Friday, March 22, 2013

buku

Alhamdulillah - Bookalicious Carnival di uni dan Big Bad Wolf book sale di Times Square, Penang pergi sudah :)

RM100 BB1M fly away sudah~

Tindanan kertas-kertas bertulis yang disatukan, beli dari serigala besar dan jahat. Aku kira minat pembacaan aku sudah sedikit berubah. Bila keluar dari daerah non-fiction, jadi tidak begitu tahu mahu aku apa. Penulisan Cecelia Ahern tidak lagi mampu buat aku angkat buku tanpa letak semula. Penulisan Mary Higgins Clark, tidak begitu kena dengan jiwa. Mudah aku berlalu saja meski mata dapat tangkap nama-nama seperti Nora Roberts, Danielle Steel, Nicholas Sparks, Lisa See dan Little Black Dress. Tercari juga buku Mitch Albom - The Time Keeper tapi tak jumpa. Tercari juga buku Letter to My Daughter or something like that, tak ingat exactly tajuk...kali pertama jumpa di Popular Bookstore Sunway Pyramid tapi tak beli sebab tak cukup duit dan sangka boleh cari di Popular Megamall contohnya tapi tak jumpa.


Rasanya seperti mula lebih suka baca bahasa ibunda, seperti penulisan Andrea Hirata contohnya. Cukup suka dwilogi Padang Bulan dan Cinta Dalam Gelas. Dan rasanya mula suka buku yang punya ilustrasi tapi bukan komik atau manga atau yang sewaktu dengannya. Umm yang seperti picture book kanak-kanak tapi dengan isi yang dewasa. Pilihan genre juga sudah sedikit berubah. Ketebalan melampau juga sudah mampu buat aku kurang selera. Entah apa sudah jadi dengan minat pembacaan aku, kesan sampingan proses penuaan mungkin. Dan dua novel Murakami yang super-tebal itu, aku tak tahu bila mahu baca =.=" Oh dan yang berkaitan dengan pelajaran satu saja jumpa - Instant Clinical Pharmacology...yang nipis itu. Haha

  

Dari Bookalicious Carnival. Nampaknya sudah ada aktiviti cukup untuk cuti semester nanti.

Dan buku Dear Dad ini, oleh kerana comel sangat, aku kutip jua dari serigala besar dan jahat, mahu suruh dear father baca :D

 

And dear father did :D And saw he smiled. And what is more beautiful than that.... Dan buku itu dear father pulangkan lepas baca. Maybe in the future I could give it to whoever that is yang ditakdir jadi belahan jiwa when he's a dad-to-be. Haha Okay, scratch that.



Dan jazakillah khayr pada dearest kakak kerana poskan The Alchemist & Reclaim Your Heart.

Dan lupa nak tambah earlier on, untuk yang mencari kedai kitab around Penang. Ini, satu-satunya yang aku tahu - Kedai Kitab Pak Hassan yang best. Ada jual Minhaj al-Abidin, Hidayah as-Salikin dan yang sewaktu dengannya :D Dan boleh even call minta Pak Hassan tolong carikan buku-buku apa yang mahu sebelum datang.







Nota-nota dan journal articles sudah
sangat-sangat cemburu dan mohon perhatian.

3 comments:

tenDer-rasCaL said...

Isn't tht interesting? I'd also found myself no longer give much thoughts kpd author2 novel2 yg osem yg u mentioned. Dulu, gila sakan. Now, hambar.

and d 'scratch that' part? priceless.
=D

:: ciK TeaChEr :: said...

eh! did i leave any commnt here b4 this? rase mcm dh drop by....

khadijah said...

fadhh, u haven't comment here before.. hehehe