tenang itu tidaklah dapat dibeli dari pasar malam seberang jalan
tidak juga dari sebuah pasaraya yang hebat ternama
tidak dari jutaan wang yang dikumpul lama
tapi dari Dia
yang menjaga kita setiap masa
yang menghapus dosa tika kita sakit
yang mengabul doa tika kita meminta
yang memberi petunjuk tika kita tersesat jalan
yang memberi ketenangan dan harapan dalam sujud kita padaNya
dari Dia yang tak pernah tinggalkan kita
cuma kita yang adakalanya lupa
dan perlu saling mengingati
cuma kita yang adakalanya berpaling
kerana Dia tak kelihatan
namun itulah yang dapat membezakan...
insan-insan yang benar-benar yakin
Ketahuilah dengan mengingati Dia (zikrullah), tenang tenteramlah hati (13:28)
Hati orang yang mencari al-Haq, yang berani mengharungi semua rintangan dan menentang segala sesuatu yang muncul kemudiannya. Apabila pada suatu perjalanan dia merasa takut akan kerosakan, maka tampillah keimanannya, lantas keimanan itu menimbulkan keberanian di dalam sirinya dan api kekhuatiran serta ketakutan akan padam dengan sendirinya. Sebagai gantinya, akan datanglah cahya yang terang benderang, cahaya ketenteraman dan kebahagiaan yang lahir daripada hasil taqarrubnya kepada Allah.
-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-
No comments:
Post a Comment