Saturday, July 28, 2012

tujuh

Senja ternyata lebih indah dalam Ramadhan. Karena ia berarti sudah hampir azan Maghrib dilaungkan. Tidak begitu? Hehe

"Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah."
(HR Bukhari & Muslim)

Kalau suruh pilih antara satu hingga sepuluh, aku pilih tujuh. Kalau masa zaman di matrikulasi, which lasted few months sahaja, lebih biasa dari tidak, together dengan dearest walkmate/kuliahmate/lunchmate/dinnermate akan pilih duduk di barisan ketujuh dalam dewan kuliah. Just because :D

Puasa.
7 hari sudah.
Ini yang ke-8.
Alhamdulillah.

This morning terjaga dengan whatever that was yang DJ radio tengah bercakap. Aku guna clock radio. Teringat zaman guna jam loceng empat segi yang kalau katok lipas, lipas pun boleh menghembuskan nafas terakhir atau paling tidak, mengalami kecederaan serius dan kecacatan beberapa anggota (tak, aku belum pernah cuba). Annoying sungguh bunyi jam tu sebenarnya tapi bunyi yang super-annoying tu lah yang pernah bantu aku bangun pagi. Agaknya sama macam hidup juga, kadang kita hanyut, lantas Tuhan kasi alarm, supaya kita 'terjaga'. Kadang kita tutup dan terus tidur. Kadang kita bangun walaupun permulaannya dengan 1001 komplen (at least bangun jugak, ye tak). Kadang kita bangun dengan lapang dada. Maka beruntunglah manusia yang bangun. Kadang dengan ujian, Tuhan tolong betulkan jalan, tanda Maha Penyayang masih sangat sangat sayang.

Alkisahnya bangun tadi, bilamana semua deria dah sort of activated, kepala dah mampu comprehend akan stimulus yang diterima telinga. Aku tak dapat tangkap ayat penuh, tapi apa yang dibebelkan DJ tadi, it's something like - what has been taken away from you, Allah will definitely replace it with something wayyyyyy better (and this is definitely a paraphrased version of the message). Maka itulah input telinga yang pertama hari ni. And coincidence is no longer in my dictionary sebab aku percaya sekecil-kecil perkara juga dalam bidang kuasa Tuhan. Dan sungguh apa yang ditakdirkan untuk dengar tadi cukup cukup memujuk hati. Like seriously, seriously. Subhanallah.

Tarawih.
8 malam sudah.
Malam ini yang ke-9.
Again Alhamdulillah.

Tujuh lessons learned daripada tazkirah-tazkirah in between tarawih. Tidak lain tidak bukan, peringatan utama untuk diri sendiri.

#1
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." Ali Imran 3:102 
Kerana kadangkala tanpa sedar kita melintas garis (read: cross the line). Kerana kadangkala kita alpa ditambah nafsu punya angkara dan syaitan yang tak pernah lelah menggoda buat mencari teman di neraka. Kerana kadangkala meski guna pembaris pun masih garis kita tak lurus. Dan Tuhan sudah beri guidelines. Semoga epilog kisah kita indah, terhias dengan husnul khatimah. Semoga Tuhan memampukan. 

#2
Sambut Ramadhan seperti tetamu agung. Ustaz yang bicara tentang ini beri perumpamaan kalau Agong nak datang rumah, what would you do. Atau mungkin ada saudara jauh yang nak datang and akan tumpang tidur, what would you do. One thing for sure, tentu agenda sehari-hari akan berubah. Prior to their arrival tentu kita siap-siapkan rumah cantik-cantik, make sure ada good food to serve them and merancang untuk pergi sight-seeing, spend time sama-sama ka. The same goes to Ramadhan. Why not we start decorating the house to celebrate Ramadhan (aside from 'decorating' jiwa) and make interesting plans for this pesta ibadah. The ustaz also suggested buying presents/new toys for kids. More often than not, parents pilih untuk promise macam ni - Kalau puasa penuh, nanti Raya dapat hadiah. In a way, it makes the children anticipate Syawal more. Perhaps they can be made to anticipate/await Ramadhan dengan presents during Ramadhan. Coupled with the house deco etc, sedikit sebanyak we can instill the idea that Ramadhan itu cukup istimewa dalam diri kanak-kanak. I've never thought of this before. And now rasanya, instead of just kalut about baju raya, why not kalut for baju Ramadhan as well like new attires/jubah/telekung untuk pakai pegi tarawih/majlis-majlis ilmu :D

#3
Al-Quran : Baca. Faham. Amal.

#4
Amalan : Usah gimik sahaja gempak, tapi kosong.

#5
Few personal notes dari tazkirah seorang ustaz ini yang sungguh buat cekang urat pipi aku tahan ketawa. Namun maaf, aku kurang berkemampuan mengisahkan kembali jenakanya. Salah satu yang aku ingat beliau tegur kaum hawa supaya berhiaslah di rumah buat suami masing-masing. Kata beliau, ini tidak, bergayanya bila keluar hingga suami pun tak kenal. Suami yang lepak di kedai kopi sampaikan bertanya pada sahabat handai, siapa perempuan yang lalu tadi. Maka sahabat handai pun memberi tamparan berpusing sambil menyatakan "Bini hang pun tak kenai ka". Kerana di rumah, si isteri asyik ulang pakai baju yang sama. Baju 'Langkawi' yang entah dah berapa kali cuci dengan Clorox hingga 'kawi' hilang dan tinggal cuma 'Lang' sahaja :D

Some of the pearls dari beliau....

- "
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." 87:17. Dan mereka yang cerdik, akan tumpu pada yang kekal.

- Use Ramadhan to make 'extra class' to fix our sahsiah.

- Lengkapkan yang fardhu before rajin tentang sunat. Or work on both.

- 2 important things in life - hubungan dengan Allah + hubungan dengan manusia

- How to take care of iman? Dengan ilmu.

- What to learn first? Ilmu ma'rifat - mengenal Tuhan. 

-  Don't do good deeds for pahala. Do it for Allah. Usah berdagang dengan Tuhan.

- Bila waktu orang akan meratib dengan banyak? Tahlil, ketika ada kematian. Maka harus tunggu ada nyawa yang dijemput baru kita rajin meratib kah?

- Bila solat Subuh akan punya jemaah yang ramai? Subuh hari Jumaat, kerana imam baca surah as-Sajdah + ada sujud sajdah

- Bila solat Maghrib akan punya jemaah ramai? Malam jumaat, kerana ada bacaan yasin.

- Recheck niat. Reformat, make sure Lillahi Taala :)

#6
5 sifat jundullah (tentera Allah)
- Yakin kepada Allah Rabb al-Alamin
- Perbaiki ibadah always
- Bentukkan akhlak sebagai seorang Muslim
- Ikhlas dalam amalan
- Istiqamah

Ketika ini ustaz ceritakan perihal al-Barra' bin Malik, seorang OKU yang dikatakan saudara kepada Anas bin Malik yang famous pasal hadis-hadis. Nama beliau bila disebut, mereka yang kenal tertunduk malu kerana sumbangan beliau terhadap Islam. Al-Barra', despite ke-OKU-an beliau, masih mahu berjihad bersama tentera Islam yang lain. Al-Barra' akan cuba bantu in any way he could without susahkan siapa-siapa dalam nak join jihad. In one perang, tembok musuh tinggi dan pintunya tak dapat dibuka dari luar. Dalam kekalutan para mujahidin cuba merencana cara mahu buka pintu tersebut, al-Barra' came up dengan cadangan melempar beliau ke sebalik tembok musuh guna that-lever-thingy-yang-orang-dulu2-guna-dalam-perang-untuk-baling-batu-etc-i-think. Al-Barra' kata, once he jatuh di sebelah sana, he'll try to pergi buka pintu. And so that happened and all praises to Allah, beliau berjaya buka pintu dengan puluhan panahan pada tubuh. From the ustaz punya cerita, once pintu dah buka para tentera pakat serbu and he who fell, was stepped upon and died. From other cerita, he survived and Khalid al-Walid yang rawat him and finally he syahid in another perang. Wallahualam.

Maka itu al-Barra'. Kita? *dushdush buat diri sendiri*
 
#7
Sebenarnya.
Ramadhan tak perlukan kita.
Kita yang perlukan Ramadhan.

---------------------------------------------------------


Tarawih malam semalam.
Imam ada baca ayat ini - كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ
T.T

Wednesday, July 25, 2012

sapa


Ramadhan ke-5.
Dan oxygen masih diizin untuk menaiki haemoglobin dan meluncur dalam salur darah dan kemudiannya meresap ke dalam sel memampukan kehidupan diteruskan. Skeletal system, endocrine system, circulatory system etc, masih berjalan seperti biasa. Alhamdulillah.

Pada Isnin lalu, di sebuah lorong supermarket, berdiri aku dengan shopping cart sambil berbicara dengan dear father tentang susu, "Nak yang original flavour ka?", tanya aku. Pada masa yang sama, pandangan mata berjaya mengesan satu senyuman. Seolah smile detection mode dalam kamera pula. Senyuman dari seorang jejaka dalam pakaian seragam pekerja supermarket tersebut. Bukan senyuman 'itchy' yang boleh buat aku lari tapi terzahir sebuah kesopanan dalam senyum beliau. Sungguh hebat sebuah niat, tak perlu cakap, obvious sudah. Maka refleksnya, aku memberi one-second senyuman separa yang menjelaskan ya-aku-nampak-kau kemudian terus sambung perbualan dengan dear father.

Ketika itu, kendengaran jejaka tadi memanggil - "Kak Qistina". Refleks - terus pandang beliau bersama sebuah "Ya". Interpretasi pertama - tentu junior semasa zaman aku berbaju kurung putih kain biru yang kemudiannya bertukar kepada baju kurung hijau kain hitam 5 hari seminggu. Dan rasanya wajah aku jelas menunjukkan aku mahu kata aku-seperti-kenal-kamu-tapi-dimana-ya kerana belum sempat satu patah huruf pun lidahku bunyikan, beliau sudah menjawab "SMK ____" :)

"Emmm...Nama.....?"
"Yuveen"
*senyum*

Junior dua tahun muda. Bekerja  sementara. Baru selesai matrikulasi. Bakal menyambung ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan di universiti yang sama dengan aku tapi kampusnya jauh beribu batu.

"Wahh..congrats!"
"Terima kasih (dengan senyuman)"

Kalau tidak salah, kali terakhir beliau lihat aku pasti semasa aku di tingkatan 5. Perempuan ini yang beliau kenal adalah perempuan ini di tingkatan 5 yang sudah tiga tahun lebih aku tinggalkan. Kerana beliau 2 tahun muda, ketika sekolah waktu makan tidak sama. Barisan di perhimpunan juga jauh. Bertegur sapa, beramah mesra? Jauh sekali. Mungkin pernah sekali atau dua berbicara, perhaps kerana beliau juga berbaju hijau berseluar hitam 5 hari seminggu. Sekadar dahulunya masing-masing tahu rupa dan nama. Dan beliau masih kenal ini perempuan. And he just made my day with the 'Hi' :) Terasa manis hubungan sesama manusia.

"Okay lah. All the best!"
"Terima kasih, kak"
*aku melangkah pergi*

Satu sapaan sebenarnya punya besar kemampuan. Bisa buat air mata bercucuran, bisa juga buat bibir menguntum senyuman. You can completely turn one's day the other way round with just a 'Hi'. Keduanya juga aku diberi peluang merasa, satu selepas yang sebelumnya tapi cukuplah bicara yang indah-indah sahaja :) Alhamdulillah, Tuhan beri sebab untuk senyum lagi dan lagi.

Di Ramadhan ini yang cukup mulia, harap aku, sampai suatu masa beliau bertemu cahaya.
Semoga.

Saturday, July 21, 2012

padang bulan

"Kalau aku susah...," katanya dengan sorot mata yang lucu, "cukuplah kutangisi semalam. Semalam suntuk. Esoknya aku tidak mahu lagi menangis. Aku bangun dan tegak kembali!" -Maryamah-

Dwilogi Padang Bulan, khatam sudah. Harus aku kata, gaya penceritaannya, mampu buat aku terketawa sendiri membaca. Lucu tetapi menarik teori Ikal dalam Buku Besar Peminum Kopi. Tambah-tambah lagi teori personaliti berdasarkan takaran kopi, gula dan susu.

Katanya mereka yang menghirup kopi pahit biasanya bernasib sepahit kopinya. Masih, mereka tetap mencuba dan mencipta. Jatuh, bangun, jatuh dan bangun lagi. Dan mereka ini digelar sebagai player. Adapun yang takarannya seimbang adalah safety player. Umumnya mereka ini bekerja rutin dan irama hidup cuma itu-itu sahaja. Lebih biasa dari tidak, mereka enggan mengambil risiko. Semi player pula punya ciri empat sudu kopi dengan gula setengah sudu. Deskripsinya, mereka ini pro dalam bidang masing-masing dan bukan jenis pegang-lepaskan-pegang-lepaskan tetapi pegang-cengkeram-telan. Adakalanya semi player juga merupakan pencinta yang romantis. Sedikit pahit di tenggorokan dan sedikit manis yang terbersit di lidah dek takaran sedemikian rupa, bagi mereka seksi. Kemudian, ada pula ex-player dan penderita sakit gila nombor 29. Haha

Dahulunya, kalau ke McDonalds, aku suka biar kopi/teh aku begitu sahaja, tanpa menambah krimer mahupun gula. Dahulu dahulunya, bukan sekadar kopi, teh juga aku letak kedua krimer dan gula. Dan sampai sekarang, aku suka tambah garam dalam air berkarbonat (kecuali yang berperisa buah-buahan) - kurang gas dan sedap. Tetapi rasanya ianya seolah kombinasi yang agak horror kerana kandungan gula dalam air berkarbonat sudah tinggi, ditambah pula garam seolah memberi kad jemputan kepada bukan sahaja diabetes tetapi sahabatnya hypertension. Horror.

Aku suka Ikal dan caranya yang begitu gila mencintai A Ling. Ada sahaja ideanya untuk menyambut hari lahir A Ling, ada sahaja caranya untuk membuktikan dirinya dan begitu kuat semangatnya meskipun mengalami beberapa kekalahan yang agak memalukan. Begitu tetap hatinya. Sejenak terfikir, kalau saja diri mampu mencintai Maha Pengasih sebegitu rupa, meskipun gagal teruk sekali dalam mencuba, patah dalam istiqamah, hati rasa lelah, biar apa rasanya, biar apa bual bicara manusia. Semoga Tuhan memampukan.

Maryamah pula watak yang benar-benar mengagumkan. Dalam novel kedua dwilogi ini, iaitu Cinta di Dalam Gelas, biar hampir kalah dalam satu pusingan pertandingan catur, dia tetap mencuba dengan segala kekuatan yang ada, sehingga kalahnya juga mampu meraih tepukan para penonton. Tewas dengan cara yang terhormat. Begitu juga nekadnya dalam hidup. Maryamah, perempuan yang meski harus tunduk, dia tak dapat ditakluk. Jiwanya begitu merdeka.

Ada bahagian-bahagian kecil cerita, yang cukup membuat aku tertarik. Antaranya, tentang pertemuan.

Dahulu, guru mengajiku pernah mengajarkan, bahawa pertemuan dengan seseorang mengandung rahsia Tuhan. Maka pertemuan sesungguhnya adalah nasib. Orang tak hanya bertemu begitu saja, pasti ada sesuatu di balik itu.

Begitu banyak hidup orang berubah lantaran sebuah pertemuan. 
Disebabkan hal itu, umat Islam disarankan untuk melihat banyak tempat dan bertemu dengan banyak orang agar nasibnya berubah.

Namun, sayang, tak semua dapat mengungkap rahsia itu, dan beruntunglah sedikit orang yang memahami maksud dari sebuah pertemuan.

 Dan pesan bibi Ikal padanya tentang bicara.

Waspada, bujang. Lidah membuat dosa semudah parang menampas pisang.

Dan seperkara yang membuat aku ketawa kecil membaca.

Menikahi lelaki Melayu seperti membeli kucing dalam karung, boi. Kalau yang kau inginkan memang kucing, dapatlah kau kucing. Bagaimanapun bunyinya bunyi kucing, syukur. Tetapi kalau yang kau harapkan pelanduk, kecewalah engkau.

Dan satu deskripsi penulis tentang bibinya Ikal cukup membuat aku tertarik.

Aku selalu mengagumi baju Muslimah bibi. Sederhana namun menimbulkan perasaan segan. Dengan menikahi paman, wanita itu adalah saudara bagiku. Sejak kecil aku dekat dengannya, namun selembar pun aku tidak pernah melihat rambutnya. Baju itu, jilbab itu, selalu menghembuskan semacam kelu dalam hatiku, betapa aku ini masih seorang Islam yang berantakan.

Ah, betapa aku. Kelu juga aku membacanya.

--------------------------------------------------------------

Kelmarin dahulu aku tonton drama Filipina, Mara Clara. Kata Susan kepada Mara - Ibu cuba melihat kebaikan pada hati setiap orang, namun kehidupan ini bukan begitu.


Kadangkala kita pilih lihat putih.
Sampai akhirnya kita putih mata.

Kemudian hadir titisan air jernih, membias cahaya.
Lalu mengajar kita melihat indah warna pelangi.
Dan kita senyum lagi, harapnya.

Friday, July 20, 2012

goldmine


Kelmarin I watched a video. The video started with these words - What if you are given a month to live in a goldmine and all you come out with is copper? Won't you feel disappointed? And that is a metaphor for those who go into Ramadhan and get very little out of it. So that..sort of struck me and got me thinking, have I made myself ready to enter the 'goldmine'. Sobs.

Anyways, on Tanyalah Ustaz this morning, the ustaz talked about Ramadhan. Indeed, it's a beautiful month. Part paling best about Ramadhan is - No syaitan :D So perhaps this the perfect time to actually spot our own bad habits and try to fix them sebab terang lagi bersuluh kantoi le kalau ada apa-apa yang tak kena gaya tu memang it comes from ourselves, the devils can't be blamed because they all takde =.=" Perhatian keras buat diri sendiri.

So from this morning punya show, some of the points yang masuk telinga kanan and alhamdulillah did not keluar balik through telinga kiri yet (so kena tulis cepat-cepat, kalau tidak, lupa) are -

#1 - Rewards are multiplied dalam bulan Ramadhan! Kalau keje, sometimes raya/akhir tahun, boss kasi bonus gaji, so Ramadhan, in a way, it's like a bonus dari ar-Rahman dalam setahun ^_^ Tu pun belum kira bonus-bonus lain He offers every single month and even every single second in every breath we take. Subhanallah.

Daripada Salman r.a. ia berkata: "Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- "Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu." [Riwayat Imam Baihaqi]

#2 - Ramadhan is coming and how do we feel?
Ramadhan sememangnya already famous as the month full of barakah. Awalnya dipenuhi rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya penuh dengan pahala buat penebus dari api neraka. And Ramadhan comes with macam-macam special offers. Alluring, shouldn't it be? Lagi alluring dari 70% sale kat Padini or Habib Jewels etc, shouldn't it be? :D So, the ustaz beri satu analogi - seorang yang sihat, seorang yang demam dan nasi briyani yang sedap. Orang yang demam confirm macam tak brapa ada appetite even orang nak belanja. As for yang sihat, sure excited giler nak makan. Untuk menjaga hati yang nak belanja, orang yang demam pun mengiyakan saja, terima saja tapi after some time while orang yang sihat dah nomnomnom sampai nak habis, yang demam tu sure masih ada banyak lagi dalam pinggan, makan dengan lalu tak lalu and silap-silap, ter-vomit out everything lepas makan. The same goes to Ramadhan, a healthy soul would be definitely anticipating the month and try to make the best out of it, macam orang yang sihat and briyani rice ang supersedap. But then if we don't really feel a thing or perceive Ramadhan negatively, perhaps perlu buat saringan kesihatan jiwa. Sobs. Belum kira lagi kalau kita perceive Ramadhan as a time to prepare for raya and all we see are discounts, cheap sales, offers, cookies etc =.="

Dari satu sisi pandangan, this beautiful month of Ramadhan can be said as the perfect month for iman makeover. Plus minus 30 days chance to 'beautify' the iman with various 'treatments' :D Hopefully we could leave this Ramadhan dengan penuh style with a 'gorgeous' iman. Amin.



Oh dear iman, tolong jangan demam,
kalau demam, tolong cepat baik T.T

Wednesday, July 18, 2012

Tuesday, July 17, 2012

hope


green and tender
the little plant emerged
through the cruelty of the choking cracks of concrete
where reaching out for light seemed impossible

kun fayakun
la hawla wala quwwata illa billah
strive . pray . tawakkal

the sweetness is yet to be tasted
believe.


bual


Kosong itu subjektif. Isi bergantung pada persepsi.
Perbualan bisa diumpamakan seperti peluang. Peluang yang dibeli dengan kata-kata.
Peluang untuk tersenyum, peluang untuk belajar, peluang untuk menilai, berbagai, bisa juga jadi peluang untuk menangis. Peluang apa bergantung pada isi dan isi bergantung pada persepsi. Namun, usahlah ambil peluang yang terakhir itu, biar tangisan sekadar kesan sampingan. Dalam gelap, cari photons yang tersisa :)

Bual dengan nenda
Kata beliau - ingatkan boleh lah nak kenduri cuti ni. Kemudian beliau mula bicara tentang hakikat hidupnya yang sudah dihujung usia serta harapan pada kesempatan melihat cucu gadisnya berumahtangga. Jodoh, ajal, itu bidang kuasa Dia. Aku cuma mampu tersenyum pada nenda, seraya berkata "Doakanlah..." :)

Bual dengan Aina

Aina itu anak saudaraku. 9 tahun umurnya. Tempoh hari, aku tunjuk padanya gambar sebuah kolam mandi tiruan ciptaan orang Jepun yang dikongsikan di dinding Mukabukuku. Aina tertanya bagaimana ianya begitu dan aku yang juga serba tidak mengetahui soal itu terus terang menyatakan ketidaktahuanku dan seraya memberi komentar bahawa di Jepun, teknologi mereka canggih makanya dapatlah menghasilkan ciptaan yang hebat. Aina mengiyakan dan kemudiannya berkata pada ku "Tapi Allah lagi hebat kan, mak su". Masha-Allah.

Bual dengan Aunty Sebelah-Rumah
Aunty Sebelah-Rumah bercerita perihal ular kecil yang masuk rumahnya. Selepas berbicara dengan ular kecil itu, ular kecil itu sepertinya bekerjasama. Ia masuk dalam plastik, duduk baik-baik hingga dilepaskan di kawasan semak yang bersesuaian dengannya. Aunty Sebelah-Rumah bercerita lagi perihal ular kecil yang dia jumpa ketika berkebun. Sudahlah ketika itu, dia tidak memakai sarung tangan. Si ular pula menyapa dengan "Sssss Sssss". Ceritanya, sering dalam situasi begitu, dia cuma bicara baik dengan haiwan itu, suruh pergi. Katanya, mereka itu memahami. Katanya lagi - Dia (referring tu ular/haiwan etc) pun macam orang juga. Lu baik sama dia, dia baik sama lu. Aku mengiyakan. Benarlah. Namun setelah renung-renung sebentar, rata-rata dalam banyak kondisi manusia adalah begitu dan aku tak terkecuali (lu baik sama wa, wa baik sama lu), macam haiwan juga (lu baik sama wa, wa baik sama lu. kadang-kadang, lu baik sama wa, wa jahat juga sama lu - mahu bagaimana, Tuhan hadiahkan akal buat manusia cuma). Padanlah homo sapiens masih dibawah kategori Kingdom Animalia meski dikurnia akal. Maka sedikit ternyata, kemampuan untuk membalas tuba dengan susu itu adalah satu kemampuan hebat yang bisa membedakan manusia dan haiwan. Kerana kita bisa membaca kitab suci dan menjiwai maknanya.

Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Fussilat 41:34-36

Bual dengan ayahanda
Isinya terlalu peribadi untuk dicerita. Namun, cukup aku kata, melihat beliau tersenyum dan sedikit ketawa dan merasa terbiasnya gembira dalam ucap katanya, cukup membuat aku terasa seolah di awan sembilan. Semoga beliau redha. Semoga Allah redha.

Bual dengan Kak Dini

Kak Dini ini pelengkap hidup kepada seorang muallaf, juga seorang pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi awam. Pada awal-awal bicara, Kak Dini bertanya padaku, apakah aku masih bersekolah. Tersenyum aku menjawab perkara yang sebenar. Satu sisi dalam hati terasa diri ini masih nampak muda rupanya. Agaknya kalau bertudung putih, berbaju kurung putih dengan kain biru muda masuk ke sekolah, tak ada wajah-wajah yang melahirkan ekspresi musykil secara maksima, no? :P Cerita Kak Dini, anak sulungnya hadir ke dunia semasa beliau baru tamat Master, jika aku tak salah. Katanya, rezeki anak, selepas anak sulung itu lahir, beliau mendapat pekerjaan beliau sekarang. Masha-Allah, ar-Razak.

“Allah-lah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, kemudian mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali). Adakah di antara yang kamu sekutukan dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuatu dari yang demikian itu? Maha Sucilah Dia dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan." 
Ar - Rum 30:40



“Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Al-Ankabut 29:60

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahu anhu beliau berkata : Rasulullah saw menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan: Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya pula diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bual dengan kakak
Tema bicara boleh kukonklusikan sebagai 'Tolong Ingatkan Aku'. Kerana kondisi dan situasi adakalanya mempengaruhi persepsi dan punya potensi mengubah nekad yang hendak dibawa menuju destinasi. Syukur Tuhan hadirkanya dalam hidup ini. Ini yang kelmarin kakak kongsi -

Dari Abu Muhammad, Al Hasan bin ‘Ali bin Abu Thalib, cucu Rasulullah s.a.w. dan kesayangan beliau radhiallahu ‘anhuma telah berkata : “Aku telah menghafal (sabda) dari Rasulullah s.a.w. : “Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu, bergantilah kepada apa yang tidak meragukan kamu."  (Riwayat at-Tirmidzi)

Bual dengan satu manusia

Saranan beliau pada aku - bicara dalam bahasa Melayu :)

Kisah benar tentang entri yang lalu - aku perlu merujuk kepada Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keempat untuk menyiapkannya. Soal tatabahasa aku yang agak berantakan, sila tutup sebelah mata ya. Hehe.


RAMADHAN
3 HARI LAGI :D

Thursday, July 12, 2012

tiga



Kelmarin aku duduk penuh selesa di atas sofa dengan buku di tangan sambil menegangkan leher dan merehatkan kepala dengan mata separa terbuka yang kemudiannya aku tutup sementara. Saat itu, datang angin lembut lagi sedikit dingin melalui kekisi rumah lalu membelai wajah dan meminjamkan seperca ketenangan petang. Perlahan aku mengangkat kelopak mata (slow-mo kononnya) dan lantas ekor mata kiriku terkesan sebuah lembaga berbulu berjalan ke belakang sofa. Lembaga berbulu putih bertompok dan berkaki empat yang bila ia berbunyi, bunyinya pada kebiasaannya dieja seperti ini - meowww (yang bila aku baca, tidak pula bunyi sepertinya. barangkali itu sahaja bahasa manusia yang paling hampir dengan bahasanya). "Hush" kata aku lembut. Terperanjat beliau lalu cepat-cepat membuat pusingan U dan keluar dari rumah. Tidak dapat tidak, aku sentiasa tertarik dengan kecomelan lembaga berbulu berkaki empat itu yang marilah kita gelarkan sebagai Kucing, maka aku mendekatinya. Pada aku, kucing adalah antara makhluk yang boleh menang anugerah skrin dan berdiri sebaris dengan aktor hebat untuk babak air mata kerana lebih biasa dari tidak, kucing berjaya mencairkan hati dengan wajah serta pandangan penuh meminta kasihan seiring dengan ngiauan yang sememangnya penambah perisa yang cukup hebat bagi menaikkan suasana meminta kasihan. Mungkin beliau jujur, mahu meminta.

Hairan aku, masih lagi ada manusia yang sanggup berlaku kejam pada makhluk yang dipanggil 'cat' oleh orang Inggeris. Misalnya, baru-baru ini, ada kucing yang ditemui dengan kaki diikat getah. Oleh kerana darah dan oksigen serta nutrien keperluan tubuh tidak bisa sampai ke kaki, kaki kucing itu mereput mati. Terjingkat-jingkat kucing itu mahu bangun dalam kesakitan. Ah, manusia. Barangkali manusia itu belum pernah dengar cerita perihal seorang wanita yang mengurung kucing tanpa beri makan yang akhirnya mendapat balasan neraka. Oleh kerana aku bergaul dengan kucing sejak usia yang muda, mama awal-awal lagi ceritakan padaku tentang itu, khuatir kalau-kalau aku berbuat aniaya pada kucing belaan aku. Masih, kerana pengetahuan begitu cetek tentang anatomi kucing dan kepentingannya, aku pernah sekali menggunting misai arwah kucingku kemudian dengan bangganya menceritakan pencapaian aku itu kepada mama. Kalau tidak silap, fikir aku ketika itu, misainya panjang, kasihan tidak bisa shave atau trim seperti manusia maka aku mahu membantu. Naif sungguh. Kena marah. Kata mama, tindakan aku itu akan mengganggugugat pengawalan kestabilan kucingku itu.


Sambung cerita. Aku menghulur tangan dengan perlahan. Kucing datang hampir, menyangka aku nak suah (baca: hulur) makanan. Mendapati tangan aku kosong, beliau mengiau dengan melankolia. Ya, aku tak punya apa-apa. Cuma secangkir kasih untuk aku kongsikan. Dengan mekanisma filamen menggelongsor (baca: sliding-filament mechanism), aku memanjangkan sedikit tanganku untuk mencapai kepala beliau untuk aku usap. Babak seterusnya, aku terus mengusapnya penuh mesra. Tanpa sedar, rupanya ada satu lagi makhluk berkaki empat berbulu memandang aku dari balik pagar dawai besi. Beliau berbulu hitam, berkaki empat yang apabila berbunyi, bunyinya pada kebiasannya dieja seperti ini - Woof. Anjing. Garang bunyinya, sering merangsang sistem simpatetik aku. Rupanya, sudah lama beliau memandang ke arah kami berdua yang bermesra. Mata beliau tak berkedip. Dari ekspresi beliau, dapat aku mengesan sejuta kata yang tidak terluah mengenangkan nasib beliau yang hidup penuh kesepian sehingga tuan beliau pulang. Sekalipun tuan pulang, kasih sudah terbahagi dua kerana ada satu lagi makhluk berkaki empat dan berbulu yang sama spesis dengannya diambil jaga oleh tuannya. Lebih sedih lagi, pergerakan beliau pasti akan dimatikan setelah beberapa jarak oleh seutas rantai besi. Pasti beliau juga mendambakan secangkir kasih yang aku kongsikan dengan Kucing yang merdeka itu. Aku merenungnya kembali, setelah beberapa saat, beliau mengalihkan pandangan, persis orang merajuk. Aku kemudiannya teringat akan ikan bawal semalam yang tersisa. Ayah sengaja menyimpannya di dapur, kalau-kalau kucing datang ziarah, bolehlah dibuat pemberian.


Langkah kanan benar Kucing yang memohon simpati itu. Dapat menikmati sisa ikan bawal aku. Maaflah sisa. Kata orang tua-tua, kalau kita makan bekas seseorang, kita akan jadi sayang padanya. Ada juga yang mendakwa kita akan jadi asyik menurut katanya. Kata orang tua-tua lagi, kalau kita makan air tangan seseorang, kita akan jadi sayang padanya. Nah, pada ikan bawal itu, selain hakikat nyata bawah ianya bekas aku, air tangan aku juga ada padanya (bukan kerana aku yang masak, tetapi aku yang mencubit isinya). Pasti sayang benar Kucing pada aku, tidak? Seusai bergembira meratah juadah itu, Kucing berjalan lalu berhenti pada satu kedudukan yang mungkin tanpa sengaja bertentangan dengan tempat Anjing bersemayam. Duduk menghadap anjing, sambil memandang aku kadang-kadang, beliau menjilat bibir kemudian menjilat-jilat jari. Proses menjilatnya terhenti dek salakan anjing dengan ekspresi yang paling sesuai untuk memanifestasikan ketidakpuasan hati. Aku memanggil Anjing dengan nama pemberian tuannya. Bersama panggilan itu, aku hadirkan bersama ekspresi yang meminta ia bersikap baik. Masih matanya terkunci pada pergerakan Kucing, menuruti Kucing yang berjalan kembali untuk menikmati sisa juadah tadi. Dipendekkan cerita, diakhirnya, Anjing cuma berada dalam keadaan begini -

pasrah, barangkali?

Pada perhitungan aku, sudah terjadi sebuah interaksi yang dijayakan dengan bahasa tubuh dan tona suara kerana masing-masing kami, tiga makhluk berbeza, tidak memahami bahasa masing-masing. Perkara itu membuat aku sedar akan betapa hebatnya kesan non-verbal communication. Bicara itu murah. Nah, kalau aku bercakap dengan mereka berdua, sampai ke Subuh hari raya juga mereka tak akan bisa mengerti. Silap haribulan, ayah mungkin berpandangan anak gadisnya ini punya masalah sistem saraf dek berbual dengan dua haiwan berkaki empat ini. Maka terserlahlah tingginya nilai non-verbal communication yang mampu membeli sebuah interaksi tiga makhluk berbeza. Jika dilihat pada kehidupan seharian, cara/gaya/tona suara adakalanya mengizinkan kita meneka perasaan seseorang. That's the power of non-verbal communication. Tengok saja pada kriteria yang dianalisa dalam temuduga, interviewers never really listen to the facts. Meskipun aku bisa mengeluarkan statement itu, tidak berarti aku hebat beraksi dalam temuduga, pada aku, cukup sahaja kalau aku boleh remain natural (seringkali ditelan rasa gementar), I don't want to be accepted for what I'm not.

Merenung kembali tentang non-verbal communication, sepertinya ia bersangkutan dengan akhlak. Pada perhitungan aku, sekalipun satu manusia pandai berbicara manis lalu mengaburi penglihatan sekalian umat manusia, akhlaknya pasti membongkarkan segalanya. Maka pada perhitungan aku, nyatalah bergaya (dari segi akhlak) itu penting sama sekali kerana sekalipun bicara itu biasa-biasa, indah akhlak yang menyusul bersama bisa menyerlahkan keindahan mesej yang cuba disampaikan dan kadangkala indah akhlak itu memampukan bahasa yang indah diucap dalam bicara. Contoh terbaik, tidak dapat tidak, adalah Rasulullah s.a.w.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

He (Rasulullah s.a.w.) is the walking al-Quran
(Aisyah r.a.)

Aku sendiri juga tidak tahu banyak cerita, mohon kongsi jika sudi. Salah satu yang pernah aku baca, cerita buah limau yang dihadiahkan oleh seorang perempuan kafir kepada Rasulullah. Rasulullah makan sehingga habis dengan senyuman. Anehnya, baginda tidak mempelawa sahabat yang ada untuk makan bersama. Setelah habis, wanita  itu beransur pergi. Sahabat bertanya, hairan dengan sikap baginda. Rupanya, buah itu masam benar. Baginda khuatir jika yang lain merasa, akan memberi ekspresi yang tidak enak atau memarahi wanita tersebut. Khuatir baginda andai wanita itu akan tersinggung.Ada banyak lagi, tentang bagaimana pemaafnya baginda, bagaimana baginda mengurus situasi dua isteri yang saling mencemburui, bagaimana baginda memanggil para sahabat, bagaimana sikap dengan perempuan kafir buta yang sering menghina baginda dan pelbagai lagi.


Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya.
(HR Tirmidzi)


Maka pada perhitungan aku lagi, bukan yang perlu dipelajari itu bercucuk tanam membuat kebun tebu di bibir tetapi sebenarnya menanam bungaan nan wangi dalam hati kerana aku percaya dari situ hadir akhlak yang terpuji.

nak polish akhlak tak sesimple nak polish kasut
nobody promise it'd be easy but insha-Allah it'd be worth it :)
dan sungguh, I have a longgg way to go.....

Tuesday, July 10, 2012

Random

Gambar ini tentang cerita bulan Jun.
Kerana sebuah ciuman tanpa cinta dalam gelap malam tanpa sengaja. Kerana sebuah ciuman yang berharga sembilan keping wang kertas lima puluh. Kerana sebuah ciuman tragis sebuah pacuan empat roda pada sedan empat pintu. Because of all the wrong things that were (probably) the right ones to happen.
Dan buku itu percuma, dari tangan yang menulis sepertiganya dengan pesan tulus ikhlas, priceless.
(Balik Pulau, Jun 2012)


28
I asked a 5-year-old how to spell "awan".
Here's what she gave me -
A-W-A-N-G, Awan!

Then I asked her "Cuba teka kakak umur berapa?"
She took some time to think then she said "28!"
"Kenapa 28..?"
"Sebab 28 tu banyak..."

Boleh tak nak blame the tudung 'makcik' aka the instant tudung I was wearing masa tu =.="

Macam dulu
Kelmarin dulu, dari sebuah soalan, akhirnya aku dan mama Saif berbual panjang dan perbualan itu turut menyangkut cerita masa lalu milik aku, sesuatu yang jarang mahu aku bicara dewasa ini meski flashes of the buried memories appear in mind at very very high frequency. Malu rasanya bila dibicarakan kembali perihal corengan hitam lama, karya buruk milik aku dalam melakar kehidupan dahulu. Sudah cantik ya kini? Tidak juga, cuma telah sedar, yang dahulu aku fikir indah itu amat jelek. Entah bagaimana jika buku amalan catatan sang malaikat di bahu kiri dibaca out loud T.T

Meski begitu, aku rasa karya buruk itu priceless kerana ada perkara yang aku mungkin takkan kenal dan hargai jika aku tak merasa yang sebaliknya. Dalam buruk itu, ada terselit juga indahnya yang cukuplah sekadar aku simpan jadi kenangan. Ada perkara yang aku tak bisa baiki walau semahu mana aku. Takdir Tuhan tak pernah sia-sia, aku percaya.

Kata mama Saif pada aku - Jangan jadi macam dulu.

Insha-Allah.

10 kali
Ada pihak yang melaporkan bahawa ada penulisanku yang setelah dibaca 10 kali baru dapat difahami. Just so you know, I am not as complicated as my writings...err..hope so :D

Di Tepi Sungai Piedra Aku Duduk dan Meratap

Just finished reading Paulo Coelho's By the River Piedra I Sat Down and Wept. The storyline was nice. Apart from lessons about life, it gives me an insight about Christianity, catholicism and a little bit about trinity. And of course those in some ways or many ways are not parallel with Islam and actually made me see how Islam really makes sense, how it fits the fitrah of human being, how oft-forgiving, Most Merciful Allah is. Anyhow, "For you is your religion, for me is mine" (109:6). Still, I like some of the ideas about finding God presented in the novel :)

"because the spiritual path can only be traveled through the daily experience of love"

"...God is wherever we allow Him to enter"

"In order to find God, you have only to look around"

And oh, there's this one description of 'falling in love' which was put forward in the novel through the main character, Pilar.

"I've been in love before. It's like a narcotic. At first it brings the euphoria of complete surrender. The next day, you want more. You're not addicted yet, but you like the sensation, and you think you can still control things. You think about the person you love for two minutes and forget them for three hours. But then you get used to that person, and you begin to be completely dependent on them. Now you  think about him for three hours and forget him in two minutes. It he's not there, you feel like an addict who can't get a fix. And just as addicts steal and humiliate themselves to get what they need, you're willing to do anything for love."

"What a horrible way to put it", says the person Pilar was talking to.

But that's what commonly occurring in the reality. Cukup saja menonton drama Ameera untuk melihat. Drama juga punya realiti sebagai inspirasi, ya kan? Pengecualian pada genre sci-fi. Unhealthy love. I am no exception. I'd love to quote Wardina from the forum Where is the Love. Can't remember the exact words but the message, as I interpret it, is something like this - To love healthily, one must have a healthy heart and a healthy heart is a heart that remembers Allah, always :)

Cendol
Testimoni pendek: Cendol Cherok Tokun sedap. I had the kacang-less and pulut-less one :D

Countdown
Ramadhan, 10 hari lagi :D

Saturday, July 7, 2012

naked

Sufficient for me is You. Sufficient for me is You. Sufficient for me is You.
Mahu aku tulis itu di udara lalu aku hirup. Biar ia tinggal dalam darah.
Pusing dalam tubuh, ke kepala ke kaki, sekali, dua kali, lagi dan lagi.
Biar setiap inci aku meyakini. Sampai mati.
(uni, June 2012)


Rumi's poems lebih biasa dari tidak, membuat mata terkunci di skrin komputer riba, dengan tangan kiri menongkat dagu, sambil membaca puisi yang sama dua tiga kali.

Those who don't feel this Love
pulling them like a river,
those who don't drink dawn
like a cup of spring water
or take in sunset like supper,
those who don't want to change,
let them sleep.
This Love is beyond the study of theology,
that old trickery and hypocrisy.
If you want to improve your mind that way,
sleep on.
I've given up on my brain.
I've torn the cloth to shreds
and thrown it away.
If you're not completely naked,
wrap your beautiful robe of words
around you,
and sleep.

-Rumi-

if so...
naked and awake
i'd rather be.

naked and awake
i want to remain.
naked and awake
make me, let me
.

Tuesday, July 3, 2012

Baby Saif


Alhamdulillah, 11 Jun lalu, my sis-in-law selamat gave birth to this very cute and chubby baby boy, Saif Isaac :)  Reminds me of the words of my Physiology lecturer, he said it's very interesting to see the development of a baby, dari tak reti apa-apa, belajar meniarap, cuba lift themselves up, cuba menggapai things. They are just so beautiful and the experience is priceless. He missed that experience when his other 4 children were growing up. So busy about this and that. When he started to really watch the 5th one's development, he was in awe :D

It happened to be 11 June was my first day of exam so I just can't rush back. And after exam, thought of paying her a visit but it seems to be I had so many things in plan so I had to postpone that. Anyhow, alhamdulillah, last Sunday dapat jumpa Saif for the first time! Yeayy! It's his cukur rambut day. So, tadaa~ this is hairless Saif with dearest Auntie Tina aka Me. Teehee~

Pat-a-cake. Pat-a-cake. Baker's man. Bake me a cake as fast as you can.
Pat it, roll it. And mark it with a 'B'. Put it in the oven for.....
Baby and Me! ^_^

Human. One of God's greatest creation. Subhanallah.
Then We made the sperm-drop (nutfah) into a clinging clot ('alaqah), and We made the clot into a lump [of flesh] (mudghah), and We made [from] the lump, bones, and We covered the bones with flesh; then We developed him into another creation. So blessed is Allah , the best of creators. 23:14

Here is a very interesting article by Dr. Zainurrashid regarding the development of baby in the mother's womb and how al-Quran has explained about it :) Subhanallah!


May Saif grow up to be anak yang soleh
tak kisah la hensem macam Saif Ali Khan or what not
awesome macam Saifullah, Khalid al-Walid would be cool
amin :D

Batu Pahat

Alhamdulillah. Selamat pergi dan pulang. Not really a holiday trip, was there to teman a good friend of mine (no...not really a good friend, better word - sister! she has always been like a kakak to me since school days ^_^) and her mom, help out in pickin' up her stuffs from hostel etc. She's a silat-er. While everyone is going back for hols, she got camping and training :P Insha-Allah, for good.

Cila & Auntie Rosni at JPO.

all I did here was eat :D had laksa which looked and tasted like curry mee, forgot the name.

UTHM's library. Love the archi :D

again, the library


one part of the lib. siyesly so cosy and slightly home-like and sleeping is allowed and ohh it's just so awesome, no wonder lah my friend tu suka lepak library :D

The new UTHM's masjid

The main hall.

from 2nd or 3rd floor of the lib.


The inside of the UTHM's new masjid :)

Lunch :D

The wakaf in front of the chalet we stayed.

Sunrise. The last morning in Batu Pahat.

Here's the chalet. Chalet Bajet namanya. Somewhere in Kampung Parit Sikun something. Only RM60 per night. Might be sedikit panas during the day but malam-malam very the sejuk. The bathroom is also nice. The one we stayed ni ada 2 beds, a queen size one and a single one with extra one single mattress.

oh-so-IT. cari buku health science tak jumpa kat area tu.
padahal masa nak guna Linux, tergagau cari abang jugak mintak guidance and enlightment. haha
Also went to Ayer Hitam and went to eat asam pedas ikan jenahak yang marvellous but tak snap any photos. Anyway, ini sebenarnya kali pertama buat aku menjejak kaki di bumi Johor setelah hampir 21 tahun bergelar warganegara Malaysia. Singapore pun belum pernah sampai except transit kapal terbang once upon a time ago. For this trip, my expenses was fully supported by Auntie Rosni and I can't thank her enough for that and for braiding my hair when it's dry because I just dunno how to, kinda miss that one. May Allah bless her!

babe, if you're reading this,
mahu aku ucap jutaan terima kasih
diberi peluang berkongsi kisah, menumpang kasih.
semuanya menjadi lakaran memori indah dalam ingatan :)