Monday, August 27, 2012

hakikat

satu petang antara petang-petang akhir ramadhan.

rasa aku,
hakikat yang timelessly manis
meski manisnya adakala lambat terasa
adalah hakikat bahawa segalanya ditentukan Tuhan
dan ketentuan siapa lagi yang lebih baik dariNya.

manusia cuma mampu decide untuk bertindak
yang memampukan tindakan, Tuhan



kelmarin dulu aku ketemu ayat ini -
"Atau apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya?
Tidak! Maka milik Allah-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia." 53:24-25
penemuan itu juga satu ketentuan. 
wajar buat aku. 
sungguh.

------------------------------------------------------------
of Eid!

#1
hari akhir tadarus :)
geng tadarus yang awesome!
manusia yang hilang dari gambar - aku & cila oh la la :D

#2
aku percaya manusia yang hantar kad raya ini sememangnya alangkah gembira. aku juga.
terima kasih daun keladi, tahun depan datang lagi :)

#3
ini anak saudara aku, 9 tahun.

Dalam seminggu beraya sahaja, kelihatan banyak sekali updates berbeza hampir setiap hari di sisi kanan bahagian atas dalam mukabuku - _________ got engaged/married to ___________.
Barakallahulakum! :)

#4
Ada member abang aku sorang dijemput Tuhan pada petang raya pertama kerana serangan angin ahmar ketika memandu. Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Sebelumnya, ketika Ramadhan, khabarnya member abang aku mengemaskini status di mukabuku dengan sesuatu seperti raya tahun ini akan buat open house dengan nada penulisan excited. Maka sungguh, open house.

Hidup ini terlalu singkat.
Masih, kita banyak bertangguh.

#5

Lontong, nasi himpit, serunding, sambal ikan bilis, koay teow tom yam, roti jala, kari ayam, ikan stim istimewa, laksa, soto, brownies, blueberry cheese tarts, puddings, jellies, agar-agar, rendang dan banyak lagi.

Jazakumullah khayran katheer.

#6
Selain daripada baby Saif, tahun ni aku alhamdulillah diberi peluang menyambut separa ramadhan dan aidilfitri dengan satu lagi makhluk baru dalam hidup. Makhluk yang sukacita aku gelarkan My Little Aswad Jameel (Black Beauty) :)

Setakat ini, makhluk ini ajar aku 2 perkara - sabar dan rajin. Sabar ketika perlu melepaskan clutch perlahan-lahan semasa di gear 1 dan sabar mengimbang clutch dan brek. Rajin untuk tukar gear.

Kadangkala aku terbunuh dia.

#7
Untuk aidilfitri tahun ini, aku buat 5 jenis kuih. Satu kuih merupakan kegagalan yang sudah dapat dijangka. Maka balang kuih tu, aku simpan diam-diam dalam dapur. Pagi tadi, alhamdulillah diberi kesempatan ziarah seorang teman meski terlajak jauh ke depan sikit dari simpang sampai orang kalut-kalut kena datang jemput dengan motor :P Adat ke rumah orang, bawa buah tangan. Maka kali ini tangan aku berbuahkan kuih raya 4 jenis buatan aku berserta kuih lain yang best-best yang aku jumpa di dapur. Petang tadi, aku dikhabarkan kuih-kuih dah hampir habis dimakan. Sedap, khabarnya. Alhamdulillah. All praise be to Ar-Razak.

Terubat sedikit lara di hati gara-gara puding 2 hari lepas kurang menjadi. Semangat pula mahu bikin kuih raya lagi tahun depan ^_^ itu pun, jika umur di-extend sampai ramadhan akan datang. Moga extension itu hanya jika membawa kebaikan, jika tiba masa dihentikan, biarlah dalam sebaik keadaan.





ramadhan sudah pergi,
syawal sudah dinikmati.
min al-aidin & al-faizin,

 semoga.

6 comments:

A.F.A said...

haha ur little aswad jameel, cute gila nama.
insyaAllah taun dpa ada rezki dan jodoh nk jumpa, i dtg lagi, xpnah miss kot, each raya yg i blk penang kompem pgi la. n yes. alangkah happy. haha

:: ciK TeaChEr :: said...

amboii byknye kuih rye die..untung laa rjin n pakar bab msk2 nie..hehe..
ok cemburu brtndang sudah
how i wish to be like youuuu

khadijah said...

nooo, you don't :)
mek weyhhh, tak pakar langsung meh, buat kuih yang simple2 ja pun, yg campur2 uli2 tekap2 bakar. tu pun ada yg senget la ape la.. ada satu salah bancuh, baru masak pun rasa lemau sudah haha

aliazulkifli said...

macam kenal je which house yg u dah tersesat tuu. :P

:: ciK TeaChEr :: said...

hahah..xpe at least u try..
u nie jnis rjin msuk dpur, untg laa..huhu
me? =.='

khadijah said...

u rajin masuk kelas, kan cik teacher.. hewhewhew :D