Saturday, August 6, 2011

tertinggal


cerita semalam.

adik kecil dari tadika surau tertinggal seorang lepas semua dah balik.
katanya, ayah akan datang ambil tapi dah nearly an hour masih belum tiba.
teresak-esak adik kecil tu menangis tanpa suara.
ditanya nombor telefon ayahnya, katanya ingat.
bila telefon, salah nombor rupanya.
ditanya ingatkah jalan pulang ke rumah.
katanya ingat, kami pun hantarlah.
selamat sampai, alhamdulillah.

ayahnya lupa barangkali.

teringat cerita zaman dahulu kala. mama terlupa ambil dari kelas kafa.
semua sudah pulang, tiada siapa. since rumah tak jauh mana, nekadlah jalan balik sendiri.
nak dijadikan cerita, hujan turun dengan lebatnya.haha.
balik-balik saja, basah kuyup, buku dan al-Quran basah sikit.
bukan main lagi merajuk dengan mama.

rindu pujukan beliau. rindu. amat.

Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. : Apabila seorang anak Adam mati, maka putuslah segala amalnya kecuali 3 perkara - sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa anak yang soleh. (Sahih - Riwayat Muslim dll)

ada syarat disitu - soleh.
diri, kamu anak yang bagaimana?


naluri. fitrah.
rasa takut, sedih bila tertinggal atau ditinggal.
apatah lagi jika oleh mereka yang tercinta, yang diharap akan ada sentiasa.
namun begitu mudah kita menjauh dari yang Maha Penyayang,
paling layak dicinta, yang kepadanya kembali segala urusan.
dimana raja', pengharapan. dimana khauf, rasa takut kalau ditinggalkan.
kerana kalau ditinggal Dia, itulah sebenar-benar hidup yang tak bermakna.

imanku, apa khabar kamu?

No comments: