Tuesday, March 12, 2013

isnin & hidayah

Kau tak tahu apa Tuhan simpan untuk kau esok :)
Empangan Mengkuang, Januari 2011

So, yesterday wasn't so blue sebab kelas mula pukul sebelas, habis pukul 12 a few beautiful things happened, alhamdulillah :)

#1 Shida. Perempuan yang katilnya sebelah katil aku masa di matrikulasi dulu. Dua tiga bulan saja aku kat sana tapi dengan dia dan dua lagi teman sebilik, kami sempat bina suatu kenangan. Dari yang gila-gila sampailah yang manis tak terkira. Singkat mungkin waktu bersama tapi kenangan tu cukup untuk buat tali persahabatan itu kuat terikat meski jarang jumpa, jarang bicara. Aku dan Shida, sama je uni tapi payah benar nak terserempak dengan beliau. Tapi kelmarin, di Jabatan Bendahari, sambil tunggu giliran, ternampak aku satu susuk yang cukup aku kenal - Shida.

Sempatlah catching up sebentar! Alhamdulillah :)

#2 Dapat makan tomyam yang sedap. Haha. Ok, I'm a bigggg fan of tomyam. Kelmarin, seronok sangat mahu makan tomyam dekat Tomyam Udang somewhere near Minden sampai terlepas sesi photoshoot untuk yearbook. The best thing about this kedai makan - bersih, servis cepat dan sedap. Alhamdulillah :)

#3 Nisa. Aku tengah naik tangga kafe bila terdengar ada orang panggil "Kak Tina!". And bila pandang, I was like, "Nisa!" :D Nisa junior sama sekolah menengah dulu. Excited bila dapat tahu Nisa masuk uni yang sama tapi semester ini baru ada rezeki berjumpa. Alhamdulillah :)

#4 Despite the fact that hari ni kelas satu jam cuma disiangnya, sebenarnya ada kelas dua jam di malamnya. Terbantut hasrat mahu attend satu bualbicara, Sinar Hidayah tajuknya. Tetamu jemputan - Ustaz Hanif Harun dan Kak Diana Amir which is bekas pelajar my uni juga. Since class ends at 9.45, most of us decided to redah pergi jugaklah, dengar mana yang sempat. Sesampainya kat situ, nampak ramai yang balik, penuh dah dewan kata mereka. But then alang-alang kami ramai-ramai dah sampai, we decided to go check it out jugak, mana tahu ada rezeki boleh duduk mana-mana. And alhamdulillah, there was. Stairs pun stairs lah :)

It was a beautiful talk, masha-Allah. Couldn't recall exactly everything but what I learnt is hidayah is such a special and beautiful thing. Tak ada di kedai kalau nak beli. Tak ada dalam tangan kalau nak beri. Tapi ada untuk dicari dan kalau Allah beri, it's totally free. Subhanallah.

Rasulullah yang dijanji syurga dan tiada berdosa sampai bengkak-bengkak kaki baginda bersolat sunat. Mahu menjadi hamba yang bersyukur kata baginda. That was one of the story shared. And that hit me hard. To what extent have I shown my gratitude pada yang Maha Agung yang tarik tangan aku saat aku cukup zalim pada diri.  Dan mungkin masih. Terlalu kerdil rasanya. Terlalu takut jadinya mendengarkan ayat perihal hamba-hamba Tuhan yang merasakan seolah yang dilakukannya benar baik belaka walhal semuanya sia-sia.

Dan diceritakan pula pada malam kelmarin itu kisah Rasulullah menyatakan rindunya yang tak terkira pada seorang sahabat yang tidak berhijrah kepada sahabat-sahabat baginda. Bila ditanya, sahabat yang Rasulullah maksudkan adalah Khadijah binti Khuwailid yang sudah kembali ke rahmatullah maka tidak lagi bisa bangun dan berhijrah bersama baginda. Hebatnya Khadijah itu, berpesan pada Rasulullah seandainya setelah beliau pergi, andai Rasulullah perlu, galilah kuburnya bagi mendapat tulang belulang. Barangkali bisa dijual dan bisa wang itu digunakan buat perjuangan Islam atau dalam satu riwayat lagi mungkin bisa diasah tulang itu buat alat pertahankan diri. Subhanallah hebatnya jiwa ummul mukminin ini hingga jadi terasa malu aku yang berkongsi nama serupa tapi sahsiah...tidak terbanding.Ah.

Dan regarding changing for the better and istiqamah, tak ingat whether it was kak Diana who said it atau ustaz - 

Slowly but surely :) 

It was a great gift to be able to listen to the talk. Alhamdulillah :)

#5 Deena. Perempuan yang aku selalu lepak di katil beliau zaman aku 'tercampak' di sekolah berasrama di negeri kelahiran Deena. Perempuan yang aku dulu-dulu suka usik dengan memanggil Deena-saur. Ya, memang tak baik. Zaman gelap masih masa tu (Macam lah sekarang cerah sangat =.="). Alkisahnya, di akhir hari isnin, aku bergegas masuk lif nak balik bilik, dan disitu, dalam lif itu, jumpa Deena. Alhamdulillah :)


4 comments:

:: ciK TeaChEr :: said...

deena seman? asrama merbau? :D

khadijah said...

ohyessss :D hehe deena seman!

:: ciK TeaChEr :: said...

oh tibe2 teringat pd prmpuan yg selalu bermuram durja di saat ibu ayahnya datang melawat.. :P

khadijah said...

entah perempuan mana entah....haha