Tuesday, August 2, 2011

helium



"Kakak, belon tu nanti naik sampai mana?"

"Naik sampai atas, nanti dia pecah la"

Lebih kurang begitulah, sebuah conversation yang berlaku berzaman dahulu ketika kakak bawa saya pergi waterpark. Dapat satu hydrogen/helium-filled balloon tapi dalam perjalanan ke kereta, terlepas belon tu.
------------------------------------------------------------------------------

Helium or Hydrogen-filled balloons sentiasa naik ke atas kan :)

Pagi semalam terdengar di tv, ustaz tersebut berbicara tentang takwa. Tertarik dengan analogi beliau yang mengaitkan takwa dengan belon berisi helium.

Pertamanya, beliau menerangkan bezanya takwa & iman. Rupanya takwa itu standardnya lebih tinggi. Dalil yang digunakan adalah ayat 12 dari Surah al-Hujurat -

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Syarah ustaz tersebut tentang ayat ini - ianya ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan diakhirnya ada seruan supaya bertakwa. Jelaslah bahawa beriman masih belum bererti bertakwa dan takwa itu tingkatannya lebih tinggi.

So, apa kena mengena dengan Helium?

Tak ingat the exact explanation. Berdasarkan apa yang saya fahami, beginilah - Hati itu umpama belon. Udara sahaja umpama iman. Belon berisi udara sahaja, ditolak ke atas, ia ke atas, namun kemudian jatuh semula.

Iman bisa bertambah dan bisa berkurang. Ia bertambah dengan melakukan amal, dan ia berkurang dengan sebab meninggalkan amal.
-Imam Ahmad bin Hanbal-

Dan Helium. Helium itu umpama takwa. Boleh dikatakan, belon yang diisi dengan Helium akan terus naik dan naik dan pecah di atas sana dan jatuh ke bumi. Begitu juga hati yang berisi takwa, akan terus naik darjatnya pada pandangan Dia kemudiannya menemui ajal dalam keadaan berkedudukan tinggi disisiNya walaupun akhirnya akan dikebumi di bawah tanah seperti yang lain juga.

Kalau berisi udara sahaja, dilambung ianya ke atas, kemudian kalau tidak di lambung lagi, jatuhlah ia dan pecah kerana tercucuk oleh apa-apa. Tragis.


Abdullah bin Mas'ud berkata : "Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, hendaklah Allah ditaati dan tidak diderhakai, diingat tidak dilupakan, disyukuri tidak diingkari".

Generally, bukankah kita pun suka hydrogen/helium-filled balloons yang sentiasa tegak dan cantik :) orang jual balloons kat pasar malam pun tak jual yang diisi udara semata-mata.



Let us fill our hearts with takwa.
May Allah guide us all.
Insha-Allah.
:)

No comments: