Monday, May 30, 2011

of detaching


Letting go or leaving is hard. Losing is even harder.

"Why do people have to leave each other? It was a question about loss, about disappointment. It was a question about being let down. A question about seeking something and coming back empty handed. It was about what happens when you try to dig in concrete with your bare hands: not only do you come back with nothing—you break your fingers in the process."

"The nature of the dunya - a place of fleeting moments and temporary attachments. We, as humans, are made to seek, love, and strive for what is perfect & permanent. Allah put a yearning in us that can only be fulfilled by what is eternal & perfect. Our first and true home was Paradise: a land that is both perfect & eternal. So the yearning for that type of life is a part of our being. The problem is that we try to find that here. Only when we stop putting our hopes in dunya, only when we stop trying to make the dunya into what it is not—and was never meant to be (jannah)—will this life finally stop breaking our hearts. "

"What I didn’t realize is that all the pain I had experienced in life was due to one thing, and one thing only: love of dunya. And if there is one recipe for unhappiness it is that: expectations. My mistake was not in having expectations; as humans, we should never lose hope. The problem was in *where* I was placing those expectations and that hope. At the end of the day, my hope and expectations were not being placed in God. My hope and expectations were in people, relationships, means. Ultimately, my hope was in this dunya rather than Allah."

"We experience this emotional roller coaster because we can never find stability and lasting peace until our attachment and dependency is on what is stable and lasting. To attain that state, don’t let your source of fulfilment be anything other than your relationship with God. Don’t let your definition of success, failure, or self-worth be anything other than your position with Him. And if you do this, you become unbreakable, because your handhold is unbreakable. You become unconquerable, because your supporter can never be conquered. And you will never become empty, because your source of fulfilment is unending and never diminishes."

“Those who rest not their hope on their meeting with Us, but are pleased and satisfied with the life of the present, and those who heed not Our Signs.” (Qur’an, 10:7)

“What is with you must vanish: what is with Allah will endure. And We will certainly bestow, on those who patiently persevere, their reward according to the best of their actions.” (Quran 16:96)

In fact the Prophet ﷺ has said: “You will never give up a thing for the sake of Allah (swt), but that Allah will replace it for you with something that is better for you than it.” (Ahmad)

But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not.” (Quran 2:216
)

"But if something is going to be returned in one form or another, why is it taken at all?
Subhan’Allah. It is in the process of losing that we are given."

"As a result of it being taken, we turn to Allah wholeheartedly. In that desperation and need, we ask, we beg, we pray. Through the loss, we reach a level of sincerity and humility and dependence on Him which we would otherwise not reach—had it not been taken from us. Through the loss, our hearts turn entirely to face Him."

Read full article HERE
how attached are we to dunya.
forgive us, ya Allah.

pre-marriage course 2 hari

Pre-marriage course. Just ended yesterday. Two-day course sahaja. Under Hasani Management.

Fee : RM80 only (and they kasi RM6 duit makan, so tolak tambah bahagi darab fee sebenarnya RM74 je la).

Time : Saturday 10 am - 6.30 pm. Sunday 10 am - 5.30 pm.

Dress code : Baju kurung + tudung for ladies. Kasut bertutup + baju berkolar for men.

Food are not provided but they kasi mineral water yang dalam cawan tu lepas lunchtime. Diorang kasi fail, dalam tu ada buku (tue haa frontpage buku tu kat bawah ni), kertas utk buat notes, sweets, brochures, voucher discount untuk tempahan kad kahwin, pen, timetable and borang penilaian.


and one good thing ambil kursus kahwin kat sini, kalau nak datang for 2nd time, FREE! (ke tempat lain pun macam tu jugak..?) so kalau nak mendirikan rumahtangga ataplantai segala lambat lagi, boleh datang lagi sekali, takyah bayar apa2 =)

I'm single, jadi kenapa nak buat pre-marriage course?
It was my dad punye suggestion mula-mula. He said certificate dia tak de expiry date jadi nanti nak guna bila2 pun boleh. Plus, i'm kinda free sekarang, duduk rumah jadi housegirl sahaja. Lagipun, apa salahnya, tambah ilmu - akidah, ibadah, pengurusan rumahtangga dan kewangan, tanggungjawab, komunikasi, kesihatan, pembubaran perkahwinan, khidmat rundingcara.

Tak segan ke?
erkkk~ tentulah. sebab rasanya I'm the only single person in the room =D dah lah memang bukan bakal pengantin pun. haha. thanks to Cila yang sudi join sekaki.

Tak 18sx ke ceramah dia?
Penceramah semua professionals. Takde melalut benda pelik2 ke apa. Of course ada part yang membincangkan hal yang agak sulit tapi it was done professionally. Besides, tak de ceramah yang boring, cuma satu je....mungkin sebab cara penyampaian.

Worth it ke pergi kursus kahwin tu since i'm single, bukannya nak kahwin bulan depan?
I must say ianya sangat berbaloi. It was an eye-opener. I think pre-marriage course should be made compulsory lepas form 5. Bukan untuk menggalakkan teen marriage tapi untuk kasi exposure tentang relationship, tentang marriage, ikhtilat, halal haram dan realitinya.

Bila kita nak kahwin, pertama sekali, bukan atas dasar paksaan (jarang la ada yang kena kahwin paksa sekarang kan). Kedua, kita tahu perkahwinan tu tentu akan ada cabaran. dan kita masih nak kahwin which means kita nak hadapinya. Sebelum kahwin syaitan beria-ria nak suruh kita buat gaya macam dah kahwin, bila dah kahwin tu, syaitan beria-ria nak 'masjid' yang kita bina tu musnah. Thirdly, kita cintakan insan tu, insan tu sangat istimewa dalam hidup kita, sanggup kumpul duit dan habiskan puluhan ribu (mungkin?) untuk menjadikan insan itu pasangan hidup kita. Tentulah tujuan perkahwinan bukan untuk bercerai di masa akan datang kan?

Sabda Rasulullah s.a.w., "Wahai orang-orang muda, sekiranya kamu mampu, berkahwinlah, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan sekiranya tidak mampu, berpuasalah, kerana puasa dapat menundukkan syahwat". Kata seorang ustaz tu, cuba fikir kenapa 'wahai orang-orang muda'? Sebabnya, orang-orang muda ni, well-you-know gelora jiwanya macam mana. Islam itu sangat mudah. Selari dengan fitrah manusia. Manusia je yang kadang-kadang buat Islam nampak susah sebab ilmu masih kurang. Honestly, me myself and I yang hidup 20 years sebagai seorang Muslim, masih banyak benda yang perlu dipelajari untuk jadi sebenar-benarnya Muslim dan Mukmin.

Dan sebenarnya pegang khinzir, berkubang sekali dengan dia dalam lumpur itu adalah lebih baik daripada menyentuh seorang perempuan ajnabi yang masih belum halal bagi seorang lelaki. Kenapa? khinzir itu sekadar najis, tak haram pegang, lepas pegang boleh samak. Tapi kalau pegang anak dara orang, perkara tu haram, samak pun dosa tak hilang, kecuali dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.. Extract dari ceramah pagi semalam.

Selain itu, perkahwinan itu bukan semata-mata tanggungjawab walaupun memang benar isteri dan anak itu amanah Allah dan semua ahli keluarga ada tanggungjawab masing-masing. Dan perkahwinan itu bukan semata-mata untuk seks walaupun ianya adalah perkara yang penting dalam perkahwinan. It is more than that. Banyak lagi perkara yang penting dalam sesebuah perkahwinan. Contohnya, empathy. 'Sharing is Caring', ayat common kan, tapi maknanya dalam, kalau betul2 hayati dan apply dalam hubungan insya-Allah baik-baik aja.

Dalam ceramah last, ustaz tu hurai tentang ayat 21 dari surah Ar-Rum,
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. "

Ustaz tu emphasised kat part 'dari jenis kamu sendiri'. Manusia right? Jadi pandanglah pasangan tu sebagai seorang manusia, bukan lembu kambing kucing ka burung kakaktua ka apa. Pandang dia sebagai seorang manusia. Nampak ayat macam remeh je kan. Memang lah obviously dia manusia, kalau dia kerbau, takkan lah nak kahwin dengan dia. Tapi ayat tu ada deep meaning. Bila kita pandang seseorang sebagai manusia, kita kenalah tahu apa ada pada manusia - akal, emosi/perasaan/nafsu, fizikal dan roh. Akal makanannya ilmu. Fizikal makanannya makanan. Roh makanannya ibadah. Emosi saya tak ingat. So, bila kita pandangan pasangan kita sebagai seseorang yang ada akal, perasaan, jasad dan roh, insya-Allah boleh communicate dengan baik.

Actually banyak lah lagi explanation tapi nanti entry ni jadi berjela-berjela.

Kisah-kisah pengalaman penceramah?
Banyak cerita-cerita dari penceramah tentang perceraian. Bercinta 8 tahun, kahwin 1 tahun, cerai. Cerai isteri talak tiga sebab sinki dapur tersumbat. Cerai sebab rebut tin biskut. Ter-cerai isteri talak tiga sebab isteri kecil hati kerana salah sendiri. Macam-macam cerita, ada yang kelakar tapi itulah hakikat, bila kita marah ni, syaitan lagi mengapi-apikan kita, lepas tu end up buat keputusan yang tak rasional. .Ada jugak kisah berkaitan dengan promiscuity dari doktor jemputan dan banyak lagi.

At the end of the day, we're just human, banyak benda yang subjektif dan easier said than done, theoretically dan dari third-person point of view memang banyak benda akan nampak simple. Dan kita tak perfect, kita akan buat salah dan belajar dari kesilapan. That's normal. The most important thing is kena berusaha untuk keep ourselves on the right track, jangan pernah lupa Dia.


Friday, May 27, 2011

brokenhearted eh?


Sayang, if ever, your fragile heart is broken into pieces, don't worry. It's better to leave it broken than trying to hurt yourself putting it back together. Allah will mend your broken heart, as long as you give Him every pieces of the shattered heart.
-Amiza Malik-

حسبنالله ونعم الوكيل، نعم المولى ونعم النصير
Allah alone is sufficient for us and He is the best disposer of affairs (3:173), the best protector and the best helper (8:40).

Thursday, May 26, 2011

checklist


1. Ilmu ---> mengenal Allah, mengenal Nabi-Nya dan mengenal agama Islam berdasarkan dalil-dalilnya.

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (2:269)

Rasulullah s.a.w. bersabda,

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ

“Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan seluruh kebaikan, maka Allah akan memahamkan dia tentang agama.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2. Amal ---> mempraktikkan ilmu

Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah (pepatah Arab)

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat; Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang. (82:10-14)

3. Dakwah ---> mengajak orang lain kepada ilmu ini

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (103:1-3)

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (16:125)

Sabda Rasulullah s.a.w,

"Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat."

"Sebaik-baik dikalangan kamu ialah yang memperdalami ilmu al-Quran dan menyebarkan ilmunya" (Riwayat Imam Bukhari)

4. Sabar ---> Tabah dan teguh dalam menghadapi segala cabaran dalam menuntut ilmu, mengamalkan dan berdakwah kepadanya.

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (2:153)

“Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata: “Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku”; sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga, kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.”(11: 9-11)

Sabda Rasulullah s.a.w,
Tidaklah menimpa seseorang yang beriman itu mengalami rasa sakit yang berpanjangan, kepayahan, penyakit dan juga kesedihan, bahkan sehinggakan kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2573)


ps- menulis sambil merujuk buku Tiga Landasan Utama oleh Syaikh Muhammad At-Tamimi
ada kah pada diri keempat-empat perkara tersebut?
sama-samalah bermuhasabah dan menambah

Wednesday, May 25, 2011

minoriti


Ustaz i-dont-remember-his-name dalam Tanyalah Ustaz pagi ini di tv9 menceritakan pengalamannya ke Singapura baru-baru ini menghadiri forum. Beliau kagum melihat bagaimana umat Islam disana mengimarahkan masjid...ada sahaja aktiviti yang dijalankan. Ada nursery/kindergarten di dalam masjid dan selepas para ibu menghantar anak-anak ke situ, mereka kemudiannya menghadiri kelas agama untuk muslimat yang dijalankan juga di dalam masjid. Jangka masa kelas tersebut sama dengan kelas anak-anak, oleh itu, selepas kelas, ibu-ibu boleh terus ambil anak-anak dan pulang bersama. Dan masjid itu tidak pernah sunyi, ada sahaja aktiviti yang dijalankan, buat para muslimin, muslimat, remaja, fakir miskin...Subhanallah.

Ustaz tersebut menyatakan kekagumannya terhadap pengimarahan masjid di sana pada sahabatnya. Jawab sahabatnya, "Biasalah....tempat minoriti".

Dari novel Versus karya Hlovate,

"Kalau nak diikutkan memang aku tau je benda-benda tu tak boleh buat. Belajar je pasal benda-benda tu waktu Pendidikan Islam zaman sekolah dulu. Tapi sebab benda-benda yang aku sebut tu macam dah jadi norm kat Malaysia. Tak rasa salah sebab hampir semua orang buat. Buka jadi isu kalau tak ikut hukum pun. Kalau lifestyle aku dulu, memang tak payah nak cakap apa la. Padahal semua orang thau je pasal syurga, pasal neraka. Nak ikutkan semua pernah je belajar kalau tinggal solat tu masuk neraka, kena seksa. Tapi pelik kenapa memang selama ini tak pernah rasa apa-apa. Tak ada rasa takut ke...bersalah ke..."

"Sebab abang rasa kalau nak besarkan anak kat Malaysia lagi susah sebenarnya. Banyak sangat grey area."

"Susah sebenarnya nanti kalau anak tanya, 'babah, kenapa makcik tu tak pakai tudung ye? Dia pun Islam kan' atau...."

"Memang la kat sini majoriti bukan Islam. Tapi kalau kat sini rasanya lagi senang untuk membezakan. Hitam dengan putih je. Hak dengan batil tu jelas. Islam dengan bukan Islam tu jelas. Yang majoriti buat benda bukan-bukan tu orang bukan Muslim, senang nak explain. Yang drink, yang tak tutup aurat...."

Pernah sekali terpandang satu conversation di Wall seorang sahabat di FB,

Girl : hidup dgn dikelilingi org2 islam yg minor dan mengamalkan perintah kdg2 lg best je bunyi drpd duduk dikelilingi org islam yg major tp langsung xamalkan perintah... kan sis? =)

Sahabat : agreed! kat sini terasa islam tu lebih praktikal. sungguh.



Kalau penghayatan Islam adalah GOOD dalam komuniti dimana umat Islam adalah minoriti, why can't it be BETTER kalau umat Islam adalah majoriti?

Monday, May 23, 2011

signpost


I'd say life is like walking without being able to make a u-turn
but you get to look around and see where you are
and you get to look back and see how you got there.

there would be a lot of signposts along the way
you'll know which path is the right one
if you really want to see
blinded by some things you meet/carry along the way?
that's not impossible

in the journey of life
everyone has the same destination
but the maps, the routes might differ
just like how we want to make it easier for us and others to reach our destinations on Earth by creating GPS, making highways etc
in this case, we should do the same
through Mau'izah Hasanah..Tazkirah etc
so that all of us could reach Jannah together :)



in our prayer, in every rakaat, in al-Fatihah, we actually say:

"It is You we worship and You we ask for help.
Guide us to the straight path - The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray." (1:5-7)

and we ask for Allah's guidance again when we sit in between the two sujuds.
actually, we've been asking for 'signposts' from Allah to show us the right path so many times a day, everyday. not everyone knows Arabic, i know very little, but...perhaps if we know what we're asking for, at least, it'd be easier for us to receive when whatever that is we've asked is delivered.


several hours experience menjahit di Epal for FREE

Thanks to Kak Sue for the coupon! w/o the coupon, i think tak kesampaian kowt nak menjahit di Epal. The fee is quite expensive (well at least for me I think it is). And to register for a 12-month course, one must buy a sewing machine! Habis course to, you can transform from ZERO to HERO dalam arena jahitan. Cewah. So the coupon enabled me to belajar buat Oshin Bag for FREE, materials are provided.

We reached Epal around 10 something. First of all masa sampai tu, one trainer akan handle one group. The trainer showed us handicrafts that they would teach us to make if we enrol for the 12-month course. They are just so beautiful! Especially the bags and the patchwork quilts! She then showed us the sewing machine that we would have to buy in order to be able to register. She also demonstrated how to do this and that using the sewing machine. Macam senang giler tengok she buat, tup tap tup tap siap ^_^

Dalam pukul berapa entah I dont remember, baru we start belajar buat Oshin bag.

Barang yang diberi : Tali & 2 helai kain


That's Shila, my friend. Kak Sue got 3 coupons, she ajak her sister to join and the two left, she kasi me and let me bawak a friend. =D The trainer would install the benang everything and what we had to do was just tekan the pedal of the sewing machine. Senang giler kan~
Itu pun dekat nak pukul 3 baru siap =.=""" And all 4 of us, me, kak sue, kak zana, shila, semua muka tak sabar nak baham lunch dah time tu.


So this is the Oshin bag I made =) Okay laaa~ Nak kata cun sangat pun tak lah. Ada jugak alignment lari sikit =.=" takpe2, alignment lari = seni. Actually there's a lot that can still be done to enhance the look of this bag. Boleh tambah manik2 or butang kalau rajin. Well, KALAU rajin =D

Sometimes I think sewing is just not my thing. But still I would love to be able to sew baju kurung for myself. And maybe baju melayu too....? for my other half if I found him one day. yeah of course, for our kids as well =D Oh man...where am i, dah berangan sampai ke awan. Gotta come back to the ground now. Bye-bye! ;)

Sunday, May 22, 2011

tenang


tenang itu tidaklah dapat dibeli dari pasar malam seberang jalan
tidak juga dari sebuah pasaraya yang hebat ternama
tidak dari jutaan wang yang dikumpul lama

tapi dari Dia

yang menjaga kita setiap masa
yang menghapus dosa tika kita sakit
yang mengabul doa tika kita meminta
yang memberi petunjuk tika kita tersesat jalan
yang memberi ketenangan dan harapan dalam sujud kita padaNya

dari Dia yang tak pernah tinggalkan kita

cuma kita yang adakalanya lupa
dan perlu saling mengingati

cuma kita yang adakalanya berpaling
kerana Dia tak kelihatan
namun itulah yang dapat membezakan...
insan-insan yang benar-benar yakin


Ketahuilah dengan mengingati Dia (zikrullah), tenang tenteramlah hati (13:28)


Hati orang yang mencari al-Haq, yang berani mengharungi semua rintangan dan menentang segala sesuatu yang muncul kemudiannya. Apabila pada suatu perjalanan dia merasa takut akan kerosakan, maka tampillah keimanannya, lantas keimanan itu menimbulkan keberanian di dalam sirinya dan api kekhuatiran serta ketakutan akan padam dengan sendirinya. Sebagai gantinya, akan datanglah cahya yang terang benderang, cahaya ketenteraman dan kebahagiaan yang lahir daripada hasil taqarrubnya kepada Allah.
-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-

Saturday, May 21, 2011

smallville season 10

another 5 more episodes to go...
not a big fan Smallville though.
watched only 2 seasons from the series then skipppppp to the final one, this one, season 10.
mungkin it will sound skema but seriously there's a lot of values that you can learn from the story. ok, dah macam buat analisis sastera novel form 5 pulak. haha. anyway, im not good at explaining them but here's one memorable quote from Kara, the Supergirl:

"Failure is something we all have to live with but it's how you overcome it that defines you"

and there's this one part of the conversation between Lois & Clark about Lois's late mom that I somehow can relate to...

Lois: What kind of kid refuses to visit her sick mom?
Clark: A really scared one.

sometimes we just got so scared knowing we're gonna lose someone so dear to us..knowing they're gonna leave us someday in the near future, only God knows when. sometimes we got so scared that we somehow pushed the person away... whether we realize it or not. then one day we wake up in the morning and suddenly feel like "I wish I've used all the time left to create as much beautiful memories as I could with you before you breathe your last breath. To be there...in the last moments..".

people always..yeah.. always say we never knew what we had until it's gone. truth is, yes, we'll never know even after we heard what people say about it. but it's good to have some idea about it and try to appreciate those around you while you still can. am workin' on that too. easier said than done.

Friday, May 20, 2011

8:63

i-City, Ramadhan, 2010

And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise.

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

ukhuwah fillah abadan abada :)

Thursday, May 19, 2011

arthropod

Saw a centipede in my bathroom yesterday morning.
Splashed it with Kiwi Clean Bathroom Cleaner which contains NaOCL.






kalau centipede datang teman di alam barzakh...?
kalau dia angkut geng ?
defense system dah cukup hebat?

Wednesday, May 18, 2011

bukan berpisah


aku tak pernah benci,
kita yang tak pernah benar-benar bercinta

aku tak pernah pergi,
kita yang tak pernah bersama

tersesat jalan. mungkin.
bukalah mata. tundukkanlah pandangan.

lakarlah jalan cerita kamu seperti mahunya kamu
dan aku lakar jalan cerita aku seperti mahunya aku
kita sudah brainstorm, tak serupa pun

apa-apa ketentuan Dia nanti,
itu pasti the best.

sejauh mana?


Dalam kuliah Maghrib tempoh hari...
soal ustaz itu akan suatu soalan
dalam semudah-mudah ayat
dan soalan itu umpama satu simbahan air sejuk pada muka dalam hening pagi yang membukakan mata

"Sejauh mana kita menterjemahkan 'Allahuakbar' dalam kehidupan kita?"

i guess this question is not meant to be answered
but meant to be asked by ourselves to ourselves
over...and over again

Monday, May 16, 2011

kontra


Hitam dan Putih

Gila dan Waras

Sihat dan Sakit

Hidup dan Mati

Dunia dan Akhirat

Kontra.
Tak bisa bersatu

Al-Khaliq dan Makhluk

Pencipta dan Yang Dicipta

Yang Baqa dan Yang Fana

Yang berkuasa atas segala sesuatu dan Yang pada hakikatnya tidak mempunyai apa.

Kontra.

"Selama hati dan jiwamu menyatu dengan manusia, bagaimana engkau akan mampu menyatu dengan Penciptanya?"
(Syeikh Abdul Qadir al-Jailani)

Saturday, May 14, 2011

Tiramisu

Thanks to Shamiza Amira for the recipe. =)

Ingredients :

250g Cream Cheese
200g Whip cream
5 tsp sugar
Kopi-O
Biskut Marie
Serbuk Milo for topping

Put it in glass sebab takut dia terlalu lembut and jadi buruk kalau nanti cedok keluar dari bekas. However, it's not that soft. Just nice. Macam ice-cream pun ada. =D

in a scale of 1 to 10, aku rasa aesthetic value dishes/dessert aku masak memang below 5. =.="


Yummy! Like seriously ^^ *puji masakan sendiri pulak*

Yang kat bawah ni, Potato Croquette. Atau senang citer guna BM, bergedil daging campur ubi. Not much of a success though.


Talking bout daging lembu. Teringat kisah murtabak masa kat INTEC dulu. Saya kirim kat Deanna, my housemate murtabak chicken. Sekali bro murtabak tu buat tershashul pulak kasi murtabak daging. At first, cam tak pe lah, daging pun. Sekali bukak, mak aiii, there was this 'bau lembu', tak taw macam mana nak describe =.=" Makan tutup hidung pun tak tak bley handle. It made me feel nauseous. Lepas tu terus ban daging lembu dari makanan seharian. Kecuali err.....the one yang dalam Double Cheeseburger =D Nak buat camne, favourite!

Tuesday, May 10, 2011

my first Tomyam


For the first time.....
aku buat tomyam sendiri tanpa guna perencah ^^
aku buat guna perencah pun berapa kali lah sangat =.="

kali ni guna semua bahan-bahan asli *dengan muka bangga*
tapi err.. asam jawa je yang siap sedia segera punya =D

Alhamdulillah, sedap jugak =)
Boleh bukak kedai tomyam dah ni. haha

Bahan-bahan

2 mangkuk air
udang
button mushrooms
4 btg serai
2 biji tomato
4 biji cili padi
garam gula pepper secukup rasa
bawang putih 5 ulas (diketuk)
bawang besar seketul (potong 4)
1 tsp asam jawa
daun limau purut
2 biji limau nipis (last skali perah masuk)

Esok nak cuba buat Potato Croquette pulak lah. Tak esok pun lusa =D
Dapat ilham dari Izzat sebab sedap tengok pic Potato Croq. dia buat today *telan air liur*

Monday, May 9, 2011

Pasir


Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(91:8-10)

Saat mata melewati tafsir tiga ayat suci itu, terasa diri ini seperti ditampar hebat oleh hakikat kejahilan pada masa yang lalu. Sudah terang lagi bersuluh kebenaran, namun masih tersasar dari jalan menuju redhaNya. Masih. T.T

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurga Mu
Tetapi tidak pula aku sanggup menanggung seksa neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Sunday, May 8, 2011

saya nak jadi superhero macam Mama

So.. I would like to start with al-Fatihah for Mama.

Ini masa di Penn State melawat kakak.

Majlis Konvo my brother. UM.

Yang ni kalau I can recall bila memang miracle lah =P

My Mama was a housewife. Well when I was born she's already a housewife. And that's why i want to be a housewife too. She's like a Wonder Woman. I bet Wonder Woman pun tak macam Mama. Mama did everything. =D This morning, in one article I read from the newspaper, a working mother said something like "Stay-at-home mums are superheroes!" (yang without maid saja). So, my Mama was a superhero! ^^
Oleh itu, saya pun nak jadi superhero macam Mama!

Mama was a very good wife. Every morning, she'd accompany father to the car when he's going to work. Not with some old Langkawi t-shirt with kain batik, chopsticks in hair and not yet showered taw. She'd usually be clean and fresh and smelling nice and in baju kurung (she likes to wear baju kurung). Something like....the third picture =) Yeah.. something like that.

In the evening, when father came home from work. She'd welcome him. Not with serabai hair or oily face with t-shirt wet with sweat after all the cleaning, cooking, housekeeping etc taw. She'd look much like in the morning. Showered, smelling nice and in a nice baju kurung or blouse. Memang A lah! Besides, food will be ready on the dining table. She'd usually prepare some traditional kuihs (father's favourite usually) like cucur udang, cucur keria, onde-onde, kuih sagu, masalodeh, goreng pisang, buah sukun goreng etc. Ada je gerai depan umah jual kuih tapi she akan buat sendiri. As for the drink, she'd make coffee for father. She would go bancuh the coffee when father is ready to eat, makanya kopi itu akan masih panas dan fresh. ^^ Oh ye, her cooking sangat sedap, i love her chocolate cake. Kata kakak, mak ada satu perencah istimewa - perencah kasih sayang. =)

If i were to write everything about Mama, this entry would be super duper long. I'm her biggest fan yaww~

So long story short.. when I was 9, one night I dreamt that she's gone. In the dream, I was actually sitting in the bathroom, crying and my mother's friend also our neighbour which used to babysit me, was trying to console me. Although Mama was nowhere to be seen in the dream, didn't see any funeral either but the feeling of losing her was so intense. In my dream, I was crying so bad. then I suddenly woke up...with tears running down my cheek, dengan teresak-esak, my pillow was wet with tears, so was my baju. I then directly ran to mama, woke her up and told her my dream. She was like "Don't worry honey...People say, if you dreamt that someone is dead, it means the person will become healthier".

Well I guess that interpretation of my dream was wrong.

Few days before 'the day', I dreamt about Mama. Both of us were in the house when a woman rang our doorbell. The woman looked exactly like her. She's like another her. Mama was in telekung and so did the woman. In that dream, I didn't know why, I got so scared upon seeing the woman. Mama wanted to open the gate and I was trying so hard to refrain her from letting the woman in, from meeting the woman. I was pulling Mama's hand, wanting her to stay. But Mama, she calmly told me something like it's okay, let the woman in, let me go see her and then Mama opened the gate. The woman walked in. My heart was beating fast, I was so nervous, so scared, not knowing why. Then i woke up from sleep.

Didn't know it was a sign.

Dulu-dulu masa kecik, bila Mother's day, I would make a card for mama, buat besar2 lawa2, bagi mama suka, kira habis hebat lah tu masa tu. Sekarang tak boleh buat kad dah, mama pun tahu, sebab tu dulu2 mama dah bagitau siap2, hadiah apa boleh bagi sekarang dan setiap hari akan datang.

Sabda Rasulullah s.a.w. , “Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.” (Riwayat Muslim)

Terima kasih, mama.


Tenggiri Fish Cutlets

FISH CUTLETS

courtesy of Naveen Talalla.
taken from The Star.

3 medium-sized tenggiri cuts
1 medium sized potato
1 large onion (finely chopped)
1 small bunch of fresh coriander leaves (daun ketumbar)/spring onions (chopped jugak)
4 stalks chives (kucai), cut into 1cm lengthwise
2 tbsp finely chopped carrots
1 egg yolk
1 tsp chilli powder
1/2 tsp turmeric powder
1 tsp fish curry powder
salt +pepper
1 egg yolk (lightly beaten)
1 egg white to bind cutlets
bread crumbs for coating
oil for frying

1. Boil the fish until cooked --> place in strainer (make sure water is completely drained from the fish) ---> remove bones & place in a bowl

2. Boil potato until soft ---> remove ---> leave to cool ---> remove skin ---> mash

3. Combine fish +potato ---> mash! ---> add chilli powder, turmeric powder, fish curry powder, salt, pepper ---> mix well

4. Add in onion, chives, carrots + coriander leaves

5. Add in egg yolk ---> mix well

6. Shape the mixture into a medium oval shape or as desired

7. Dip cutlet in egg white ---> coat with bread crumbs ---> fry in HOT oil until golden brown

This makes 10 - 12 cutlets =)

Saturday, May 7, 2011

Alhamdulillah


disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

walau semana kaya atau besar tetap Allahu Akbar

too phat - alhamdulillah

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(16:18)

namun sejauh mana telah kita mensyukuri pemberian Allah T.T
berapa kali kalimah "Alhamdulillah" lahir dari bibir dalam sehari
dan dalam perjalanan di atas dunia yang fana ini
sudah cukupkah bekalan persediaan buat menghadapi 'hari itu'

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (18:103-105)

Nauzubillah min zalik.

Alangkah untungnya kita yang masih diberi nikmat hidup pada ketika ini. Alangkah sayangnya Allah pada kita. Belum ditarik nyawa ini. Masih diberi peluang untuk mengucapkan kalimah 'Astaghfirullah'. Masih diberi kudrat untuk berjaga di malam hari memohon keampunan dari Dia, Ar-Rahman, Ar-Rahim.

Adapun bila disebut tentang perubahan menjadi muslim/muslimah yang lebih baik, mungkin ada yang memberi alasan belum sampai seru/hidayah lagi. Benarkah begitu?

Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan. (16:37)

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (13:11)

Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus). (3:101)

Aku tertarik dengan kata-kata seorang ustaz di penghujung rancangan Halaqah Sentuhan Kalbu - Namaku Remaja. Katanya lebih kurang begini, ada antara kita yang berkata "Aku telah membuat ini, aku telah melakukan itu, aku ingin berubah, namun aku tak mampu". Jika dilihat kembali pada sejarah...masyarakat Arab Jahiliyah yang kehidupan mereka tenggelam dalam kemaksiatan. Apa yang mereka tak lakukan? Mereka minum arak, berzina, membunuh bayi dan sebagainya. Namun mereka yang begitu jahil juga mampu memperbaiki diri, mampu berubah setelah menerima ajaran Rasulullah.

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa. (16:30)

Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang bertakwa. Insya-Allah.

Syukran jazilan kathiran ingin aku ucapkan pada kakak, ayah dan umi yang sedikit sebanyak memberi sokongan dan dorongan serta tunjuk ajar. Tidak ketinggalan akhawati fil Islam yang sentiasa disisi, memberi ransangan, ilmu dan teguran.
Ukhuwah fillah abadan abada. =)

Friday, May 6, 2011

ubat penenang


Free.
Ada positive side effect.
Tak perlu prescription doc/pharmacist.
Anytime anywhere pun boleh dapat, asalkan mau.


Dalam jantung hati...

ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan menghadap Allah,

padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah

padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan gembira mengenali Allah dan ketulusan berhubung dengan-Nya

padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya

padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemu dengan-Nya

padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya.

Kata-kata Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam Madarij al-Salikin


Kata Ibn al-Qayyim dalam Tibb al-Qulub, sebab yang membawa seseorang kepada sakinah ialah perasaan perdampingan (muraqabah) dengan Allah seakan dia melihat Allah. Apabila perasaan itu bertambah, maka bertambahlah rasa cinta, tunduk, khusyuk, takut dan harap kepadaNya.

Dari artikel Di Manakah Hendak Dicari Ketenangan Hakiki? nukilan Dr. Mohd Asri

Telahpun Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Ar-Ra'd ayat 28,
"Ketahuilah dengan zikrullah (mengingati Allah), tenang tenteramlah hati manusia".


Thursday, May 5, 2011

doa cinta


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu (kesudian) mencintaiMu & mencintai orang yang mencintaiMu serta mencintai amalan yang bisa mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Allah, jadikanlah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa yang aku cintai sebagai kekuatan bagiku dalam menjalani apa yang Engkau cintai. sedangkan apa yang Engkau jauhkan aku dari apa yang aku cintai, jadikanlah ia sebagai ruang kosong bagiku dalam hal yang Engkau cintai."

(Doa Nabi - Sebahagian hadis ini disebutkan dalam Al-Tirmidzi & Imam Ahmad.)

Kekuatan seorang muslim adalah doa. Moga tiap jalan yang dipilih ini adalah jalan yang diilhamkan oleh Dia. Moga Dia pandu hati kita ke jalanNya.


amin. syukran jazilan to Miza for sharing this with me. i guess it's just what i need

Tuesday, May 3, 2011

Saturday Sunday Monday

Lama giler tak update. Dalam tak keje dan tak study pun boleh jadi busy. Haha
-------------------------------------------------------------------------
THURSDAY NIGHT

Last class for KKB Mandarin at UiTM! Presented the drama dengan Yusdi & Diba. nasib baik laoshi tak amik kira mimik muka masa buat lakonan dalam kelas, cuma pronunciation sahaja. ingatkan hantar video, boleh settle dah.. kena buat lakon semula pulak =P serious muka tiga2 pun duk tahan gelak sambil baca skrip. haha baca skrip! skrip pulak ada satu saja, main passing2 gitu. =D lepas class, went for a drink dengan classmates. Thanks to Mursyid laoshi for belanja-ing us =) I'm starting to miss going to class now...

SATURDAY

Farewell outing dengan classmates KKB Mandarin + Lim Laoshi. =D So that's what I wore ----->

Lunch at Kenny Rogers. Yummy! That was laoshi's choice. Play bowling at Kulim. 2 games. Went for a drink at Kapitan Kopitiam before going back. Thanks to Xidi xiaojie, for driving me to Kulim (dan bersesat bersama..hehe), for the tips on how to play bowling (my points doubled in the 2nd round ^_^) and for buying me a drink as well. Xidi xiaojie, xiexie ni! Xiexie to Aunty Maznah as the organizer and basically xiexie to all for helping out (financially & physically) to make things happen. It was such a wonderful day~ Gonna miss all of you =(

SUNDAY

Umi bought me a brown jubah =) Went to Umi's kampung today. Her niece's engagement day. Bila pulak mine? (mengada =P)

MONDAY

cila kunk chipmunk loren ken

5st reunion! But err.. lebih accurate --> small gathering. 8 orang saja meh. Pergi jungle trekking + hiking kat Taman Negara Pulau Pinang. Our destination was Pantai Kerachut, 1 hour 30 mins from the starting point. Yang bestnye, tak stretching jadi during the first 30 minutes memang horror giler - rapid breathing + semput + lenguh kaki dan kena berhenti frequently. =D tapi dah lama2 tu ok laa.. Kitorang amik jalan hutan, adventure seyhhh...dan FREE ^_^. Pantai Kerachut sangat beautiful + clean. Bila sampai tu rasa macam taknak balik. Haha Tak nak balik ar dah kalau balik kena redah hutan tu sekali lagi. Huahuahua. =.=" Lepas rest kejap, minum2, sembang2, gossip2, buat lawak, tangkap gambar, baru start perjalanan keluar. Pictures mostly ada kat FB.

Lunch at tempat makan depan Tropical Spice Garden. Lapar giler~ I had 2 glasses of Air Kelapa, Nasi goreng Thai (which didnt look/taste like Nasi Goreng Thai at all, rasa macam nasi goreng biasa actually) and Laksa (sedap jugakk ^^). Total RM10. Kenyang sudaa~ oh ye, kat sini, i saw anak mak cik kedai makan tu, kecik lagi, tadika or darjah 1-3 mungkin, tolong kutip buah2 kelapa yang dah kosong, letak dalam plastik. dengan muka innocent pulak tu. comelnye... sejuk hati mak dia ada anak rajin gitu.

kite bako..kite bako

Next ---> BBQ at Ken's condo. BBQ di balcony. ^^
Campur tolak bahagi darab, ongkos minyak + tol + minuman + bahan2 BBQ = RM20. Campur my lunch jadi RM30. Tak sampai 50 pun tapi cukup seronok lah =D

Dan sampai hari ni masih sakit kaki lagi =.="