Kosong itu subjektif. Isi bergantung pada persepsi.
Perbualan bisa diumpamakan seperti peluang. Peluang yang dibeli dengan kata-kata.
Peluang untuk tersenyum, peluang untuk belajar, peluang untuk menilai, berbagai, bisa juga jadi peluang untuk menangis. Peluang apa bergantung pada isi dan isi bergantung pada persepsi. Namun, usahlah ambil peluang yang terakhir itu, biar tangisan sekadar kesan sampingan. Dalam gelap, cari photons yang tersisa :)
Bual dengan nenda
Kata beliau - ingatkan boleh lah nak kenduri cuti ni. Kemudian beliau mula bicara tentang hakikat hidupnya yang sudah dihujung usia serta harapan pada kesempatan melihat cucu gadisnya berumahtangga. Jodoh, ajal, itu bidang kuasa Dia. Aku cuma mampu tersenyum pada nenda, seraya berkata "Doakanlah..." :)
Bual dengan Aina
Aina itu anak saudaraku. 9 tahun umurnya. Tempoh hari, aku tunjuk padanya gambar sebuah kolam mandi tiruan ciptaan orang Jepun yang dikongsikan di dinding Mukabukuku. Aina tertanya bagaimana ianya begitu dan aku yang juga serba tidak mengetahui soal itu terus terang menyatakan ketidaktahuanku dan seraya memberi komentar bahawa di Jepun, teknologi mereka canggih makanya dapatlah menghasilkan ciptaan yang hebat. Aina mengiyakan dan kemudiannya berkata pada ku "Tapi Allah lagi hebat kan, mak su". Masha-Allah.
Bual dengan Aunty Sebelah-Rumah
Aunty Sebelah-Rumah bercerita perihal ular kecil yang masuk rumahnya. Selepas berbicara dengan ular kecil itu, ular kecil itu sepertinya bekerjasama. Ia masuk dalam plastik, duduk baik-baik hingga dilepaskan di kawasan semak yang bersesuaian dengannya. Aunty Sebelah-Rumah bercerita lagi perihal ular kecil yang dia jumpa ketika berkebun. Sudahlah ketika itu, dia tidak memakai sarung tangan. Si ular pula menyapa dengan "Sssss Sssss". Ceritanya, sering dalam situasi begitu, dia cuma bicara baik dengan haiwan itu, suruh pergi. Katanya, mereka itu memahami. Katanya lagi - Dia (referring tu ular/haiwan etc) pun macam orang juga. Lu baik sama dia, dia baik sama lu. Aku mengiyakan. Benarlah. Namun setelah renung-renung sebentar, rata-rata dalam banyak kondisi manusia adalah begitu dan aku tak terkecuali (lu baik sama wa, wa baik sama lu), macam haiwan juga (lu baik sama wa, wa baik sama lu. kadang-kadang, lu baik sama wa, wa jahat juga sama lu - mahu bagaimana, Tuhan hadiahkan akal buat manusia cuma). Padanlah homo sapiens masih dibawah kategori Kingdom Animalia meski dikurnia akal. Maka sedikit ternyata, kemampuan untuk membalas tuba dengan susu itu adalah satu kemampuan hebat yang bisa membedakan manusia dan haiwan. Kerana kita bisa membaca kitab suci dan menjiwai maknanya.
Bual dengan ayahanda
Isinya terlalu peribadi untuk dicerita. Namun, cukup aku kata, melihat beliau tersenyum dan sedikit ketawa dan merasa terbiasnya gembira dalam ucap katanya, cukup membuat aku terasa seolah di awan sembilan. Semoga beliau redha. Semoga Allah redha.
Bual dengan Kak Dini
Kak Dini ini pelengkap hidup kepada seorang muallaf, juga seorang pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi awam. Pada awal-awal bicara, Kak Dini bertanya padaku, apakah aku masih bersekolah. Tersenyum aku menjawab perkara yang sebenar. Satu sisi dalam hati terasa diri ini masih nampak muda rupanya. Agaknya kalau bertudung putih, berbaju kurung putih dengan kain biru muda masuk ke sekolah, tak ada wajah-wajah yang melahirkan ekspresi musykil secara maksima, no? :P Cerita Kak Dini, anak sulungnya hadir ke dunia semasa beliau baru tamat Master, jika aku tak salah. Katanya, rezeki anak, selepas anak sulung itu lahir, beliau mendapat pekerjaan beliau sekarang. Masha-Allah, ar-Razak.

Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu)
dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan
antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang
baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang
sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai
keberuntungan yang besar. Dan jika syaitan mengganggumu
dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh,
Dialah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Fussilat 41:34-36
Fussilat 41:34-36
Bual dengan ayahanda
Isinya terlalu peribadi untuk dicerita. Namun, cukup aku kata, melihat beliau tersenyum dan sedikit ketawa dan merasa terbiasnya gembira dalam ucap katanya, cukup membuat aku terasa seolah di awan sembilan. Semoga beliau redha. Semoga Allah redha.
Bual dengan Kak Dini
Kak Dini ini pelengkap hidup kepada seorang muallaf, juga seorang pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi awam. Pada awal-awal bicara, Kak Dini bertanya padaku, apakah aku masih bersekolah. Tersenyum aku menjawab perkara yang sebenar. Satu sisi dalam hati terasa diri ini masih nampak muda rupanya. Agaknya kalau bertudung putih, berbaju kurung putih dengan kain biru muda masuk ke sekolah, tak ada wajah-wajah yang melahirkan ekspresi musykil secara maksima, no? :P Cerita Kak Dini, anak sulungnya hadir ke dunia semasa beliau baru tamat Master, jika aku tak salah. Katanya, rezeki anak, selepas anak sulung itu lahir, beliau mendapat pekerjaan beliau sekarang. Masha-Allah, ar-Razak.
“Allah-lah
yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, kemudian mematikanmu,
kemudian menghidupkanmu (kembali). Adakah di antara yang kamu sekutukan
dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuatu dari yang demikian itu?
Maha Sucilah Dia dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan."
Ar - Rum 30:40
Ar - Rum 30:40
“Dan
berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya
sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Al-Ankabut 29:60
Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin
Mas’ud radiallahu anhu beliau berkata : Rasulullah saw menyampaikan
kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan:
Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya
sebagai setitis mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi
setitis darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging
selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu
ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat
perkara : menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya.
Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian
ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya
dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya
ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke
dalam neraka. Sesungguhnya pula diantara kalian ada yang melakukan
perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal
sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan
perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga. (Riwayat
Bukhari dan Muslim).
Bual dengan kakak
Tema bicara boleh kukonklusikan sebagai 'Tolong Ingatkan Aku'. Kerana kondisi dan situasi adakalanya mempengaruhi persepsi dan punya potensi mengubah nekad yang hendak dibawa menuju destinasi. Syukur Tuhan hadirkanya dalam hidup ini. Ini yang kelmarin kakak kongsi -
Dari Abu Muhammad, Al Hasan bin ‘Ali bin Abu Thalib, cucu Rasulullah s.a.w. dan kesayangan beliau radhiallahu ‘anhuma telah berkata : “Aku telah menghafal (sabda) dari Rasulullah s.a.w. : “Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu, bergantilah kepada apa yang tidak meragukan kamu." (Riwayat at-Tirmidzi)
Bual dengan satu manusia
Saranan beliau pada aku - bicara dalam bahasa Melayu :)
Kisah benar tentang entri yang lalu - aku perlu merujuk kepada Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keempat untuk menyiapkannya. Soal tatabahasa aku yang agak berantakan, sila tutup sebelah mata ya. Hehe.
RAMADHAN
3 HARI LAGI :D
2 comments:
mcm boleh teka je ckp apa dgn ayah tu,hehee
ye ke.... tak kowt...hewhewhew
Post a Comment