Monday, August 8, 2011

cinta


Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Isa as : Apabila Aku melihat hati hambaKu, tidak ada padanya cinta dunia dan akhirat, nescaya Aku penuhi hati itu dengan cinta kepadaKu.

----------------------------------------------------

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”


kagum. sungguh kagum.
cinta Rabiah al-Adawiyah pada al-Khaliq.
dan setiap bait syair perindu Sang Pencipta itu.

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

dan setiap baris katanya dalam munajatnya di kala malam sepi.
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
demikianlah Rabiah al-Adawiyah yang begitu mencintai Dia.
tertarik dengan kata-kata beliau :

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

teringat kepada sebuah cerita di dalam tafsir al-Hikam -

Al-Junaid berkata: Ketika saya tidur di tempat Assariyu saqathy, tiba-tiba saya dibangunkan, lalu ia berkata: Ya Junaid, saya telah mimpi seolah-olah berhadapan dengan Allah, lalu Allah berkata kepadaku: Hai Sari, ketika Aku menjadikan mahluk maka semua mengaku cinta kepadaKu, kemudian Aku menjadikan dunia, maka lari daripadaKu 90% dan tinggal hanya 10%, kemudian Aku membuat syurga, maka lari daripadaKu 90% dari sisanya, kemudian Aku membuat neraka, maka lari daripadaKU 90% dari sisanya, kemudian Aku menurunkan bala maka lari daripadaKu 90% dari sisa-sisanya, kemudian Aku berkata kepada sisa yang tinggal itu: Dunia kamu tidak mau, syurga juga kamu tidak suka, neraka kamu tidak takut, dari bala musibah juga kamu tidak lari, maka apakah keinginanmu? Jawab: Engkau telah mengetahui keinginan kami. Aku berkata: Aku akan menuangkan kepadamu bala yang tidak akan sanggup menanggungnya walau bukit yang besar. Sabarkah kamu? Jawab mereka: Apabila Engkau yang menguji, maka terserahlah kepadamu (berbuatlah sekehendakmu), maka mereka itulah hambaKu yang sebenarnya.

----------------------------------------------------

Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud as : Hai Daud, sungguh aku telah mengharamkan cintaKu untuk masuk ke dalam hati di mana dalam hati itu ada cinta kepada selainKu.

Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu, mereka dengan kamu menjadi setara dengan mereka, sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya. 30:28


reference: this website, tafsir al-hikam and tafsir al-Quran

No comments: