Alhamdulillah. Dapat offer ke local public uni.
Like what I've always wanted.
Tiba-tiba terkenang suatu ketika dulu bilamana saya menyatakan hasrat untuk tidak further study ke luar negara meski sudah mendapat tawaran. Masa tu, macam Me vs Half of the World sekejap. Reasons? Too complicated. Tak tahu bagaimana nak put into words. Ia satu perasaan. Akhirnya, decision saya diterima.
Tetapi..
Waiting for local uni punya offer means staying at home for more than half a year. While some entered uni in January, some in February, saya akan stuck di rumah tak kemana-mana buat satu masa yang lama. Begitu lama. Zahirnya, macam mempersiakan masa. Walaupun saya sendiri tak pasti benarkah saya telah mengisi masa yang ada dengan sebaik mungkin, saya berani mengatakan "I don't regret that". Ok, mungkin regret sikit sebab nanti akan habis belajar lambat compared to others yang start awal :P
Kalau dikira dari lepas habis ausmat, saya ada masa 9 bulan lebih sikit sebelum sambung degree.
9 bulan lebih!
I worked and did some other things. Setelah difikir-fikir, rasanya saya memang perlu masa itu. Buat pertama kalinya, rasa kehidupan berjalan lebih perlahan sedikit daripada biasa. Dan ini membenarkan saya benar-benar melihat kehidupan sendiri. Dan ini membuat saya rasa "What i've done!". Almost in every split second kita akan buat keputusan. Kita buat keputusan untuk buat apa selepas ini. Kita memutuskan apa kita mahu rasa di saat ini. Kita memutuskan bagaimana untuk menghadapi keadaan. Cabaran hidup, tak ada yang terkecuali.
Dan saya akui terambil jalan yang salah sebelum ini dek kerana samarnya pandangan, ceteknya iman, kurangnya pengetahuan. Dan saya kalah. Kalah dalam menghadapi series of big events yang memerlukan emotional strength dan sudah tentu pengharapan pada Dia yang menguasai segalanya. and what i've done, tak perlu diceritakan, tak cool pun, tak seronok pun, they're no longer my definition of fun, no longer my definition of happy. the definitions were no good anyway.
Menurut Wahab bin Munabbih, Isa bin Maryam a.s pernah berkata, "Dengan sepenuh hati aku menyatakan, bahawa orang yang paling cinta akan dunia di antara kamu adalah yang paling tak tahan menghadapi musibah".
Cinta akan dunia itu hanya mengundang air mata kerana tiada yang sempurna. Dan hakikat manusia adalah musafir di atas muka bumi dengan tanggungjawab tertentu, salah satunya menjadi khalifah. Kita dalam perjalanan menuju akhirat. Dan sebenarnya kita mahukan syurga cuma masalahnya kita mencari syurga di atas dunia dan itulah sebab utama kita kecewa. Yang terbaik untuk dilakukan ialah berusaha untuk kehidupan yang baik, berdoa dan mengharap serta bertawakal padaNya agar dipermudahkan jalan di dunia dan agar dilimpahkan rahmat dan kurnianya agar perjalanan itu indah meski dalam ketidaksempurnaan.
Well, siapa kata mudah untuk berubah. Tapi Hlovate kata,
"Buat awak yang mahu berubah, berubahlah walaupun payah. Berubahlah ke arah hidup lebih indah. Hidup dan masa muda sekali cuma. Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?".
and I'm fixing myself. and trying to istiqamah. not easy but worth trying. will never reach perfection but insya-Allah can be at least better than the last few seconds. and thanks and big hugs to those being very supportive, you people know who you people are :)
Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan
dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan
dan Allah melepaskan kamu dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Dia.
-Syeikh Ibnu Atho'illah-
dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan
dan Allah melepaskan kamu dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Dia.
-Syeikh Ibnu Atho'illah-
No comments:
Post a Comment