kata orang,
"Everybody has a past"
di suatu sudut dalam hati
aku kuburkan kisah ini
biar decompose dalam tenang
macam daun mati rebah ke bumi
untuk ingatan, ku bina tugu
biar cerita lama berlalu
tapi aku tak lupa jahilnya aku
tiba-tiba hari ini diperkatakan kembali
suatu babak kisah dulu yang aku tak suka sebut lagi
terasa tetusuk hati, noda dosa lama menghantui
namun bukan salah beliau yang tak mengerti
rasa mahu saja aku cakap namun tak terucap
babak itu dalam buku cerita lama yang telah aku tutup rapat
telah aku tinggal diriku di januari di januari
dan telah aku sampai ke penghujung julai
dan aku mahu melangkah lebih jauh lagi.
No comments:
Post a Comment