Friday, February 25, 2011

terowong gelap

Pujukan buat hati yang sayu...


Terowong panjang. Terowong kelam.
Kadangkala zahir. Kadangkala lutsinar.
Wahai musafir, kamu lebih mengerti pahitnya.
Dan jika pahit itu adalah kebenaran.
Jangan berhenti di pintu.
Jangan mengubah arah tuju.
Larilah masuk dengan laju.
Kuatkan semangatmu.
Kerana telah dijanjikan sesuatu yang indah akan kau temu.

Manis ada hujungnya.
Pahit sama sahaja.
Manis tak datang sekali.
Pahit tak datang selalu.

Wahai musafir, tatkala hatimu meruntun sedih.
Tatkala jiwamu terasa pedih.
Dan air mata tak putus mengalir.
Ingatlah, wahai musafir.
Accentuate the positive.
There'll always be light at the end of the tunnel.
Dugaan yang berat hanya untuk hamba-Nya yang hebat.






"On no soul does Allah place a burden greater than it can bear.
It gets every good that it earns and pays for what it had done."
-Al-Baqarah-

No comments: