Ustaz i-dont-remember-his-name dalam Tanyalah Ustaz pagi ini di tv9 menceritakan pengalamannya ke Singapura baru-baru ini menghadiri forum. Beliau kagum melihat bagaimana umat Islam disana mengimarahkan masjid...ada sahaja aktiviti yang dijalankan. Ada nursery/kindergarten di dalam masjid dan selepas para ibu menghantar anak-anak ke situ, mereka kemudiannya menghadiri kelas agama untuk muslimat yang dijalankan juga di dalam masjid. Jangka masa kelas tersebut sama dengan kelas anak-anak, oleh itu, selepas kelas, ibu-ibu boleh terus ambil anak-anak dan pulang bersama. Dan masjid itu tidak pernah sunyi, ada sahaja aktiviti yang dijalankan, buat para muslimin, muslimat, remaja, fakir miskin...Subhanallah.
Ustaz tersebut menyatakan kekagumannya terhadap pengimarahan masjid di sana pada sahabatnya. Jawab sahabatnya, "Biasalah....tempat minoriti".
Dari novel Versus karya Hlovate,
"Kalau nak diikutkan memang aku tau je benda-benda tu tak boleh buat. Belajar je pasal benda-benda tu waktu Pendidikan Islam zaman sekolah dulu. Tapi sebab benda-benda yang aku sebut tu macam dah jadi norm kat Malaysia. Tak rasa salah sebab hampir semua orang buat. Buka jadi isu kalau tak ikut hukum pun. Kalau lifestyle aku dulu, memang tak payah nak cakap apa la. Padahal semua orang thau je pasal syurga, pasal neraka. Nak ikutkan semua pernah je belajar kalau tinggal solat tu masuk neraka, kena seksa. Tapi pelik kenapa memang selama ini tak pernah rasa apa-apa. Tak ada rasa takut ke...bersalah ke..."
"Sebab abang rasa kalau nak besarkan anak kat Malaysia lagi susah sebenarnya. Banyak sangat grey area."
"Susah sebenarnya nanti kalau anak tanya, 'babah, kenapa makcik tu tak pakai tudung ye? Dia pun Islam kan' atau...."
"Memang la kat sini majoriti bukan Islam. Tapi kalau kat sini rasanya lagi senang untuk membezakan. Hitam dengan putih je. Hak dengan batil tu jelas. Islam dengan bukan Islam tu jelas. Yang majoriti buat benda bukan-bukan tu orang bukan Muslim, senang nak explain. Yang drink, yang tak tutup aurat...."
Pernah sekali terpandang satu conversation di Wall seorang sahabat di FB,
Girl : hidup dgn dikelilingi org2 islam yg minor dan mengamalkan perintah kdg2 lg best je bunyi drpd duduk dikelilingi org islam yg major tp langsung xamalkan perintah... kan sis? =)
Sahabat : agreed! kat sini terasa islam tu lebih praktikal. sungguh.
Kalau penghayatan Islam adalah GOOD dalam komuniti dimana umat Islam adalah minoriti, why can't it be BETTER kalau umat Islam adalah majoriti?
No comments:
Post a Comment