Sesi pertama eksklusif untuk wanita sahaja. Ahli-ahli panel merupakan barisan isteri-isteri asatizah MURSHID, great women I shall say. Basically, they shared much about being a wife and mother. Also about being a madu (khabarnya, para isteri yang berperanan membantu suami menjadi adil). 0.o
Seterusnya,
Ustazah Norhafizah Musa yang wajahnya punya iras-iras Oki Setiana Dewi
mengupas isu kesaksamaan gender. Kesamaan dan kesaksamaan itu berbeda.
She provided us with a paperwork of hers regarding kesaksamaan gender.
Antara kata-kata akhir dari beliau - "Ayuh berazamlah menjadi sebatang
pohon tauhid" (referring to Surah Ibrahim 14:24-25).
Kemudian, slot Ustaz Hasrizal tentang gadis semasa dan srikandi-srikandi Islam terdahulu yang daripada kisah mereka boleh diambil iktibar.
|
Serious, bila tengok slide ni, the first thing yang terlintas dalam kepala adalah Totally Spies and the ringtone :D |
Regarding whether women should just stay at home or 'go out' a lot, Ustaz Hasrizal said - Don't be trapped in the tyranny of 'or'. Balancing is the key. Quoting Ustaz Hasrizal again - Orang perempuan perlu berperanan sama ada di
peringkat domestik mahupun di luar. Tetapi, apabila wanita keluar,
keluarlah dengan ilmu, dengan kemahiran, dengan profesionalisme Bukannya
dengan perhiasan, fizikal dan perangai.
Hari kedua ini juga mensajikan para peserta dengan slot pendek dari Ustaz Pahrol tentang perkahwinan. Tertarik benar dengan kata-kata beliau yang lebih kurang berbunyi kebahagiaan dalam berumahtangga bukan jaminan kebahagiaan di dunia.
And here are some bits and pieces of wise words from Ustaz Pahrol -
- Rumah kita dibina dengan quantity of our material sebaliknya rumahtangga dibina dengan quality of our heart. Rumah dibina dengan batu, kayu dan besi tapi rumahtangga dibina dengan mawaddah dan rahmah.
- Tujuan perkahwinan itu berkait terus dengan tujuan hidup manusia.
- Yang boleh menyatukan hati-hati manusia adalah Allah. Untuk menyatukan batu dan batu, kita gunakan simen. Antara kayu dan kayu, kita gunakan paku. Antara hati dan hati, kita gunakan iman.
Jika iman itu tujuan, syariat itu jalan.
- Akidah itu benih, syariat itu pohon, akhlak itu buahnya.
- Dalam rumahtangga, suami ada peranan dan hak, isteri juga ada peranan dan hak. Hanya bila suami menjalankan peranannya, hak isteri akan dipenuhi. Hanya bila isteri menjalankan peranan, hak suami akan dipenuhi. Tetapi kenapa berantakan dalam rumahtangga? Kerana kita fokus hanya untuk mendapatkan hak dan tidak menjalankan peranan.
Seterusnya, slot pendek regarding women's health dari Dr. Harlina Halizah Siraj.
Satu fakta menarik dari slot Dr. Harlina -
Kalau senggugut memang sejak akil baligh tu
tanda dia subur tapi bila tak pernah senggugut pastu lama-lama tiba-tiba
senggugut, boleh jadi tanda ketidaksuburan. Produktiviti sistem
reproduktif seorang wanita optimumnya pada usia 24 tahun dan selepas
usia itu, ia menurun.
dan ujian Pap Smear should cost you not more than RM50.
The idea of Pap Smear is scary though...
Sesi soal jawab bersama Ustaz Pahrol dan Dr. Harlina paling kelakar. Menyesal tak record =.=" Banyak pula masuk soalan tentang mencari pasangan, perigi mencari timba, bagaimana nak melamar lelaki dan bagaimana pula kalau ditolak. Regarding perempuan melamar lelaki, Dr. Harlina kongsi pengalaman sendiri menjadi orang tengah bagi satu pelajar perempuan beliau yang mahu menyatakan hasrat diperisterikan seorang pelajar lelaki yang satu kuliah yang berakhir dengan lelaki tersebut memberi penolakan.
Copied from K-Fiqh's FB page -
Soalan: al-Quran menyebut lelaki yang baik utk perempuan yang baik, bagaimana dengan yang biasa-biasa saja?
Ust Pahrol: Baik tiada hadnya. Seseorang boleh jadi baik, lebih baik, excellent, better than the best dan seumpamanya. Namun, apa maksudnya yang dikatakan biasa-biasa itu. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tak semestinya pada awal perkahwinan, kadang-kadang pada pertengahan perkahwinan atau mungkin pada hujungnya. Ada orang dapat perempuan baik pada awal perkahwinan namun ada orang
Allah uji dengan yang kurang baik, dengan tarbiyyah sang suami akhirnya
jadi baik pada pertengahan perkahwinan dan kekal sehingga akhir. Namun yang pentingnya ialah kita menyediakan diri kita untuk menjadi yang baik itu!
Sesi terakhir adalah forum Monogami dan Poligami: Antara keperluan, kehendak dan sunnah. Sebagai perempuan, tidak dapat tidak, aku secara peribadinya amat bersetuju dengan hujah Ustazah Fatimah Syarha. Apapun itu, monogami dan poligami keduanya Rasulullah pernah amalkan dan tidaklah mampu berpoligami itu menjadikan seseorang itu lebih hebat atau layak kepada sebarang penghormatan ekstra. Memetik kata-kata Ustaz Khairuddin Aman Razali - Yang sunnahnya ialah pada perkahwinan itu sendiri bukan pada 2,3 atau 4 orang isteri. Monogami juga bisa berantakan andai hanya satu pihak sahaja yang soleh atau keduanya tidak. Begitu juga poligami. Poligami juga bisa menjadi manis andai ahlinya soleh/solehah. Walaubagaimanapun, aku percaya masing-masing lebih tahu, baik wanita mahupun lelaki sama ada diri itu mampu atau tidak menjadi ahli sebuah poligami. Jadi teringat pada bacaan terdahulu bahawa poligami itu bisa jadi rahmat buat wanita kerana dia masih bisa bersama lelaki yang dicinta meski lelaki itu jatuh cinta dan mahu menikah dengan seorang lagi wanita kerana bagi lelaki, sekiranya wanita yang dicinta sudah menikah, tertutup sudah peluang untuk bersama sehingga wanita itu kematian suaminya atau bercerai. (Tiap kali disebut tentang poligami, tidak dapat tidak, jadi teringat pada repekan Ahadiat Akashah yang ini.) Ada satu soalan yang ditujukan kepada Ustazah Fatimah Syarha tentang apakah ada doa agar suami tidak berpoligami. Cebisan dari jawapan beliau jika tidak silap - Doalah apa sahaja kepada Allah untuk kebaikan dunia dan akhirat kita. Allah Maha Mendengar.
Dengan berakhirnya forum tersebut, maka berakhirlah Konvensyen Fiqh Wanita & Islam 2013.