Sunday, January 1, 2012

2012

(Tg. Asam, 2011)
semalam kamu mengintai aku
hari ini aku melihat kamu

dalam mendung langit jiwa
dalam tandus pepasir akal
dibelai dingin angin pagi
deru ombak iman kedengaran
sesekali menghempas pantai hati

aku wujud dalam 1/3153600 dari kamu
andai...
tiada definisi kewujudanku pada 2/3153600
aku mahu pergi dengan penuh cinta
dengan cinta penuh pada yang paling layak

memadaikah itu sebagai resolusi?



notakaki: aku tidak cekap berbahasa penjajah, juga semakin tidak lancar berbahasa ibunda. kritikal.

3 comments:

:: ciK TeaChEr :: said...

sungguh indah lagi cantik dirimu berpuisi
ah, aku sangat jeles padamu
kerana tidak dpt ku ukir bait2 indah itu di laman blogku
bolehku berguru dgn mu? hehe

khadijah said...

ada2 ja teacher fadh ni... :P

:: ciK TeaChEr :: said...

cik farmasi, sy serius tawww.. =.=