this would be the last post tentang 'lambat' though it feels like there's a lot to write. some details are just too private. and summarizing is just not my forte, mungkin. macam redundant pulak sampai ada 4 the word 'lambat' dalam archive bulan ogos. sebenarnya geli juga tengok gambar snail. haha. what inspired me to write about 'lambat' was the audible "Lambat macam siput" yang my brother hantar to me yesterday when we were chatting.
ada satu lagi cerita tentang snail. arwah mama ceritakan atau ada dalam buku citer masa kecik, tak dapat recall. ceritanya lebih kurang begini - ada seorang budak tengah tension study. masa dia tengah study, dia nampak di luar jendela, dekat pokok pisang tu, ada snail tengah nak naik pokok pisang tu dan asyik-asyik jatuh. lantas dia fikir macam impossible je snail tu nak naik sampai kat part tinggi2. sambil dia tengok, sambil dia study, sambil tension, dia terlena. bila bangun, dia tengok snail tu tak ada kat area tadi, rupanya snail tu dah sampai atas-atas dah. terus dia terfikir tentang situation dia, kalau dia berusaha secara constant, kalau dia ada perseverance tentu dia pun boleh berjaya.
istiqamah/persevere dalam amalan is very challenging. but it's not a challenge to be accepted or declined. it's a must.
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu (fastaqim kama umirta), dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. 11:112
in dunia, more often than not, it is the outcome that is judged instead of the effort. for example, to get an A for a paper in exam, how hard you study, how many nights you sleep late is not part of the marking criteria. imagine kalau istiqamah yang sememangnya susah dinilai dengan neraca dunia, aishh parah. Allah's judgement berbeza dan sudah tentu judgement Dia paling hebat dan precise, He knows everything, He sees everything, everything counts and it's the effort that matters. kata orang, Allah lihat usaha, bukan natijah :) kata-kata tu sangat motivating.
penulis sedang belajar melangkah sambil mengatur langkah dan terus mengatur langkah sambil memperbetulkan langkah. terbabas selalu juga. namun mengharap dapat istiqamah.
penulis mohon teguran jikalau salah.
---------------------------------------------------------------
satu malam. tak ingatlah malam bila. terdetik nak tengok ini kisahku - Wardina Safiyyah di Tonton. mula-mula steady tapi towards the end, when I can relate to her story, relate to how she felt, mata terasa panas dan titis-titis air jernih mula membasahi pipi.
like her...yes, I've changed for the better hingga tiba kepada who I am today. bukanlah baik mana tapi insha-Allah lebih dari semasa ke semasa. I never thought I could do this dulu, I thought detachment dengan what I had dulu adalah near impossible. Mujahadah was painful kerana masih lihat apa yang ditinggalkan itu indah. Tapi bak kata orang, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Alhamdulillah wa syukur lillah, disedarkan olehNya, dipimpinNya kembali ke jalanNya.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. 3:8
sangat takut kalau jadi macam those yang dinyatakan dalam al-Quran sebagai buta, tuli, pekak terhadap kebenaran. yang kalau orang buat macam mana pun, dia takkan faham. sangat takut kalau jadi orang yang dijadikan terasa indah perbuatannya padahal nanti balasannya azab neraka. sangat takut kalau jadi orang yang so attached to dunia sehingga takde saham untuk akhirat sana. nauzubillah min zalik.
dan dalam her kisah, there's this one part...
she said something yang bila saya dengar, terasa...sebak..
air mata suddenly dengan begitu mudahnya bercucuran turun...
"jadi semestinya... orang yang paling gembira ketika saya berubah tu, ibu saya lah"
mama..
No comments:
Post a Comment