tidak. snail bukan haiwan kegemaranku.
------------------------------------------------------
sekadar pandangan dari suatu sudut....
Take Two *ala-ala macam dalam newspaper The Star*
#1
snail sentiasa bawa cangkerangnya. sudah fitrah..cangkerang itu sebahagian daripada ia. sebagai exoskeleton yang bukan sahaja untuk muscle attachment, juga menjadi tempat berlindung. snail sentiasa bawa ia. sentiasa. dalam terik panas mentari, cangkerang itu melindunginya. dalam takut musuh mendekat, cangkerang itu melindunginya. dalam mengelak kerosakan diri, cangkerang itu melindunginya. ia perlu pada cangkerang. cangkerang tidak mengapa tanpa ia. dan snail sentiasa bawa cangkerangnya. dalam apa keadaan sekalipun. sentiasa.
#2
hakikat manusia adalah hamba pada Yang Maha Esa [51:56]. fitrah bertuhan [30:30] sudah sebahagian daripada manusia. dan Dia bukan sekadar Pencipta manusia [23:12-14], langit dan bumi [7:54], matahari dan bulan [10:5], air [27:68-70], awan dan hujan [13:12, 30:48] dan segalanya untuk dikenali siapa, juga sebaik-baik penjaga [12:64], sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong [8:40], sebaik-baik pemberi rezeki [34:39] dan Dia... Maha Kuasa atas segala sesuatu [67:1]. dalam takut pengaruh syaitan, Dialah pelindung [97:98]. dalam takut pada musuh, Dialah pelindung [28:21]. dalam memerlukan sesuatu, Dialah pemberi [28:24]. kita manusia lah yang perlu pada Dia, Dia tidak memerlukan kita [35:15, 312: 132, 14:8].
Maka ingatlah kepadaKu, Aku akan ingat kepadamu; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu. 2:152
muhasabah diri: seperti snail yang tak pernah tinggal cangkerangnya, seperti itukah kita 'tak pernah tinggal' Dia?
fakta sains: a snail would die without its shell.
No comments:
Post a Comment