Queensbay, 2012 |
1. Draft
Ada a few posts yang ada dalam draft. Banyak mahu diperkata, mahu dicerita. Was planning to complete them once exam has finished but...it seems like perasaan yang ada ketika mana sedang menulis dahulu sudah entah dalam folder mana dalam arkib hati. Besar kemungkinan, sekalipun di-complete-kan tulisan itu akan menjadi soulless... Maka i think it's best to just leave them unborn rather than letting my fingers and the keyboard give birth to words without soul :)
2. Exam
Tanggal 13 Jan. Berakhirlah my kehidupan as seorang pelajar ijazah sarjana muda ***** ******* di Semester 1 Year 1.Harapnya berjodoh sekali sahaja dengan all the subjects, tidak mahu pertemuan kedua dalam exam hall. :P
3. QB
with ayie, fira-fira (baca macam pikachu menyebut namanya) and hey-there-delilah.
4. Papa
book-shopping with him yesterday. while we were looking for 2 more books to make the total price around 100, so that boleh guna 2 voucher buku 1 Malaysia, I told him to pick up anything he would like to read, anything. (was browsing for Salim A. Fillah's books but tiada. which bookstore kat Malaysia ada jual his books ya~) what father did was, he picked up this one book and give it to me, saying "Hmm yang ni..?". wellll, my reply was a small laughter while looking at the title, followed by "Okay, boleh jugak...".
guess what's the title - Menjadi Wanita Paling Bahagia. I burst into laughter initially sebab...ok I dunno how to express this feeling, entahlah, perhaps because it's highly unlikely that I would pick that book if I myself were to choose. but then few seconds later, what I felt was tulus keikhlasan seorang ayah yang hanya mahu anaknya bahagia. tulus kasih seorang ayah yang mencinta anugerah ini dalam tawa mahupun dalam tangis. sempurna kasih seorang ayah yang mencinta aku dan segala ketidaksempurnaanku. entah kenapa, rasa kasihnya sesederhana cinta seperti dalam puisi Sapardi Djoko Damono, mencintai dengan isyarat yang tak sempat diucapkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada, dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu.
no matter how big I grow up, I would always be your little girl, father. lantas terfikir diri ini yang sudah meningkat usia. umurku tahun ini ada angka satu, tapi kedudukannya di tempat kedua. mungkin akan tiba suatu masa nanti anak gadis papa ini akan disunting orang. (ye ke?) pada masa itu, agaknya bagaimanalah perasaan papa. bila dengar Saat Lafaz Sakinah by Far-East, rasa tersentuh jiwa. Ya, bagaimanalah perasaan seorang ayah yang menjaga dengan penuh kasih dan cinta amanah dan anugerah, menerima baik dan buruknya, lebih dan kurangnya anugerah dan amanah itu...bagaimanalah perasaannya when he were to hand this anugerah dan amanah yang he jaga so well, as baik as he could, to another man. yeah, to another man...yang dia sendiri tidak tahu mampu atau tidak menjaga dan mencintai anugerah dan amanah yang bernama isteri sebaik atau lebih baik dari dia menjaga anugerah dan amanah yang bernama anak perempuan itu. to another man...yang entah hanya mencintai yang indah pada anak gadisnya dan mungkin mencela kekurangannya. yang mampu dia lakukan hanya berusaha dalam approving atau mencari insan yang akan meneruskan tanggungjawabnya kemudian berbekalkan doa serta tawakkal, menyerahkan amanah itu kepada insan yang diharapnya memimpin anak gadisnya ke syurga.
Masha-Allah. Syukur, Alhamdulillah, dia papaku.
5. Subuh
Apakah yang lebih indah dari melihat saf penuh dalam solat jemaah Subuh. Sama-sama tunduk dan sujud kepada yang Maha Esa. Sekali lagi penulis duduk di situ, di hujung saf...lalu terimbaulah kembali memori manis Ramadhan yang lalu. Rindu. Jikalau tiada berkesempatan merasa indah Ramadhan tahun ini, harapnya dapat pergi dengan manis cinta pada yang mengambilku kembali.
Cinta. Salah satu perkara yang dibicarakan dalam kuliah Subuh tadi. Kata Ustaz, Taqwa itu Cinta. Kerana taqwa adalah mengikut segala suruhan Allah Ta'ala dan meninggalkan segala larangannya. Apakah driving force untuk melakukan semua itu kalau bukan cinta. Kerana cinta, manusia hampir willing untuk melakukan segalanya. Not just that, kalau dilihat, for those we love, we would do things they don't ask us to but would totally love it if we do it for them. Small surprises, gifts etc etc. Begitu juga cinta pada Dia, kata Ustaz, those little little things are amalan-amalan sunat, kalau benar cinta pada Dia, tidakkah kita akan menjadi suka memekarkan lagi cinta yang ada dengan amalan-amalan sunat yang disukaiNya? Tidakkah bila kita cinta, kita sentiasa mahu mengambil hati si dia yang dicintai...begitu juga cinta kepada Dia. I find that a very good point to ponder upon...untuk diri sendiri, terutamanya.
6. Malam pertama
semasa browsing for books smalam, papa pointed out one book tentang malam pertama, yang immediately buat penulis terfikir....
apa layakkah aku mengimpikan malam pertama sebagai seorang graduan
atau malam pertama sebagai seorang wanita yang berkerjaya
apa wajarkah aku memikirkan malam pertama sebagai seorang isteri
atau malam pertama sebagai surirumah yang mithali
apa patutkah aku mengangankan malam pertama sebagai seorang mama
atau malam pertama sebagai seorang grandma
sedang....
malam pertama yang paling hampir denganku
malam pertama yang sudah pasti harus ku tempuh
adalah...malam pertama di alam kubur
dan segala amalan di dunia tak menjanjikan bahagia
hanya dengan kurnia rahmatNya, kurnia nurNya..
6 kaki dibawah bumi bisa jadi tempat paling indah.
apakah aku sudah mengimpikan dan cuba mencapai
malam pertama sebagai ruh yang bahagia....
kerana boleh saja jadi malam pertama itu
malam esok...
kerana boleh saja jadi malam pertama itu
malam esok...
p/s - tajuk buku yang papa pointed out itu adalah Malam Pertama di Alam Kubur, gabungan hasil penulisan 3 penulis, salah satunya Dr. Aidh al-Qarni.
2 comments:
buku2 salim fillah byk kat FAJAR ILMU BARU@MASJID JAMEK =)
thankssss dear...
masjid jamek as in masjid jamek KL? wahh jauh tu...
Post a Comment