Wednesday, August 29, 2012

the two

cheap. thin. nice.
Suddenly reminded of those days when i was in an arabic school, one of my least favourite subject is Sirah. Perhaps I was not much into memorising dates =.=" Eating dates are fine :D

7 quotes from the book to share -

#1 Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir menikmatinya. -Umar al-Khattab-

#2 Bagaimana mungkin seorang pemimpin akan dapat berjuang kalau dia sendiri tidak merasakan apa yang dirasakan rakyatnya.

#3 Untuk menyeru orang yang sangat derhaka seperti Firaun sahaja Allah menyuruh Musa dan Harun berkata lembut (Thaha:44), apalagi kepada orang awam.

#4 Ilmu itu harus didatangi, bukan mendatangi -Imam Malik-

#5 Carilah ilmu pengetahuan. Sebab mempelajarinya kerana takut kepada Allah merupakan ibadah, mempelajarinya bererti tasbih, membahasnya jihad, mengajarkannya sedekah dan mencurahkan kepada ahlinya merupakan pengorbanan. Ilmu adalah teman ketika bersendirian, dalil agama dan penolong dalam suka dan duka. Ia sahabat karib ketika sepi, teman paling baik dan paling dekat serta merupakan cahaya jalan menuju syurga. Dengannya Allah mengangkat martabat umat, lalu dijadikanNya mereka pemimpin dalam perkara kebaikan. -Muadz bin Jabal-

#6 Tidak ada yang mampu meredam segala bentuk perpecahan yang dilatari pelbagai kepentingan, selain cinta kepada Islam secara benar.

#7 Kita berhadapan bukan dengan orang-orang seperti kafir Quraisy yang tidak rela kekuasaannya direbut. Di kalangan kita menyusup keturunan Abdullah bin Ubay, si munafik yang merasa disaingi. Di depan kita berdiri orang-orang yahudi yang tidak pernah rela Islam tegak di muka bumi. Kini, sebahagian kita berada di 'medan Badar'. Watak seperti Utbah bin Rabiah tidak hanya akan memberikan tawaran yang menggiurkan. Dia akan datang bersama-sama saudaranya, Syaibah bin Rabiah dan puteranya Walid bin Utbah. Tugas kita adalah menyediakan seorang Ali bin Abi Talib untuk melawan Walid bin Utbah. Menyediakan Hamzah bin Abdul Mutalib untuk membunuh Syaibah bin Rabiah. Menyediakan Ubaidah bin harits untuk menerima tentangan Utbah bin Rabiah.

Kini, sebahagian kita berada di 'medan Uhud'. Di seberang sana, pasukan lawan sudah menunggu. Tugas kita adalah mengadakan strategi. Menyediakan pasukan pemanah untuk berjaga-jaga, bagaimanapun keadaan perang. Di antara kita harus ada Abu Dujanah yang sedia memenuhi hak pedang Rasulullah s.a.w. Perang benar-benar sudah di depan mata. Hanya menghitung hari sahaja.

Memang, jika tiba saatnya kemenangan pasti datang. Tapi bukan tugas kita untuk menunggu. Kekuasaan itu harus direbut. Kemenangan itu harus disambut.

By just reading the book makes me feel small.
Smaller than the seven dwarfs.
No, minute. =.="

-----------------------------------------------------------

of Aug 25

cilok from Wani's cover photo :D


supposed to be attending the first ever reunion for the 04-08 batch
but it happens to be something else came up on the very same date
both seemed to be unadjustable....

JZKK to Wani for dropping by this morning to hand me the souvenirs :) Wondering what you guys had for the reunion lunch...rezeki aku this lollipop! Alhamdulillah.

....so kakak told me to set my priorities
and I did...

from London, with.....plastic bag? :P
terima kasih daun saderi, tuan hamba sambung sendiri. hehe

and that has made all the difference.
(ok, cilok the very last line of that Robert Frosts' poem :P)


Monday, August 27, 2012

hakikat

satu petang antara petang-petang akhir ramadhan.

rasa aku,
hakikat yang timelessly manis
meski manisnya adakala lambat terasa
adalah hakikat bahawa segalanya ditentukan Tuhan
dan ketentuan siapa lagi yang lebih baik dariNya.

manusia cuma mampu decide untuk bertindak
yang memampukan tindakan, Tuhan



kelmarin dulu aku ketemu ayat ini -
"Atau apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya?
Tidak! Maka milik Allah-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia." 53:24-25
penemuan itu juga satu ketentuan. 
wajar buat aku. 
sungguh.

------------------------------------------------------------
of Eid!

#1
hari akhir tadarus :)
geng tadarus yang awesome!
manusia yang hilang dari gambar - aku & cila oh la la :D

#2
aku percaya manusia yang hantar kad raya ini sememangnya alangkah gembira. aku juga.
terima kasih daun keladi, tahun depan datang lagi :)

#3
ini anak saudara aku, 9 tahun.

Dalam seminggu beraya sahaja, kelihatan banyak sekali updates berbeza hampir setiap hari di sisi kanan bahagian atas dalam mukabuku - _________ got engaged/married to ___________.
Barakallahulakum! :)

#4
Ada member abang aku sorang dijemput Tuhan pada petang raya pertama kerana serangan angin ahmar ketika memandu. Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Sebelumnya, ketika Ramadhan, khabarnya member abang aku mengemaskini status di mukabuku dengan sesuatu seperti raya tahun ini akan buat open house dengan nada penulisan excited. Maka sungguh, open house.

Hidup ini terlalu singkat.
Masih, kita banyak bertangguh.

#5

Lontong, nasi himpit, serunding, sambal ikan bilis, koay teow tom yam, roti jala, kari ayam, ikan stim istimewa, laksa, soto, brownies, blueberry cheese tarts, puddings, jellies, agar-agar, rendang dan banyak lagi.

Jazakumullah khayran katheer.

#6
Selain daripada baby Saif, tahun ni aku alhamdulillah diberi peluang menyambut separa ramadhan dan aidilfitri dengan satu lagi makhluk baru dalam hidup. Makhluk yang sukacita aku gelarkan My Little Aswad Jameel (Black Beauty) :)

Setakat ini, makhluk ini ajar aku 2 perkara - sabar dan rajin. Sabar ketika perlu melepaskan clutch perlahan-lahan semasa di gear 1 dan sabar mengimbang clutch dan brek. Rajin untuk tukar gear.

Kadangkala aku terbunuh dia.

#7
Untuk aidilfitri tahun ini, aku buat 5 jenis kuih. Satu kuih merupakan kegagalan yang sudah dapat dijangka. Maka balang kuih tu, aku simpan diam-diam dalam dapur. Pagi tadi, alhamdulillah diberi kesempatan ziarah seorang teman meski terlajak jauh ke depan sikit dari simpang sampai orang kalut-kalut kena datang jemput dengan motor :P Adat ke rumah orang, bawa buah tangan. Maka kali ini tangan aku berbuahkan kuih raya 4 jenis buatan aku berserta kuih lain yang best-best yang aku jumpa di dapur. Petang tadi, aku dikhabarkan kuih-kuih dah hampir habis dimakan. Sedap, khabarnya. Alhamdulillah. All praise be to Ar-Razak.

Terubat sedikit lara di hati gara-gara puding 2 hari lepas kurang menjadi. Semangat pula mahu bikin kuih raya lagi tahun depan ^_^ itu pun, jika umur di-extend sampai ramadhan akan datang. Moga extension itu hanya jika membawa kebaikan, jika tiba masa dihentikan, biarlah dalam sebaik keadaan.





ramadhan sudah pergi,
syawal sudah dinikmati.
min al-aidin & al-faizin,

 semoga.

Friday, August 17, 2012

baca

Sampai kerut-kerut dahi Baby Saif tengok surat khabar =.=""

Read! In the name of your Lord who created (all that exists).
He has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
Read! And your Lord is the Most Generous.

Who has taught (the writing) by the pen.
He has taught man that which he knew not.
(Al-Alaq 96:1-5)


The babysitter would be free to babysit only after raya. So in the mean time, on days when both Papa Saif and Mama Saif are working, Saif would be here with dear father, stepmom and me :D Well, since this is rumah orang-orang tua, so we don't have babies punya toys. Ada lah some kids punya toys yang kakak abang left here so that kalau they all datang, the kids would have something to play. But still tak suitable yet for this little cute creature. Anyhow, we found out that he can be kept entertained/distracted by newspapers/flyers etc, basically - papers with writings and pictures. Hehe So very the comel!

Dear Saif, besar nanti rajin-rajin membaca ye. Macam Maksu. Eh ye ke? Haha

-----------------------------------------------------------------------

off-topic

#1 Masa di tingkatan 5, bila masuk bab poligami, ustazah tanya sekalian pelajar perempuan dalam kelas, seorang demi seorang - apa respon kamu kalau katakan suami kamu nanti mahu bernikah lagi? Telan air liur jugak nak jawab. Tapi aku sudah sedia dengan jawapan sejak perempuan pertama ditanya. Agaknya kalau dalam situasi sebenar....telan hati nak jawab? 0.o

Ke-sensetif-an isu poligami dalam kalangan wanita tak pernah pudar. Masakan tidak, berbaju yang sama (selain baju uniform/batch etc) pun kadangkala sudah seperti taboo dalam kalangan perempuan. Apatah lagi ber...err...suamikan orang yang sama kan? :D Sekalipun perempuan cuba bersikap optimis terhadap poligami, kata-kata yang biasa kita (mungkin cuma aku) dengar 'ujian', 'takdir', 'ada hikmah' dan yang sewaktu dengannya. Benarlah dari satu sisi. Tapi pagi tadi, aku jumpa comment ini, pada artikel ini, di sini :)

"Saya selalu rasa poligami ialah rahmat kpd perempuan.. tak kiralah apa org nak kata atau fikirkan, sekurang2nya orang perempuan masih berpeluang untuk bersama dgn org yg dicintainya..dan Allah halalkan..lain pula bagi lelaki.. sekali wanita yg dicintainya bernikah dengan lelaki lain, maka tertutuplah peluangnya selagi mana suami itu masih ada..." 

#2 Hari ini aku dengan jayanya buat pisang goreng tanpa supervision stepmom. Rupa tu adalah rupa pisang goreng cuma aku sendiri tak puas hati dengan texture dia.  Kalau dengan arwah mama dulu, tolong-tolong juga tapi tak pernah simpan elok-elok resepi dalam kepala. Kelakar mungkin kenyataan ini kerana hakikat aku seorang perempuan dan hari ini usia aku hampir 21. But heyy, it's an achievement too right :)

Nenek kata "goreng pisang anak dara". Sambil ketawa.

Kakak ada beri cadangan belajar sediakan gulai batang pisang. Kalau sekarang, suruh tebas batang pisang guna parang aku reti lah =.="

#3 "Perempuan memang suka lelaki tak baik, Qismah. Sebab diorang percaya diorang boleh ubah lelaki tu. Semakin orang luar cakap tak baik pasal laki tu, semakin berkobar-kobarlah perasaan perempuan tu untuk cuba buktikan dia boleh ubah lelaki tu. Inilah cara dia menilai sebuah cinta, kononnya. Tapi perempuan tak pernah sedar, the guy will only become worse (kurang ingat exactly ayat akhir ni, cuma dapat recall sipi-sipi english subtitle kat tv)"  -Takdir Qismah-

"...masa tu mulalah terbayang dosa-dosa silam.  ngeri wooo!"

memang.

#5 Tazkirah tarawih - Semasa lailatul qadar, beribu-ribu malaikat akan turun dari sidratul muntaha membawa rahmat ke rumah orang-orang beriman. Cuma 4 rumah sahaja malaikat-malaikat rahmat ini tak masuk - rumah yang ada anjing, khinzir, arak dan patung-patungan. Kata ustaz - Tapi kalau malaikat maut, jangan risau, dia tak kisah. Erk~


malam ni,
malam terakhir.

memori

aku sudah lupa bagaimana mahu lipat kau. maka, kau pesawat terakhir yang bawa muatan kenangan semalam. tapi sekalipun sampai rabak kau aku koyak, hilang kau aku buang, cerita kau masih maintain sempurna dalam ingatan.

kau tengok luar cukup sudah
kepala aku tak besar mana
kau rasa probabiliti aku terserempak dengan memori kau kecil?

tak, aku tak bermaksud kau besar kepala
sampai kau tak terserempak dengan memori aku
but well, who knows it could be true? :P kidding, ampun.

...........

aku manusia terakhir mama aku lahir
kalau ada sorang lagi lepas aku, aku mahu pesan pada dia -
hati-hati mencipta memori
kerana hari ini mungkin indahnya kalah pelangi, manisnya kalah madu
kau tak tahu kalau esok bila kau sedar pedihnya kalah asid, pahitnya kalah hempedu

aku belajar
memori itu bisa macam laut

macam-macam ada kat dalam
sampah, plastik, besi, ranting, dahan
minyak hitam tumpah kadang-kadang
tapi kau harus bijak cari ikan atau terumbu karang
lagi gempak, petroleum yang jauh kat dasar dalam
benda-benda yang berfaedah untuk sekarang dan masa depan
tapi pertama, kena belajar berenang
sudirman pernah nyanyi 'terkapar kapar ku kelemasan'
eh, tahu tahu pula beliau rasa aku...

biar terkapar, aku tak nak lemas



memori bukan untuk dihapus.
pahit pun? ya, pahit macam mana pun.
kalau cuba juga? kau ambil risiko jadi 'sejahtera'.

tiada takdir tanpa hikmah
tiada duka yang abadi :)



duka sesalan tika dihumban dalam an-nar,

aku tak jamin tak abadi. nauzubillah min zalik.


Friday, August 10, 2012

Titbits


Entah kenapa, the first thing that crossed my mind while I was placing the choc chips on the heart-shaped cookies-to-be was one of Rasulullah's hadis which is something like this - “Ketika seorang mukmin berbuat satu dosa, dosa itu menjadi titik noda hitam pada hatinya. jika ia menyesalinya (memohon keampunan), hilanglah noda itu. Jika ia tidak menyesali, maka noda itu akan membesar dan membesar sehingga menutupi seluruh hatinya.”
Ah, biar hati hancur lebur atau berkecai sepah, hitam usahlah T.T



dalam hidup
ada banyak benda kecil
untuk rasa, kunyah, telan
ada yang berkhasiat, ada junks
aku kira aku manusia yang adakala tak reti membeza
kadang tahu namun masih cintakan yang kedua. pathetic.

ah selera, aku mohon kau sudi kerjasama dengan iman.

-----------------------------------------------------------
off-topic

#1 Baru tahu beberapa hari lalu, huruf  'Ta' rupanya sentiasa tersenyum pada siapapun yang memandangnya. Meski orang itu tidak tahu namanya atau apa gunanya, mahupun mana asalnya :) Mesra rupanya huruf hijaiyah yang ketiga.

#2 "Kalau kamu tahu apa yang kamu lakukan itu betul dan niat hati kamu baik, takdir pasti akan tersenyum pada kamu." (Susan David, Telenovela Mara Clara lagi)

#3 
"Patutnya letak strawberry tapi I cari kat Billion tak jumpa."
"Sedap lah pavlova you walaupun you letak dragonball..."

*ketawa*

Dragon fruit she meant.

#4 "Ahmad rindu mak..."


Ahmad, aku juga.

#5 Tempoh hari, aku ketemu satu kad raya lama. Dari satu perempuan yang sudah dijemput Tuhan. Di akhir kalam, beliau titipkan peluk cium sebelum sebuah tandatangan. "Peluk cium dr mak", beliau nyatakan. Dan itu yang terakhir.

I should be more than thankful to Allah for at least there are beautiful memories to live with, shouldn't i :)


ah, bukan forte aku
buat cookies comel-comel
=.=""""

Thursday, August 9, 2012

bergerak

Kereta jiran, Jun 2012


"You have got to lose something badly to be paid handsomely."
"The art of moving on is don't try too hard to erase. Instead, write new story."  -Terfaktab-

"When syaitan reminds you of your PAST, you remind him of his FUTURE." -unknown-

"Ramai orang yang bertanya, kita boleh memaafkan tetapi bagaimana nak melupakan peristiwa pahit yang lalu. Kita takkan dapat lupakan kisah lama sebab kita orang yang pandai dan kuat ingatan. Tapi jika kita jaga solat 5 waktu, solat taubat tiap malam, istighfar 100x sehari, baca al-Quran, lakukan zikir harian, doakan orang itu dan maafkannya 40 hari berturut-turut, kita akan dapat rawat hati kita. Jika kita teringat kisah lama dan rasa marah, sedih atau stress, maka kita belum pulih. Tetapi bila kita teringat dan mampu tersenyum, maka kita telah pulih. Yang penting bukan melupakan tetapi merawat hati agar tak terkesan secara negatif bila teringat. Bila kita dah betulkan diri kita secara berpakej, insha-Allah perkara negatif takkan berulang lagi."
-Dr Fadzilah Kamsah-
-------------------------------------------------------

Hidup ini adakalanya seperti memandu kereta. Kadang kau lihat ada yang meluncur lebih laju dan kau cemburu meski kau sedia maklum slogan yang sering diwar-warkan - Biar lambat asal selamat. Kadang kau sudah nampak destinasi, tapi tidak ketemu jalan kesitu, terpusing-pusing mencari (Laksana aku nak pergi Komtar, belum lagi KLCC). Kadang kau nampak ada kecelakaan dan kau slow down untuk usha meski sebenarnya kau mungkin sedang meligan masa. Kadang kau nampak kecelakaan dan kau mampu membantu tapi entah kenapa kau biar saja.

Kadang kereta kau kotor, perlu cuci. Kadang buat perangai, perlu servis. Kadang minyak habis, perlu isi. Kadang kau rasa warna yang kau pilih dulu tak sesuai lagi, perlu cat kembali. Kadang kau rasa lebih mampu dan tambah turbo, kasi laju. Macam roh, no? Bezanya, kereta boleh kau tukar ganti, roh kau guna sampai mati. 

Kadang kau kena hon. Kadang ia salah sendiri sama ada yang kau tahu atau tak sedari, kadang kerana pemandu lain salah lepaskan emosi, kadang supaya kau berhati-hati, kadang ia cuma satu aksi friendly, kadang ia cuma usaha pemandu lain yang mahu kau perhati, kadang sahaja ada pihak yang mahu kau sakit hati. Semua sama memandu tapi respon lain-lain.

Kadang kau konvoi ramai-ramai tapi sampai satu tahap, masing-masing ada pilihan jalan sendiri. Sesekali berselisih lagi. Kadang kau hon tanda dia kau ingati. Kadang mereka yang hon dulu. Kadang sepi. Kadang perkara indah seperti konvoi ramai-ramai atau bertambah ramai lagi berlaku selepas beberapa masa nanti.

Kadang kau ketemu pemandu yang sepertinya punya sama destinasi. Kadang rasanya mahu memandu sebelah menyebelah sampai akhir nanti. Kadang realiti seindah yang kau impi. Kadang kau terpaksa memandu dalam hujan sendiri tapi tidak lain pada musibah itu, sesuatu untuk kau pelajari. Kadang kau dan teman sentiasa punya idea berbeza tentang jalan lalu memilih mengambil jalan masing-masing dengan aman. Kadang teman kau mahu terus pada jalan yang kalian berada tetapi kau mahu ke kiri kerana percaya jalan itu lebih baik. Kadang teman kau turut sekali sama meyakini. Kadang teman kurang yakin tapi kalian bahagia di kemudian hari. Kadang teman kau rasa kau penting diri meski kau fikir sehabis baik untuk pemanduan bersama lalu memilih untuk belum ikut sekali atau dalam erti kata lain pergi dengan jalan pilihan sendiri meski di awal pengembaraan bersama penuh manis dengan janji takkan pernah tinggal kau sendiri. Dan kadangkala jawapan 'belum mahu ikut sekali' dan 'mahu pergi' punya impak yang sama pada hati meskipun yang pertama dipilih kerana dipercayai punya kesan yang tidak terlalu menghancurkan pada hati. Ah, kan orang sudah kata, makhluk itu sentiasa punya potensi untuk mengecewakan kerana sudah fitrah yang kita dambakan itu Tuhan yang sekali pun takkan kita Dia kecewakan.

Kadang kau salah pilih jalan dan ada yang khabarkan. Kadang kau cepat-cepat ubah. Kadang kau tak endah. Kadang kau belajar cari jalan kembali setelah tersalah. 

Kadang kau terpaksa tempuh badai ribut. Kadang jalan kau teduh, kadang terpaksa sabar dalam bahang matahari. Melanggar atau dilanggar. Kadang tanpa kau tahu semuanya untuk mengajar kau artinya 'bersama kesusahan itu datang kemudahan'. Kadang tanpa kau tahu semuanya untuk menguji atau mengajar kau beriman pada rukun iman keenam.

Kadang kau memandu dalam gelap malam. Kadang bulan terang kadang tidak tapi bulan tetap hadir pada setiap malam kau. Matahari terbenam, tapi esok dia terbit lagi. Bunga yang kuncup hari ini, kadang kembang esok. Yang layu, jatuh mati, decomposed masuk dalam bumi jadi baja untuk bunga lain pula yang kembang esok hari.

Kereta ada side mirrors dan rearview mirror. Padanya kau dapat lihat apa ada di belakang, apa yang cuba menghampiri dan banyak lagi. Agar kau tahu keperluan untuk menukar lorong dan sebagainya. Kadang pada cermin-cermin itu kau lihat apa yang kau sudah tinggalkan, simpang yang tak kau ambil. Dan hidup ini boleh dikatakan seperti memandu di highway, kau tak boleh buat pusingan u. Kadang yang kau tinggalkan seperti memanggil-manggil. Kadang kau asyik lihat kembali dengan kesal. Kadang kau entah kenapa asyik lihat kembali. Kadang kerana itu, kau menyalahi fungsi-fungsi cermin tersebut yang dicipta untuk kau lihat belakang untuk berhati-hati pada masa sekarang dan hadapan. Bukan itu kau ghalit (preoccupied) dengan perkara di belakang sampai kau accident. Mujur sahaja kalau kau masih hidup. 

Kadang kau kena belajar jangan ghalit. Kena belajar pandu berhemah. Mustahil kau mampu ikut semua peraturan jalan raya. Mustahil pemanduan kau hebat sentiasa. Maka bayar saman kalau wajar dan kena. Maka bayar gantirugi kalau perlu. Tuntut gantirugi jika wajar dan mahu. Kalau mengantuk, jangan ego, berhenti stesen minyak/R&R untuk secawan kopi untuk hidupkan kau kembali.

Dan seperti jalan raya. Jalan hidup juga ada divider dan sempadan. Ada yang sempadan sementara ada yang kekal sampai mati. Dan Tuhan gariskan sempadan dengan penuh cinta. Dengan cinta yang sumpah lagi besar dari cinta seorang ibu kepada anaknya. Kalau kau kata mak kau sayang sebab itu tak kasi main tepi/dalam longkang/tali air walaupun masa tu kau kecik tak mengerti lalu merajuk/angin dengan mak sebab tu, Tuhan sayang lebih dari itu, tahu. Mak yang sayang kau juga Tuhan yang beri :)

Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah Tuhan. Ingatlah orang tersayang.
Bukan hanya di jalan raya.

kadang kau itu aku


ps - sejujurnya ada superbanyak lagi 'kadang' dan skop penulisan tidak seluas dunia. ampun.

Wednesday, August 8, 2012

Pavlova


Maka semalam buat kali pertamanya dalam tempoh masa aku bernyawa atas dunia ini, aku buat pavlova. Ampun atas dekorasi yang serba terabur abstrak. Sejak mengambil kelas catan semester lepas, aku bertemu dengan satu fakta baru tentang diri aku - bahawa aku kalau cuba berseni ianya akan menjadi abstrak. 

Keperluan asas sebuah Pavlova

4 biji putih telur
3/4 cawan gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makanan
250 mL krim berat (heavy cream) untuk topping
buah-buahan yang tidak manis (sebab main body pavlova sudah cukup sweet)

Tentang resepi, satu-satunya rujukan aku adalah Resepi dan Tutorial Pavlova di blog Kak Ana Suzana. Walaubagaimanapun, aku banyak menyimpang dari ajaran sebenar. Mulanya aku tersalah sukat gula. Yang perlu adalah 3/4 cawan tapi malang tidak berbau, aku sukat 1/4 sahaja. Itulah padahnya bila tengah masak fikiran tercerakin dan setiapnya bersifat nomad dengan halatuju berbeza. Setelah tambah tepung jagung baru tersedar sukatan salah. Tepung jagung pula, aku letak lebih yang amat daripada sukatan. Kalau ikut resepinya, cuka dan esen vanila ditambah akhir sekali dan digaul sebati dengan adunan asal menggunakan spatula. Kerana malas kurang rajin, aku guna sahaja pemutar elektrik yang ada. Buah pula, tak jumpa strawberry maka aku tibai sahaja letak buah naga, merah juga. Hehe. Alhamdulillah despite segala penderhakaan terhadap resepi asal, the pavlova turned out well.

And alhamdulillah despite the abstractness of the deco, my pavlova dapat respon sedap dari 3 pihak, so far. Pihak keempat adalah aku jadi sudah semestinya aku kata sedap. Mama Saif aka kakakku-dalam-undang2, habis satu piece besar sekali hadap. She said it's yummy! :D 



Harapnya di akhir Ramadhan
iman juga semakin manis, semanis pavlova
malah lebih super duper manis lagi, harapnya :)
May Allah bless us all.

Sunday, August 5, 2012

the 'learning outcome'


cropped photo of Miss AF (Uni, 2012)


 
halfway through.
halfway there ?






it's like
 "at the end of this chapter,
you should be able to:_"
i should be able to
i should be able
i should be
i should
i........

 

Friday, August 3, 2012

menakutkan

Dunia ini boleh tarik kau macam UFO dalam filem sains fiksyen. Ayuh selamatkan diri. Eh, kenapa kaki aku sendiri terasa berat. Chupp, coca cola sebelum ironi ini buat kau mahu ketawa sinis, tolong dulu aku lari. Sudi?


Dunia ini menakutkan aku.
Dia pancing pendapat hitam dari satu sudut gelap dalam kepala dan rasa hitam dari satu ceruk gelap dalam hati. Dia pancing kalimah yang seperti pohon buruk tak mampu berdiri yang akar tercabut dari bumi. Dia pancing wibawa seorang raja. Dia pancing jujur seorang menteri. Dia pancing tulus bakal pemuda syurga. Dia pancing mahkota bakal bidadari. Dia pancing banyak lagi.

Dunia ini cukup menakutkan aku.
Dia juga pancing cinta. Dan kalau dia dapat ini.
Gampang sahaja semua yang dia mahu timbul untuknya.



Aku ini menakutkan aku.
Bila Tuhan beri cinta, aku mahu simpan dekat.
Sedang tempat asal cinta di luar dunia itu paling selamat.





"Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani,
semua itu akan diminta pertanggungjawabannya." 17:36
kalau sebelum lidah dikunci pun aku tak mampu beri semunasabah alasan.
menakutkan.

Wednesday, August 1, 2012

RabuTanpaKata







-----------------------------------------------------
off-topic

#1 pergi kedai beli barang semalam dan aku disambut dengan sebuah ekspresi terkejut oleh kakak tukang jaga kedai itu dengan pertanyaan - Adik, hari ni tak pergi sekolah ka?!

#2 been watching Mara Clara these few days dan kelmarin time tazkirah tarawih the ustaz was talking about reading al-Quran like a story book, and that it is really a page-turner too, it makes you want to read more just like watching telenovela/drama and then the ustaz asked - Tuan-tuan tengok tak Mara Clara?*gulp*

#3 tanggal 31 July (yesterday), pukul 9 ante meridiem, keputusan penuh untuk peperiksaan akhir semester dua dikeluarkan. Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah.

#4 terima kasih kepada seorang sukarelawan petrosains yang sudi turun pergi ke kinokuniya bagi membantu aku mendapatkan dua harta yang cukup berharga. Tahun ni i boleh kasi you duit raya (also known as hutang postage and packaging yang belum langsai =.=")

#5 The Bibliography of Strings and This is Love