Saturday, March 30, 2013

Rawak

#1 "If you came to learn the tricks of the trade of business from me then fall in sajdah now and make tawbah. But if you came here to connect with your rabb, know that Allah swt sent you here, you do not come."

Syeikh Mirza Yawar Baig dalam tazkirah fajar di The Palace of Golden Horses, KL semasa Leadership Training course yang dikendali oleh The Standard Bearers Academy.

#2 "Dia memang hott stuff, bawak dia ritu ada orang mai hon-hon,tak pernah pernah ada sapa mai hon time aku drive (hon-hon mengusik)."

"Ye la, you bawak, diorang tak tau kata perempuan.."

"So you're saying I don't look like a lady....?"

"No...your driving.."

Hihihi

Teringat kes, angkat handbrake tak cukup (mungkin?) dan ada orang mendakwa kereta aku bergerak ke belakang dan melanggar kereta beliau sebab tempat tersebut curam. Kerana aku tiada di tempat kejadian maka beliau tinggalkan sepucuk nota di wiper. Beliau mulakan nota dengan "Abang,___".

I assume my car is manly enough. Haha

#3 Jumpa buku nukilan Mitch Albom - For One More Day di sebuah kedai buku. RM 32.50 harganya. Di sebuah lagi kedai buku, RM 38.50 harganya. Buku yang sama (tambahan, berkulit keras), yang aku punya, kurang dari RM20, beli di Big Bad Wolf Sale September 2012.

#4 Lesson from Organic Chem class 14/3 - Small small things matters.

#5 Lesson from Pharmacoinformatics class 14/3 - If you don't have the ability to think, you're just a bunch of losers.

#6 Aku ambil kelas khat untuk ko-k initially sebab tak ada choice but then cikgu kata - tajdid niat :) Tangan aku bukan tangan seni aku assume. Bila praktis tulis alif sebaris dua, memang nampak macam belang zebra =.="

tentulah, siapa lagi yang tulis, kalau bukan kawan aku :D

a lot better kan, siapa lagi tulis, kalau bukan guru khat aku

Guru khat aku tu selalu kata - Lagi kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu. Kalau kita tak belajar, kita rasa kita tahu semua.

#7 24/3 - Pergi kenduri di Bandar Bahru dengan Pakcik Bakar & Cikgu Rohani. Manis saja lihat mereka. Pakcik Bakar suruh Cikgu pakai baju sama warna dengan beliau :) Dan cukup manis berbual dengan Cikgu, tak lekang daripada bibirnya "alhamdulillah", "insha-Allah", "subhanallah"...subhanallah.  Berbicara tentang belajar, aku kata agak takut juga sebenarnya bila mahu kerja nanti, kalau salah kira dos, salah buat keputusan, mau teraniaya orang. Balas Cikgu pada aku - beliau angkat tangan seperti berdoa, katanya sebab itu kita nak buat apa-apa, dahulukan dengan doa, insha-Allah baik-baik saja. Subhanallah, ayat mana lebih manis untuk mententeramkan jiwa selain yang mengingatkan pada yang Maha Esa.

#8 Ini hasil kerja satu lady yang hilang minat pada menghadiri kelas dek lecture hours yang panjang, semasa kelas Pharmacognosy. Rasanya yang berkaitan dengan Pharmacognosy cuma Misai Kucing.























#9 Akhirnya, aku kini guna telefon bimbit yang lebih bijak. Lain yang mahu dibeli, lain yang dibeli. Lain bajet, lain jumlah yang dikeluarkan. Mungkin perlu jadi cheapskate sekejap dengan diri selepas ini.

Friday, March 22, 2013

buku

Alhamdulillah - Bookalicious Carnival di uni dan Big Bad Wolf book sale di Times Square, Penang pergi sudah :)

RM100 BB1M fly away sudah~

Tindanan kertas-kertas bertulis yang disatukan, beli dari serigala besar dan jahat. Aku kira minat pembacaan aku sudah sedikit berubah. Bila keluar dari daerah non-fiction, jadi tidak begitu tahu mahu aku apa. Penulisan Cecelia Ahern tidak lagi mampu buat aku angkat buku tanpa letak semula. Penulisan Mary Higgins Clark, tidak begitu kena dengan jiwa. Mudah aku berlalu saja meski mata dapat tangkap nama-nama seperti Nora Roberts, Danielle Steel, Nicholas Sparks, Lisa See dan Little Black Dress. Tercari juga buku Mitch Albom - The Time Keeper tapi tak jumpa. Tercari juga buku Letter to My Daughter or something like that, tak ingat exactly tajuk...kali pertama jumpa di Popular Bookstore Sunway Pyramid tapi tak beli sebab tak cukup duit dan sangka boleh cari di Popular Megamall contohnya tapi tak jumpa.


Rasanya seperti mula lebih suka baca bahasa ibunda, seperti penulisan Andrea Hirata contohnya. Cukup suka dwilogi Padang Bulan dan Cinta Dalam Gelas. Dan rasanya mula suka buku yang punya ilustrasi tapi bukan komik atau manga atau yang sewaktu dengannya. Umm yang seperti picture book kanak-kanak tapi dengan isi yang dewasa. Pilihan genre juga sudah sedikit berubah. Ketebalan melampau juga sudah mampu buat aku kurang selera. Entah apa sudah jadi dengan minat pembacaan aku, kesan sampingan proses penuaan mungkin. Dan dua novel Murakami yang super-tebal itu, aku tak tahu bila mahu baca =.=" Oh dan yang berkaitan dengan pelajaran satu saja jumpa - Instant Clinical Pharmacology...yang nipis itu. Haha

  

Dari Bookalicious Carnival. Nampaknya sudah ada aktiviti cukup untuk cuti semester nanti.

Dan buku Dear Dad ini, oleh kerana comel sangat, aku kutip jua dari serigala besar dan jahat, mahu suruh dear father baca :D

 

And dear father did :D And saw he smiled. And what is more beautiful than that.... Dan buku itu dear father pulangkan lepas baca. Maybe in the future I could give it to whoever that is yang ditakdir jadi belahan jiwa when he's a dad-to-be. Haha Okay, scratch that.



Dan jazakillah khayr pada dearest kakak kerana poskan The Alchemist & Reclaim Your Heart.

Dan lupa nak tambah earlier on, untuk yang mencari kedai kitab around Penang. Ini, satu-satunya yang aku tahu - Kedai Kitab Pak Hassan yang best. Ada jual Minhaj al-Abidin, Hidayah as-Salikin dan yang sewaktu dengannya :D Dan boleh even call minta Pak Hassan tolong carikan buku-buku apa yang mahu sebelum datang.







Nota-nota dan journal articles sudah
sangat-sangat cemburu dan mohon perhatian.

Thursday, March 21, 2013

jelek

























kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku menutup aib
pastilah aku tampak teramatlah jelek.

kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku beri hidayah
pastilah aku cukup tak tentu arah

kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku kurniakan taufik
pastilah aku tak mampu sikit pun buat baik.


kalau ada perkara dalam hidup ini yang boleh aku banggakan
cuma satu - Dia, aku punya Tuhan.

Allah.








dan aku harap aku takkan pernah lupa.
dan aku harap aku takkan pernah.
dan aku harap aku takkan.


Friday, March 15, 2013

girls night out

So I wanted to have dinner at Teluk Tempoyak. Dari nak invite just a few sisters, jadi invite semua sisters satu batch sekali. And it all happened in one day. Tiba-tiba jadi invite semua. Tiba-tiba semua pun agree kecuali a few yang ada hal tak dapat dielakkan dan yang dah beli tiket nak balik which is great. Tiba-tiba makcik tuan restoran Sri Idaman dapat call orang nak reserve meja untuk 30 lebih orang. Haha :D







It was beautiful baca doa makan sama-sama.
Instead of a la carte, we picked 3 sets for 8 (set paling murah which costs RM250) which consists of sayur campur, kailan ikan masin, tomyam, siakap (kami pilih 3 rasa), jenahak (kami pilih nam prit), buah-buahan, 2 jag minuman, kepah (kami pilih masak lemak cili api), ikan pari bakar dan sotong goreng tepung. Lepas tu tambah kerang bakar! :D







 


Sambil makan, atas idea satu sister, each of us kena tulis apa-apa inspiring words or anything alike dalam satu kertas and at the end of the dinner, shuffle-shuffle dan seorang ambil satu dan kongsi dengan semua apa yang tercatat :) Indah-indah belaka kata-katanya. Ada yang mencuit hati. Ada yang cukup terkesan di jiwa.

Aku tak tahu gadis cantik mana yang tulis.
Ini beautiful reminder yang aku dapat :)
Jazakillah khayr.


And it was beautiful, baca doa lepas makan sama-sama :)



Dua tiga kucing berlari.
Manakan sama si kucing belang.
Dua tiga boleh ku cari.
Manakan sama member macam diorang :)

Alhamdulillah.

Tuesday, March 12, 2013

isnin & hidayah

Kau tak tahu apa Tuhan simpan untuk kau esok :)
Empangan Mengkuang, Januari 2011

So, yesterday wasn't so blue sebab kelas mula pukul sebelas, habis pukul 12 a few beautiful things happened, alhamdulillah :)

#1 Shida. Perempuan yang katilnya sebelah katil aku masa di matrikulasi dulu. Dua tiga bulan saja aku kat sana tapi dengan dia dan dua lagi teman sebilik, kami sempat bina suatu kenangan. Dari yang gila-gila sampailah yang manis tak terkira. Singkat mungkin waktu bersama tapi kenangan tu cukup untuk buat tali persahabatan itu kuat terikat meski jarang jumpa, jarang bicara. Aku dan Shida, sama je uni tapi payah benar nak terserempak dengan beliau. Tapi kelmarin, di Jabatan Bendahari, sambil tunggu giliran, ternampak aku satu susuk yang cukup aku kenal - Shida.

Sempatlah catching up sebentar! Alhamdulillah :)

#2 Dapat makan tomyam yang sedap. Haha. Ok, I'm a bigggg fan of tomyam. Kelmarin, seronok sangat mahu makan tomyam dekat Tomyam Udang somewhere near Minden sampai terlepas sesi photoshoot untuk yearbook. The best thing about this kedai makan - bersih, servis cepat dan sedap. Alhamdulillah :)

#3 Nisa. Aku tengah naik tangga kafe bila terdengar ada orang panggil "Kak Tina!". And bila pandang, I was like, "Nisa!" :D Nisa junior sama sekolah menengah dulu. Excited bila dapat tahu Nisa masuk uni yang sama tapi semester ini baru ada rezeki berjumpa. Alhamdulillah :)

#4 Despite the fact that hari ni kelas satu jam cuma disiangnya, sebenarnya ada kelas dua jam di malamnya. Terbantut hasrat mahu attend satu bualbicara, Sinar Hidayah tajuknya. Tetamu jemputan - Ustaz Hanif Harun dan Kak Diana Amir which is bekas pelajar my uni juga. Since class ends at 9.45, most of us decided to redah pergi jugaklah, dengar mana yang sempat. Sesampainya kat situ, nampak ramai yang balik, penuh dah dewan kata mereka. But then alang-alang kami ramai-ramai dah sampai, we decided to go check it out jugak, mana tahu ada rezeki boleh duduk mana-mana. And alhamdulillah, there was. Stairs pun stairs lah :)

It was a beautiful talk, masha-Allah. Couldn't recall exactly everything but what I learnt is hidayah is such a special and beautiful thing. Tak ada di kedai kalau nak beli. Tak ada dalam tangan kalau nak beri. Tapi ada untuk dicari dan kalau Allah beri, it's totally free. Subhanallah.

Rasulullah yang dijanji syurga dan tiada berdosa sampai bengkak-bengkak kaki baginda bersolat sunat. Mahu menjadi hamba yang bersyukur kata baginda. That was one of the story shared. And that hit me hard. To what extent have I shown my gratitude pada yang Maha Agung yang tarik tangan aku saat aku cukup zalim pada diri.  Dan mungkin masih. Terlalu kerdil rasanya. Terlalu takut jadinya mendengarkan ayat perihal hamba-hamba Tuhan yang merasakan seolah yang dilakukannya benar baik belaka walhal semuanya sia-sia.

Dan diceritakan pula pada malam kelmarin itu kisah Rasulullah menyatakan rindunya yang tak terkira pada seorang sahabat yang tidak berhijrah kepada sahabat-sahabat baginda. Bila ditanya, sahabat yang Rasulullah maksudkan adalah Khadijah binti Khuwailid yang sudah kembali ke rahmatullah maka tidak lagi bisa bangun dan berhijrah bersama baginda. Hebatnya Khadijah itu, berpesan pada Rasulullah seandainya setelah beliau pergi, andai Rasulullah perlu, galilah kuburnya bagi mendapat tulang belulang. Barangkali bisa dijual dan bisa wang itu digunakan buat perjuangan Islam atau dalam satu riwayat lagi mungkin bisa diasah tulang itu buat alat pertahankan diri. Subhanallah hebatnya jiwa ummul mukminin ini hingga jadi terasa malu aku yang berkongsi nama serupa tapi sahsiah...tidak terbanding.Ah.

Dan regarding changing for the better and istiqamah, tak ingat whether it was kak Diana who said it atau ustaz - 

Slowly but surely :) 

It was a great gift to be able to listen to the talk. Alhamdulillah :)

#5 Deena. Perempuan yang aku selalu lepak di katil beliau zaman aku 'tercampak' di sekolah berasrama di negeri kelahiran Deena. Perempuan yang aku dulu-dulu suka usik dengan memanggil Deena-saur. Ya, memang tak baik. Zaman gelap masih masa tu (Macam lah sekarang cerah sangat =.="). Alkisahnya, di akhir hari isnin, aku bergegas masuk lif nak balik bilik, dan disitu, dalam lif itu, jumpa Deena. Alhamdulillah :)


Saturday, March 9, 2013

ringkas dan addictive

Jun 2012

 "Perabih la ayam tu...sikit ja lagi"

Ambil ketul terakhir dari pinggan.
Cubit. Makan.

"Banyak laaa..."

"Baguih laa. Cepat besaq..."

Ayah.

Nak suruh perabih lauk.

:)


"Ikan ni sedap ni..."

Merujuk kepada ikan dalam gulai.

Ye ye je ayah, padahal ayah tak makan ikan.
Kes-kes tertentu ja baru makan.

"Hmm yang tu makan esok la..."

"Tak mau ikan temenung?"

"Ikan temenung esok malam la.."

"Ikan ni makan tengahari, ikan temenung goreng malam...?"

"Ha ah!"

:)


Simple conversations.
Cukup buat aku ketagih mahu balik rumah setiap minggu. 

Masa dengan ayah.

Berdua.

Priceless.




Setiap kali balik, kena lalu jambatan tu.
Sangat menyokong kalau harga tol jambatan dikurangkan.

Friday, March 8, 2013

ilustrasi




Aku beli buku ni
95% kerana ilustrasi
and 5% kerana tajuk.








dan lagi.

and that gives me an epiphany -

It is indeed unfair to judge a book only by its cover.
But that does not make the cover any less important.


:)

Thursday, March 7, 2013

Reminded

Bukan kelmarin.

Kelmarin, dalam kereta.
Botol air yang separuh penuh jatuh ke tempat brek tangan. Jari aku ada disitu.

"Ouchh!".

"Why..?"

*explain*

"Ok laa... hilang dosa you sikit..."

Mengingatkan aku satu hadis.

Nothing befalls a believer, a (prick of a) thorn or more than that, but Allah will raise him one degree in status thereby, or erase a bad deed.

Alhamdulillah.
-----

Singgah kedai. Beliau turun, hendak beli makanan.
Muncul satu lelaki yang tak dikenali, usia lebih kurang 40-50-an.

"Dik, boleh tolong hantar pakcik pergi Red House (satu tempat dalam uni)"

"Aa..umm..boleh.. Tunggu kawan beli barang kejap.."

Ada sebuah gitar di tempat duduk belakang dan instrumen itu menjadi modal bicara. Ramah pakcik itu bercakap tentang kereta myvi, gitar, muzik, sekolah muzik, menjadi guru muzik, bermain alat muzik zaman belajar boleh menghilangkan stress dan meningkatkan prestasi dan sebagainya.

Red House tak jauh.

"Terima kasih ya"

"Sama-sama"

*Pakcik tutup pintu kereta*

"Ah there's one good deed for you!" 

Alhamdulillah.



It's nice to be reminded always. Really.
Jazakillah khayr, you-know-who-you-are :)