Friday, August 3, 2012

menakutkan

Dunia ini boleh tarik kau macam UFO dalam filem sains fiksyen. Ayuh selamatkan diri. Eh, kenapa kaki aku sendiri terasa berat. Chupp, coca cola sebelum ironi ini buat kau mahu ketawa sinis, tolong dulu aku lari. Sudi?


Dunia ini menakutkan aku.
Dia pancing pendapat hitam dari satu sudut gelap dalam kepala dan rasa hitam dari satu ceruk gelap dalam hati. Dia pancing kalimah yang seperti pohon buruk tak mampu berdiri yang akar tercabut dari bumi. Dia pancing wibawa seorang raja. Dia pancing jujur seorang menteri. Dia pancing tulus bakal pemuda syurga. Dia pancing mahkota bakal bidadari. Dia pancing banyak lagi.

Dunia ini cukup menakutkan aku.
Dia juga pancing cinta. Dan kalau dia dapat ini.
Gampang sahaja semua yang dia mahu timbul untuknya.



Aku ini menakutkan aku.
Bila Tuhan beri cinta, aku mahu simpan dekat.
Sedang tempat asal cinta di luar dunia itu paling selamat.





"Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani,
semua itu akan diminta pertanggungjawabannya." 17:36
kalau sebelum lidah dikunci pun aku tak mampu beri semunasabah alasan.
menakutkan.

2 comments:

Unknown said...

Like juta juta lemon! :)

MiftahusSyifa' said...

Subhanallah! Super like! :')