Tuesday, August 30, 2011

sayu

sayup kedengaran takbir raya...
sayu mendengar ucap takziah...

rasa dalam jiwa, tak bisa diungkap kata...


selepas maghrib, tanda syawal tiba, datuk saudara kembali ke rahmatullah. tiada dijangka, tiada petanda. genap sebulan berpuasa. datuk saudara yang sering beri peluk mesra, peck on the cheek, pat on the back hampir tiap kali berjumpa... dari suatu sudut, beruntung juga beliau, diberi kesempatan melalui sepenuhnya ramadhan penuh barakah sebelum dijemput pergi. namun, tiada kesempatan mohon ampun zahir batin darinya di pagi raya. cuma berkesempatan melihat sekujur tubuh kaku di ruang tamu yang kemudiannya dibawa ke masjid, disolatkan seterusnya diusung ke perkuburan. hanya doa yang mampu dikirimkan.

beberapa hari lepas, menerima berita seorang teman abang kehilangan isteri tercinta setelah terlantar di hospital hampir sebulan. alasan saintifiknya, gara-gara silap doktor semasa pembedahan tidak lama dahulu.

seperti disedarkan betapa singkatnya hidup. betapa ajal itu tiada dijangka. seperti yang berulang kali disebut dalam al-Quran, setiap makhluk itu ada ajalnya dan bila ia tiba, tiada penundaan atau percepatan, meski sesaat. sudah tertulis, hari masa dan bagaimana dalam lauh mahfuz.

terkenang pesanan seorang ukht yang 5 tahun lebih tua semasa saya di tingkatan satu. tiadalah dapat di-recall ayatnya tetapi sepertinya mahu berkata masa muda dan masih kuatlah peluang terbuka luas untuk beramal ibadah dalam mencari redhaNya, bukanlah tiada peluang bila nanti tua cuma keadaannya akan berbeza. entah kenapa, hingga kini masih ingat pesanannya meski ketika itu diri ini tidaklah mengambil pelajaran darinya. rugi.

saat ini milikku. saat kemudiannya milikNya
apa sudah ku lakukan?

tidak dapat nafi.
tidak dapat nafi.
ingat pada mama.
sayu.


6 comments:

Ain Fatihah said...

salam takziah, qis.
tabahlah duhai hati super pembentuk-ummah! =D

khadijah said...

terima kasih ain :) super pembentuk-ummah? hahahha tak sampai level tu lagi kowt...

Ain Fatihah said...

insyaallah will be =D suatu masa nanti :D

khadijah said...

insha-Allah. both of us :)

AIDiLL said...

takziah, moga mereka ditempatkan bersama golongan yang soleh

khadijah said...

amin. syukran aidil.