Wednesday, July 25, 2012

sapa


Ramadhan ke-5.
Dan oxygen masih diizin untuk menaiki haemoglobin dan meluncur dalam salur darah dan kemudiannya meresap ke dalam sel memampukan kehidupan diteruskan. Skeletal system, endocrine system, circulatory system etc, masih berjalan seperti biasa. Alhamdulillah.

Pada Isnin lalu, di sebuah lorong supermarket, berdiri aku dengan shopping cart sambil berbicara dengan dear father tentang susu, "Nak yang original flavour ka?", tanya aku. Pada masa yang sama, pandangan mata berjaya mengesan satu senyuman. Seolah smile detection mode dalam kamera pula. Senyuman dari seorang jejaka dalam pakaian seragam pekerja supermarket tersebut. Bukan senyuman 'itchy' yang boleh buat aku lari tapi terzahir sebuah kesopanan dalam senyum beliau. Sungguh hebat sebuah niat, tak perlu cakap, obvious sudah. Maka refleksnya, aku memberi one-second senyuman separa yang menjelaskan ya-aku-nampak-kau kemudian terus sambung perbualan dengan dear father.

Ketika itu, kendengaran jejaka tadi memanggil - "Kak Qistina". Refleks - terus pandang beliau bersama sebuah "Ya". Interpretasi pertama - tentu junior semasa zaman aku berbaju kurung putih kain biru yang kemudiannya bertukar kepada baju kurung hijau kain hitam 5 hari seminggu. Dan rasanya wajah aku jelas menunjukkan aku mahu kata aku-seperti-kenal-kamu-tapi-dimana-ya kerana belum sempat satu patah huruf pun lidahku bunyikan, beliau sudah menjawab "SMK ____" :)

"Emmm...Nama.....?"
"Yuveen"
*senyum*

Junior dua tahun muda. Bekerja  sementara. Baru selesai matrikulasi. Bakal menyambung ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan di universiti yang sama dengan aku tapi kampusnya jauh beribu batu.

"Wahh..congrats!"
"Terima kasih (dengan senyuman)"

Kalau tidak salah, kali terakhir beliau lihat aku pasti semasa aku di tingkatan 5. Perempuan ini yang beliau kenal adalah perempuan ini di tingkatan 5 yang sudah tiga tahun lebih aku tinggalkan. Kerana beliau 2 tahun muda, ketika sekolah waktu makan tidak sama. Barisan di perhimpunan juga jauh. Bertegur sapa, beramah mesra? Jauh sekali. Mungkin pernah sekali atau dua berbicara, perhaps kerana beliau juga berbaju hijau berseluar hitam 5 hari seminggu. Sekadar dahulunya masing-masing tahu rupa dan nama. Dan beliau masih kenal ini perempuan. And he just made my day with the 'Hi' :) Terasa manis hubungan sesama manusia.

"Okay lah. All the best!"
"Terima kasih, kak"
*aku melangkah pergi*

Satu sapaan sebenarnya punya besar kemampuan. Bisa buat air mata bercucuran, bisa juga buat bibir menguntum senyuman. You can completely turn one's day the other way round with just a 'Hi'. Keduanya juga aku diberi peluang merasa, satu selepas yang sebelumnya tapi cukuplah bicara yang indah-indah sahaja :) Alhamdulillah, Tuhan beri sebab untuk senyum lagi dan lagi.

Di Ramadhan ini yang cukup mulia, harap aku, sampai suatu masa beliau bertemu cahaya.
Semoga.

No comments: