Sunday, February 20, 2011

erti sebuah kehilangan


Aku tidak disitu.
Aku tidak disitu.
Sebentar tadi, semasa dahulu.

Air mataku menitis laju membasahi pipi
..menceritakan sebuah kisah duka
..mengungkapkan sebuah kisah penuh nestapa
..menzahirkan bibit-bibit penyesalan yang tak lagi bermakna

Aku tersedar dari lamunan tatkala sedarnya aku kamu tak akan sedar lagi.
Tak ada lagi kata-katamu yang sering aku berontak.
Tak ada lagi permintaan darimu yang acap kali aku tolak.
Tak ada lagi kamu...yang aku...yang aku...
..yang aku sayang.

Maafkan aku
seluruh kewujudanmu tak mampu membentuk aku menjadi insan kamil.
Akhirnya kamu tinggalkan aku seorang guru yang hebat bernama Kehilangan.


I learned the hard way.


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila matinya seorang anak Adam, maka putuslah segala amalnya kecuali tiga perkara - sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa anak yang soleh."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

No comments: