Saturday, July 6, 2013

Sayap-sayap patah

"Hidup manusia tak bermula di rahim dan tak berakhir di pusara." -Kahlil Gibran-

Another book. Well, when else I could take the chance to indulge in books without the worry of lab report dah siap ke, journal dah baca ke, info dah cari ke, lecture notes dah print ke, lab manual dah study ke, assignment dah sampai mana dan segala macam inner noise yang mengganggu konsentrasi neuron-neuron kepala yang sedang bekerja untuk susunan-susunan kata yang mahu aku hadam. 

Aku kira Sayap-sayap Patah ini ceritanya rather simple. Tak banyak dialog antara watak. Reminds me much of Stephen King's writing in the sense that inner thoughts are described in detail. Kalau novel Stephen King, rasanya macam-macam yang beliau describe in detail, the situation, the feelings, maka tak hairanlah novel Stephen King tebal amat sampaikan yang pernah aku baca cuma Insomnia, masa tingkatan 3, mungkin, itu pun tak habis, separuh pun tak sampai rasanya. Aku decide untuk tak baca IT sebab boleh tengok movie. Back to Kahlil Gibran's Sayap-sayap Patah, aku kira istimewanya ada pada deskripsi perasaan oleh penulis. Metaforanya hebat. Sukar, mungkin, aku rasa, kalau mahu terjemahkan ceritanya dalam bentuk filem. Dan yang paling aku suka tentang Sayap-sayap Patah ini adalah hakikat bahawa bukunya nipis. 

Dalam nipis itu, masih aku bisa ketemu sejumlah himpunan kata yang menjelaskan banyak perkara. Perkara yang mungkin very ordinary atau hakikat yang very cloudy...

#1 Masyarakat manusia telah selama 70 kurun berserah pada undang-undang korup hingga ia tak memahami undang-undang yang lestari dan lebih baik. Mata manusia telah biasa dengan cahaya pudar lilin dan tak mampu memandang matahari. Penyakit jiwa diwarisi turun-temurun hingga ia menjadi sebahagian daripada manusia, yang kini memandangnya bukan sebagai penyakit, tetapi sebagai anugerah semulajadi, yang diberi Tuhan kepada Adam. Jika mereka menemui orang yang bebas daripada virus penyakit ini, mereka akan melihatnya dengan begitu hina.

#2 Malang sungguh rakyat yang meletakkan kepercayaan kepada orang seperti mereka - serigala rakus yang diperalatkan nafsu untuk membaham negara sendiri.

#3 Kesepian memiliki tangan yang lembut seperti sutera , tapi jemari yang sangat kuat. Ia menggenggam hati dan menjadikannya sakit dengan duka.

#4 Kecantikan sejati adalah sinar yang memancar dari jiwa yang paling suci, dan menerangkan tubuh, seperti hidup datang dari perut bumi dan memberi warna dan keharuman pada sekuntum bunga.

#5 Wanita yang telah dianugerahkan Tuhan dengan keindahan jiwa dan jasad adalah kebenaran yang terbuka dan yang rahsia, yang hanya boleh kita fahami melalui cinta dan sentuh dengan kemuliaan tapi bila kita cuba untuk menggambarkan wanita itu, dia akan hilang seperti asap.

#6 Rupa bentuk sesuatu berubah mengikut emosi dan kita dapat melihat magis dan kecantikan mereka meski magis dan kecantikan itu sebenarnya ada dalam diri kita sendiri.

#7 Kadangkala kemewahan ibu bapa, adalah akar penderitaan anak-anak mereka. Ruang lebar yang si ibu dan si ayah gunakan untuk memastikan kemewahan mereka selamat, adalah penjara gelap untuk jiwa waris mereka. Maha kuasa dinar yang dipuja manusia menjadi jembalang yang menghukum jiwa dan mematikan hati.

#8 Putus asa melemahkan pandangan kita dan menutup telinga kita. Kita tak nampak apa-apa kecuali bayangan kehancuran dan denyut debar hati yang kacau.

#9 Ketulusan membuat semua tindakan kita indah dan bermaruah.

Jemari kesepian yang kuat itu, aku kira, mampu sahaja sebenarnya manusia tepis. Pasti Tuhan tahu bagaimana lembut tangan kesepian bisa merangkul hati hambaNya lalu menggenggam kuat hingga sakitnya mampu menumpaskan sistem imunisasi iman lalu memberi laluan pada kuat bisik syaitan agar berputus asa pada rahmat Tuhan. Kerana sudah Dia berfirman - Hanya dengan mengingati Aku, hati akan menjadi tenang.

Yang #6 itu aku kira, very well said. Seperti lensa dengan penapisnya, begitu juga mata kepala dan mata hati dengan jiwa. Keladak jiwa, keladaklah pandangan. Dan jiwa sendiri ini pun masih perlu pembersihan. Yang #8 pula, itu kena batang hidung sendiri agaknya. Baru kelmarin dulu seorang teman baik kata - Adi..tgk tu. Baru nak start, dah fikir macam-macam...pastu merungut kat aku halfway la apa la :). Haha.



Dan bila baca yang #4 
memang rasa ugly gilaa~
*lari tutup muka*

No comments: