Tertarik dengan kiasan seorang sahabat tentang daun dan hati.
Benarlah katanya, hidupnya dan segarnya daun itu kerana faktor dalaman, sesuatu yang tak terlihat oleh mata kasar namun begitu besar peranannya. Dan bila saya merenung kembali kata-kata beliau, terfikir pula, setiap bahagian pohon itu bekerjasama dalam memastikan ia bercambah dengan baik. Tisu xylem membawa air dan soluble nutrients yang diserap akar ke daun dan seluruh pohon. Manakala tisu phloem pula membawa organic nutrients atau dalam bahasa mudahnya makanan ke seluruh pohon, di mana yang perlu. Seterusnya, membesar dengan sihat dan baik lah pohon tersebut atas izinNya.
Berbicara tentang hijau daun, hijaunya daun itu kerana adanya chlorophyll. Chlorophyll yang bisa menangkap sinar mentari justeru mencukupkan bahan-bahan yang diperlukan selain air dari akar yang dibawa xylem dan karbon dioksida yang dengan izinNya dapat diserap daun, untuk melakukan photosynthesis untuk menghasilkan makanan buat pohon.
Subhanallah, hebat ciptaanNya.
-------------------------------------------------------------------------------
Wahai diri, bagaimana pohonmu?
Pancaindera, bagaimana kamu membantu?
Bagaimana persediaan bertemu dengan Yang Satu?
Sebelum nafasmu terhenti, sudah cukup dipenuhi tuntutan hidupmu?
Duhai hati, bagaimana keadaanmu?
Daun punya chlorophyll yang menangkap sinar mentari,
lantas segar daun selain hijau warna diberi.
Bagaiman iman dalam hati yang akan menangkap Nur Ilahi,
lantas teguh hati selain istiqamah, tiada henti?

----------------------------------------------------------------------------
اللهم اني أسئلك صحةً في إيمان وايماناً في حسن خلقٍ ونجاحاً يتبعه فلاح ورحمةً منك وعافيةً ومغفرةً منك ورضواناً
allahumma inni as'aluka sihhatan fi iman wa imanan fi husni khuluq wa najahan yatba'uhu falah
wa rahmatan minka wa 'afiyatan wa maghfiratan minka wa ridhwana
Ya Allah, Aku memohon kepadamu kesihatan dalam iman dan keimanan dalam akhlak yang baik dan kejayaan yang diikuti kejayaan dan rahmat dariMu dan kesihatan yang sempurna dan keampunan dariMu dan keredhaanMu.

1 comment:
Salam ziarah
Baik sungguh tazkirah ini
Post a Comment