Wednesday, August 8, 2012

Pavlova


Maka semalam buat kali pertamanya dalam tempoh masa aku bernyawa atas dunia ini, aku buat pavlova. Ampun atas dekorasi yang serba terabur abstrak. Sejak mengambil kelas catan semester lepas, aku bertemu dengan satu fakta baru tentang diri aku - bahawa aku kalau cuba berseni ianya akan menjadi abstrak. 

Keperluan asas sebuah Pavlova

4 biji putih telur
3/4 cawan gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makanan
250 mL krim berat (heavy cream) untuk topping
buah-buahan yang tidak manis (sebab main body pavlova sudah cukup sweet)

Tentang resepi, satu-satunya rujukan aku adalah Resepi dan Tutorial Pavlova di blog Kak Ana Suzana. Walaubagaimanapun, aku banyak menyimpang dari ajaran sebenar. Mulanya aku tersalah sukat gula. Yang perlu adalah 3/4 cawan tapi malang tidak berbau, aku sukat 1/4 sahaja. Itulah padahnya bila tengah masak fikiran tercerakin dan setiapnya bersifat nomad dengan halatuju berbeza. Setelah tambah tepung jagung baru tersedar sukatan salah. Tepung jagung pula, aku letak lebih yang amat daripada sukatan. Kalau ikut resepinya, cuka dan esen vanila ditambah akhir sekali dan digaul sebati dengan adunan asal menggunakan spatula. Kerana malas kurang rajin, aku guna sahaja pemutar elektrik yang ada. Buah pula, tak jumpa strawberry maka aku tibai sahaja letak buah naga, merah juga. Hehe. Alhamdulillah despite segala penderhakaan terhadap resepi asal, the pavlova turned out well.

And alhamdulillah despite the abstractness of the deco, my pavlova dapat respon sedap dari 3 pihak, so far. Pihak keempat adalah aku jadi sudah semestinya aku kata sedap. Mama Saif aka kakakku-dalam-undang2, habis satu piece besar sekali hadap. She said it's yummy! :D 



Harapnya di akhir Ramadhan
iman juga semakin manis, semanis pavlova
malah lebih super duper manis lagi, harapnya :)
May Allah bless us all.

3 comments:

A.F.A said...

it looks ravishing! kalau i dtg raya jgn lupa buat! hahaha

khadijah said...

nanti dekat raya i buat lagi skali la kot, so insha-Allah first day raya tu available. kalau hari lain, kena order :)

A.F.A said...

haha okay, ad rezki i nk mkn pavlova tu jumpa la kita