Thursday, June 30, 2011

rojak

officially became one of the owners of Rojak: Bite Sized Stories yesterday :)
and officially became the 'owner' of Mr. L :)
alhamdulillah & thanks to father :)


in the first bite-sized story,
a man and his son were waiting for the mother outside the mosque. the man recognised his wife's slippers which was facing the entrance of the mosque. what he did was, he turned them to face the other way so when his wife came out, lifting her jubah slightly, she could slip right into them. she seemed at her husband and he did a silent squint back. that's when the son realised that his parents were in love! (the writer wrote from the pov of the son)

sweet eh, the father? :D

seriously i would recommend this book to anyone. it's not an ilmiah book, it is entirely a work of fiction but in some of the stories you might gain a new perspective on things. the stories are short, you can share them with family and friends too (not so hard to retell laa, eventually you would remember your fav stories what~).

Plus, it has something good to offer to the reader - laughter! :D

L is for Lenovo

------------------------------------------------------------------

"Saya betul2 teringin sangat nak tatap wajah awak tu"

"Awak dah tersasar jauh dah tu. Jaga mata awak. Kalau dah sampai ke hati...parah nanti."

dari teaser drama
Tahajjud Cinta


Monday, June 27, 2011

tiramisu again


when life gives you lemons, make lemonade

or you can make grape juice
then sit back and watch the whole world wonder
how did you do that :D


when life gives me extra plain biskut marie and some bitter kopi-o powder
I add the cheapest cream cheese & whipping cream in store I could find
and very little sugar (menyahut kempen lebihkan gula dalam senyuman :D)
and some Milo powder
and make Tiramisu!
nyam nyam~





tiramisu literally means
'pick me up'
metaphorically means
'make me happy'

pick me up
and make me happy :)

Sunday, June 26, 2011

suram

Tropical Spice Garden 2011

terjaga dari lena
melihat suram mentari petang
tertusuk dalam hati satu rasa
rasa kehilangan

Asar sudah tiba
berkumandang suara azan
memecah sunyi petang
lantas tersedar dari lamunan

masih
rasa itu ada






kata Syaikh Ibnu Atho'illah,
apabila engkau ingin dibukakan Allah pintu harapan,
maka perhatikan kebesaran nikmat-nikmat
dan rahmat Allah yang berlimpah-limpah kepadamu :)

quoting Stokes

if i could put a background music for this post,
it'd be Train's Marry Me :) sweet~


"Some pray to marry the man they love,
my prayer will somewhat vary; I humbly pray to the Heaven above,
that I love the man I marry"

Rose Pastor Stokes




that's a quote i read
few years back....
in my sis's quotations book
i don't know...
it stayed in my head :)

out of the blue
minat lagu Spider - Kita Satu
sedang yang ada cuma 'saya'

rindu

entah kenapa tadi terkenang sebuah memori lama.

memori yang mengundang kerinduan.
rindu insan itu.
rindu manis senyuman terukir diwajahnya.
rindu hangatnya sentuhan, lembutnya belaian.
rindu rasa tenang pujukannya saat hati gundah gulana.
rindu setiap bait kata dalam warkah-warkah nukilannya.

ketika itu 2004.
di hadapan rumah. di atas buai. dihayun perlahan.
merasa dingin angin malam. tubuhku bersandar pada tubuhnya.
tanganku menggenggam erat tangannya. air mata bergenang. dada terasa sebak.
"Tina rindu kat mak, tak nak duduk kat sana, tak nak duduk jauh, nak duduk dekat dengan mak...".





mata 'masuk habuk'

al-fatihah untuk mak

Saturday, June 25, 2011

sudden

Beberapa hari lalu, anak saudara ummi kembali ke rahmatullah. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. Masih muda. 24 tahun. Beristeri juga belum. Sudden death. Berdasarkan x-ray tubuhnya, kata doktor, jantungnya bengkak. Mengapa? Entah. Khabarnya arwah pernah terkena santau tahun lepas.

Katakanlah; "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menguasai subuh, dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita, dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus (penyihir) pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), dan kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki. 113:1-5

Walaubagaimanapun memang sudah tiba ajalnya.

Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun. 7:34

Conversation pagi tadi,

ummi : tu lah, muda lagi.....mati mengejut.

abang : mati memang mengejut. haha. kita tak tau bila kita mati.



al-Fatihah buat arwah.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
----------------------------------------------------------------

off-topic.

tiba-tiba teringat, pernah sekali dalam Tanyalah Ustaz, ada seorang ini bertanya hukum menonton wayang. Kata ustaz tersebut, tidaklah ada hukum yang jelas cuma,

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Kata ustaz tersebut lagi, cuma fikirlah sendiri, kalau ditakdirkan menemui ajal ketika itu, agaknya husnul khatimah ke su'ul khatimah?

ada banyak pendapat tentang perkara ni sebenarnya. i read about it here and here. :)







frankly speaking,
adii qistina likes watching movies
banyak learnt about life from the movies
ok, kena think twice sekarang.


Friday, June 24, 2011

itu intro

Dalil paling nyata bahawa Allah itu Maha Penyayang. Dan of course Maha Pemurah juga. Terdengar di TV pagi tadi. ---->

بسم الله الرحمن الرحيم

--------------------------------------------------------

"Apabila Allah memberi kurnia kepadamu, maka Dia akan menunjukkan kepadamu kurnia belas kasihNya dan apabila Dia menolak pemberianNya atasmu, maka Dia menunjukkan kepadamu kekuasaanNya, maka Dia dalam semua itu memperkenalkan diri kepadamu dan menghadapkan kepadamu dengan kehalusan pemberian pemeliharaanNya kepadamu. Sesungguhnya sebab terasa pedihnya penolakan Allah kepadamu itu kerana engkau tidak mengerti hikmat rahmat Allah dalam penolakan (tidak memberi harapanmu) itu."

Syaikh Ibnu Atho'illah,
Tafsir al-Hikam


Terasa setiap bait kata itu seperti berbicara pada diri ini.

Dia bukan sahaja Ar-Rahim.
Dia juga Al-Muktadir.
Dan Dia juga Al-Hafiz.

Ada 96 lagi.



pemberian dan penolakan silih berganti
intro yang banyak kali?

tidakkah kita begitu mudah dan selalu lupa

Thursday, June 23, 2011

putih


what's left of me?


this is a long post consisting of unwritten words.





my former ESLS lecturer ever told the class,
"never assume,
to assume = to make an _ _ _ out of 'u' & 'me'
" :P








adii qistina likes this.

Tuesday, June 21, 2011

she

pangkor 2011


"Time can do wonders to people.
Things might not end up the way you planned,
or with time, things get better too."

"Kita manusia mmg mudah terdorong oleh keinginan duniawi.
If pain can be transferred, I would take the sorrow away from you.
Apa nak buat ini adalah liku perjalanan yg akan mematangkan kita."

"Sadness seems like it will last forever
but insya-Allah things will get better with time.
That's is a fact, from experience."

"Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hikmah disetiap kejadian dan ketentuan."

-she who watched me grow up-





17-year age difference.
my one and only kakak.

used to use a correction pen to cover her name in her nikah form
and wrote my mom's name instead, when i was 6 or 8, not sure :P

Monday, June 20, 2011

analogi




#1
Taubat 'makan sambal'.
Ketika makan,
menyesal tak mahu lagi.
Pedas.
Esok cari lagi.
Penyedap rasa.

#2
Dosa itu umpama debu.
Hati itu umpama cermin.
Bila ada debu, cepat-cepat wipe.
Zass! Guna wiper.
Ada lagi. Zass! Zass!
Kalau biar debu dah tebal, melekat kuat.
Patah wiper, debu tak hilang.

dari Tanyalah Ustaz - Taubat di TV9


nauzubillah min zalik
semoga kita terpelihara
daripada cari lagi 'sambal'
dan tak wipe 'debu' smpi tebal

past

are you more difficult to create or is the heaven that He constructed?
He raised its height and has perfected it. 79:27-28

The creation of the heavens and earth is greater than the creation of mankind,
but most of the people do not know
. 40:57
subhanAllah



.........
been there. done that.
you can't miss what you never had.

sinful and sweet.
but with bitter aftertaste.

detached a large part of who i was.
and never again want to be lost.

nobody promised it'd be easy
but i know it'd be worth it



maksiat adalah penyakit dan ketaatan adalah ubatnya
kezaliman adalah penyakit dan keadilan adalah ubatnya
kekeliruan adalah penyakit dan kebenaran adalah ubatnya
menentang Allah adalah penyakit dan
bertaubat daripada dosa yang memabukkan adalah ubatnya.
-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani-


nak berubat.
suka dengar ini.

& suka baca ini. :)

Sunday, June 19, 2011

Sepetang di Feringghi

there goes my hero
watch him as he goes
there goes my hero
he's ordinary

theme song hari ini, Foo Fighters - My Hero
Happy Fathers' Day.
-------------------------------------------------------------------------------------------
laksa Batu Feringghi sedap :)


Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-
tumbuhan... 6:99

Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya? 56:72

Tidakkah engkau memerhatikan (penciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan (dan memendekkan) bayang-bayang; dan sekiranya Dia menghendaki, nescaya Dia jadikannya tetap, kemudian Kami menjadikan matahari sebagai petunjuk, kemudian Kami menariknya (bayang-bayang itu) kepada Kami sedikit demi sedikit. 25:45-46

Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kukuh. 78:12

Dan Kami menjadikan pelita yang terang benderang (matahari). 78:13

Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia menetapkan ajal (kematianmu) dan batas waktu tertentu yang hanya diketahui oleh-Nya. 6:2

my beautiful nieces :)

senyum~ tak perlu kata apa-apa :)

terima kasih to
abang is & kak fidah

more pics on FB

Saturday, June 18, 2011

hampir akhir

"tadi tengok ketam kat pasar malam, tak berisi sangat pun"

"orang kata..ketam berisi masa bulan mengambang ke apa dia ntah"

(conversation about ketam)

"semalam gerhana bulan, tengah malam kan"

"tengah pagi....."

"ha..abang is tengok?"

"tak pun...depa kata nanti ada gerhana lagi (tak ingat bila he cakap but dalam 2011 jugak)"

"ohh ya kaa...ada lagi"

"ha, banyak kali gerhana...tanda akhir zaman"

*speechless kejap*


...dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu waktu yang telah ditentukan. Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".7:24-25

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) pada setiap solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya). 7:29


Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". 2:201

Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya. 2:202









at the end of the day,
husnul khatimah jualah
yang setiap insan sebenarnya dambakan.
dear diri, macam mana effort anda untuk dapat itu?
*istighfar*

Toblerone Choc Cheesecake

save cost. use Tesco brand.

1 cup biskut Marie crumbs


The Recipe. Dari dalam kotak Philadelphia cream cheese :)
1/3 cup butter (melted). 1/2 cup boiling water.
3/4 cup caster sugar. 1/2 cup cream.


replaced gelatine with agar.

whip cream.

sebelum add melted Toblerone :)

supposedly kena guna 20 cm springform pan.
mine is a little too big. jadi my cheesecake nipis semacam. =.="
and the base kurang menjadi mungkin sebab some parts jadi too nipis since tak brapa nak equally distributed atas springform pan yang besar.
and it taste nice :D
cuma texture dia agak lembik.
most probably sebab beat terlebih lama mixture dia guna electric mixer.

my niece, airina fatin likes it
kak fidah cakap sedap :D
awww... so glad!

Thursday, June 16, 2011

Rendang made easy using Maggi Rendang Paste :)


or precisely, my santan-terlajak chicken rendang :)
first time masak resepi yang guna santan!
sebelum ni tolong tengok dan tolong kacau orang masak guna santan je.
kacau in this context is stir okay~ me good gal :P

cooked this for lunch tadi.
at the same time, buat potato gratin'
testing multi-tasking skills kat dapur.
kucar kacir kejap la jugak.
"pa..tolong amik daun limau purut and daun halia.."
my father was like "Huhh??"
"Oh silap silap.. daun apa tu.. daun kunyit"

from Chef Google

Resepinya ada dekat belakang pack.

Masukkan 800ml santan. Kemudian masukkan pes rendang Maggi.
Kacau sampai didih.
Masukkan 500g ayam/daging. Masak sampai empuk. Sampai kuah pekat.
Masukkan 2 sudu besar kerisik, daun kunyit & daun limau purut dipotong halus.
Masak sampai nampak ada rupa rendang.
Oh ya, tambah garam! ^_^

saya banyak tak follow the original recipe --->
ayam tak cukup 500g
santan 500 ml (tak padan dengan ayam sikit)
kerisik more than 2 tbsp, letak the whole packet (small packet)
so excess sini, kurang sana =.="
silap paling besar, masak dalam periuk biasa,
sepatutnya guna kuali-like periuk or kuali terus or pan

kisah tentang kerisik.
because terlebih santan, my rendang was a bit pucat.
bila tambah 2 tbsp kerisik, nampak colour lebih nicer.
so i asked dad if adding more kerisik would be okay, to improve the colour.
he was like "Saya pun tak tau...okay la kowt"
so i said "Okay la, bubuh la semua trus. Sat, pi tanya tok."
tiba-tiba Tok cakap jangan bubuh kerisik banyak~ Attoi
Maka berlarilah saya ke dapur sambil jerit "Jangan tambah. Jangan tambah kerisik."
Malang berbau, terlambat. Plastic kerisik tu dah empty and dalam tong sampah.
=D


masih dapat good comments from grandma & dad
and it doesn't taste that bad, kira okay lah :)
but seriously, santan kena kurang

potato gratin'


The steps are very very easy. Trust me :)
i just love less-than-10-ingredients recipes.
less-than-5 ones lagi bagus. haha
this recipe is from a video in Youtube.


Soak the thinly sliced potato in cold water for 10 mins.


arrange the potatoes in a greased baking casserole/tin.
add minced garlic. sprinkle some black pepper, salt, rosemary then pour heavy/whip/thickened cream onto the potatoes. cover them with shredded mozarella.

i just love low fat food :D no, im not on a diet.
trying to gain more weight, yes.


put it in the oven. 40 mins. 180 degrees celcius.


grandma & dad cakap sedap :)

Tuesday, June 14, 2011

the road taken

Tropical Spice Garden

Alhamdulillah. Dapat offer ke local public uni.
Like what I've always wanted.

Tiba-tiba terkenang suatu ketika dulu bilamana saya menyatakan hasrat untuk tidak further study ke luar negara meski sudah mendapat tawaran. Masa tu, macam Me vs Half of the World sekejap. Reasons? Too complicated. Tak tahu bagaimana nak put into words. Ia satu perasaan. Akhirnya, decision saya diterima.

Tetapi..

Waiting for local uni punya offer means staying at home for more than half a year. While some entered uni in January, some in February, saya akan stuck di rumah tak kemana-mana buat satu masa yang lama. Begitu lama. Zahirnya, macam mempersiakan masa. Walaupun saya sendiri tak pasti benarkah saya telah mengisi masa yang ada dengan sebaik mungkin, saya berani mengatakan "I don't regret that". Ok, mungkin regret sikit sebab nanti akan habis belajar lambat compared to others yang start awal :P

Kalau dikira dari lepas habis ausmat, saya ada masa 9 bulan lebih sikit sebelum sambung degree.

9 bulan lebih!

I worked and did some other things. Setelah difikir-fikir, rasanya saya memang perlu masa itu. Buat pertama kalinya, rasa kehidupan berjalan lebih perlahan sedikit daripada biasa. Dan ini membenarkan saya benar-benar melihat kehidupan sendiri. Dan ini membuat saya rasa "What i've done!". Almost in every split second kita akan buat keputusan. Kita buat keputusan untuk buat apa selepas ini. Kita memutuskan apa kita mahu rasa di saat ini. Kita memutuskan bagaimana untuk menghadapi keadaan. Cabaran hidup, tak ada yang terkecuali.

Dan saya akui terambil jalan yang salah sebelum ini dek kerana samarnya pandangan, ceteknya iman, kurangnya pengetahuan. Dan saya kalah. Kalah dalam menghadapi series of big events yang memerlukan emotional strength dan sudah tentu pengharapan pada Dia yang menguasai segalanya. and what i've done, tak perlu diceritakan, tak cool pun, tak seronok pun, they're no longer my definition of fun, no longer my definition of happy. the definitions were no good anyway.

Menurut Wahab bin Munabbih, Isa bin Maryam a.s pernah berkata, "Dengan sepenuh hati aku menyatakan, bahawa orang yang paling cinta akan dunia di antara kamu adalah yang paling tak tahan menghadapi musibah".

Cinta akan dunia itu hanya mengundang air mata kerana tiada yang sempurna. Dan hakikat manusia adalah musafir di atas muka bumi dengan tanggungjawab tertentu, salah satunya menjadi khalifah. Kita dalam perjalanan menuju akhirat. Dan sebenarnya kita mahukan syurga cuma masalahnya kita mencari syurga di atas dunia dan itulah sebab utama kita kecewa. Yang terbaik untuk dilakukan ialah berusaha untuk kehidupan yang baik, berdoa dan mengharap serta bertawakal padaNya agar dipermudahkan jalan di dunia dan agar dilimpahkan rahmat dan kurnianya agar perjalanan itu indah meski dalam ketidaksempurnaan.

Well, siapa kata mudah untuk berubah. Tapi Hlovate kata,

"Buat awak yang mahu berubah, berubahlah walaupun payah. Berubahlah ke arah hidup lebih indah. Hidup dan masa muda sekali cuma. Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?".

and I'm fixing myself. and trying to istiqamah. not easy but worth trying. will never reach perfection but insya-Allah can be at least better than the last few seconds. and thanks and big hugs to those being very supportive, you people know who you people are :)



Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan
dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan
dan Allah melepaskan kamu dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Dia.
-Syeikh Ibnu Atho'illah-

Monday, June 13, 2011

solat khusyuk atau solat mujahadah atau...


hari ni buat pertama kalinya dengar frasa 'solat mujahadah'.
first impression - wah..macam hebat!

saya rasa perkara ini common (ok..mungkin tidak) --->

Nak solat. Takbir. Baca al-Fatihah. Pap! tiba-tiba teringat baju sidai kat luar/dalam dryer/belum jemur. Atau tiba-tibe teringat kunci yang salah letak tu ada kat mana, jalan cerita Dil Hai Tumharaa, apa jadi dengan Nora Elena hari ni (kenapa Nora Elena? :P), tingkap rumah tutup ke belum, UFO benar wujud ke, pintu dah kunci ke belum, nak beli pisang petang karang nak buat cekodok. Haha. Semua perkara meneru datang ke kepala. Tup..tup.. eh dah rakaat ke berapa?

okay, of course contoh di atas bukan solat mujahadah. yang tu solat tak berapa tentu arah. alaa qistina, macam tak pernah *tutup muka*

Solat mujahadah, kalau dalam scale 1 to 3, kebagusannya adalah di level 2. Macam contoh kat atas tadi, start start je solat, teringat punyalah macam-macam benda. Yang tak pernah terfikir pun kadang-kadang terfikir. Kalau cepat-cepat sedarkan diri dan mohon ampun dari Allah dan cuba khusyuk, jadilah solat mujahadah. sebab bermujahadah untuk khusyuk :)

khusyuk dalam solat. mudah nak sebut, susah nak capai.
kata orang, di akhir zaman ni khusyuk akan lenyap dari hati-hati manusia.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. 2:45-46

saya tertarik dengan definition khusyuk Abu Darda' --->
Pengagungan terhadap tuhan. Keikhlasan dalam perkataan. Kesempurnaan dalam keyakinan. Memberikan sepenuh perhatian. Dan tidak berpaling ke kiri dan ke kanan kerana ia adalah dari syaitan. (ada 5 prinsip, macam Rukun Negara gitu)

kata orang, kalau nak khusyuk, hati kena clear. makanya kena beri penekanan pada ibadah hati. unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada 6.

Imam Ghazali ada mention dalam Kitab Ihya Ulumuddin pasal tu,

1. Kehadiran hati ---> hati tak menerawang fikir perkara lain other than solat

2. Pemahaman ---> faham perkataan yang dilafazkan dalam solat

3 & 4. Pengagungan & Merasa kehebatan ---> rasa takut terhadap Allah hasil kefahaman
berhubung keagungan dan kebesaranNya.

5. Harap ---> harap pahala dari Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi
manusia

6. Malu ---> rasa malu dengan ibadah yang dilakukan kerana pastinya ada kekurangan


Always aim for the moon, even if you miss, you'll land among the stars.
Cuba capai solat khusyuk, sekalipun tak tercapai sepenuhnya, ia jadi solat mujahadah.



so this is what I learnt today
reference

Sunday, June 12, 2011

Penang Bird Park

Entrance fee : RM15 per person (adult)
Camera : RM1
One free coupon - buy a cup of soft drink (RM1.60) and get a free pen.





Glory be to Him Who has created all the pairs of that which the earth produces, as well as of their own (human) kind (male and female) , and of that which they know not. 36:36

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahui. 36:36



okay, am going back to my nicolas cage.

more pics on FB

Pangkor


2D 1N
Coral Bay Beach Resort
(it doesn't face the beach)



Teluk Nipah




Island hopping






thanks to abg Is & kak Fidah