Thursday, July 14, 2011

meminta

Feringghi 2011


dari mata turun air
hati hancur hampir

meminta indah takdir
dari yang ternyata fakir

kerana hanya Yang Satu
memiliki segala sesuatu

------------------------------------------------------------

Jangan menuntut Tuhan, tetapi tuntutlah kekurangan-kekuranganmu.
Apabila Allah telah menjadikan engkau pada lahirnya menurut perintahNya
dan dalam hatimu menyerah bulat kepadaNya,
maka bererti Tuhan memberi kepadamu sebesar-besar nikmat kurniaNya.
-Syaikh Ibnu Atho'illah

Usahakan dengan sungguh bila dapat,
supaya hatimu tiap pagi dan petang menyerah bulat-bulat kepada Allah,
semoga Allah melihat kepadamu dengan pandangan rahmatNya,
nescaya termasuk orang bahagia dunia dan akhiratmu.
-Abu Madyan-