenapa rasa macam terlebih jujur disini. haha. tak apalah, just.....jangan cuba aksi ini.
and I used to wear shawls, pusing-pusing at the end tidak menepati syarat tutup aurat. While I know je 24:31 and soal aurat kat sekolah pun belajar. hal pakaian, lain pulak citernye. sudah terbabas dalam tabarruj. same goes to soal ikhtilat. muncul sikap tak-apa-la-aku-bukan-alim-sangat or tak-apa-la-sikit-sikit. tapi alim kan tentang that particular matter? (alim means knowing) memang rasa sangat terpukul lah bila baca kata-kata Syaikh Abd Qadir al-Jailani - Jadilah engkau seorang yang beramal, janganlah engkau berpura-pura tidak mengerti apa yang sedang engkau lakukan. T_T
speaking of "Im not that religious", terfikir...one of the definition of religious is scrupulously faithful. scrupulously means having or showing a strict regard for what one considers right. so if I say "I'm not that religious", macam saying "When it comes to being faithful, I don't have a strict regard for what I consider right". It sounds sooo tak patut.
Often when we say "Aku bab-bab agama ni biasa-biasa ja", we mean ada perintah yang diikut ada yang tidak, kira lebih kurang lah. Tertarik dengan definisi 'biasa' dalam Islam di sini - yang ‘biasa’ itu ialah hamba Allah yang taat kepada-Nya. Itu biasa. Manakala yang ‘luar biasa’, inilah kita… kebanyakannya. Perbuatan banyak bermaksiat, sebenarnya itu ialah luar biasa! Luar biasa bagi seorang hamba, luar biasa juga kepada fitrah dan asal usul.
hakikatnya manusia dilahirkan dengan fitrah yang suci. semua dilahirkan baik dan sudah ada perjanjian antara kita dengan Dia di alam ruh (refer 7:172) kembali kepada fitrah, itu pasti tenang because we are 'engineered' macam tu. Dan the 'Engineer' lebih tahu ciptaanNya, apa yang diperintah, apa yang diberi, tentulah paling sesuai.
mungkin bisa juga belajar dari siput babi juga - berjalan dengan tenang, walaupun lambat, tapi tahu tujuan, seperti siput babi yang sedar dirinya siput babi, bukan siput, bukan babi. aplikasinya, berjalanlah dengan tenang dengan menyedari hakikat penciptaan, fitrah bertuhan dan hakikat diri sebagai hambaNya yang supposed to continuously berusaha patuh namun tidak dapat tidak akan occasionally makes mistakes kerana ketidaksempurnaan yang inevitable dan menyedari luas rahmat keampunanNya lalu bersyukur dan sering mohon ampunanNya, bukan hamba yang purrrfect atau yang partly baik partly tak partly akur partly rebel. *note to self*
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan..." 2:208
sedang terus mencuba....menjadi muslim secara sepenuhnya...
menjadi seorang yang menyerah diri dengan sepenuhnya...
sedang terus mencuba....kadangkala tripped over own feet...
kadangkala tergelincir...jatuh dan luka...
belajar...
3 comments:
tearsdrop! aku juga seperti itu.
Ya Allah, berkatilah si penulis ini. Ampunkanlah segala dosa2nya. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...
Jzkillah 4 dz post dearie!
Uhibbuki fillah lillah!<3
myzaaa~ you know this is just a small part.. i was..well. i was..hg pun taw T.T
ecah, jazakillah khair for the du'a. amin.. uhibbuki fillah lillah aidhan <3
Post a Comment