Friday, January 25, 2013

Pilih

Bangku luar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 2010

Bukan aktiviti biasa, hari ini aku tonton Wanita Hari Ini. Kerana WHI tayang klip dari Air mata Nur Salina, aku jadi terpanggil untuk google dan akhirnya aku jadi menonton dari saat pertama sampai akhir cerekarama itu. Ah. Langsung merudum emosi dek jalan cerita penuh duka =.="

"Siapa yang salah buat pilihan tu? 
  Manusia....atau takdir?"
  -Salina-

Ada yang pernah cerita pada aku perihal dikatakan tilikan kad tarot bisa jadi karot kerana ia cuma relevan dengan keadaan semasa. Kerana hidup tak pernah putus menuntut manusia membuat pilihan. Dan kerana setiap pilihan akan bawa manusia ke jalan berbeda. 

Aku tak percaya kad tarot. 


Aku percaya sekecil-kecil pilihan bisa merubah sebesar-besar takdir. 

Aku percaya Tuhan Maha Dengar kalau kita doa





Ya Tuhan yang Maha Tetap Hidup. 
Ya Tuhan yang Maha Berdiri Dengan SendiriNya.
Perbaiki untuk aku setiap urusan dan jangan...
jangan pernah serahkan kepada aku semata meski buat sekelip mata.





terlalu jahil rasa aku
untuk sendirian pilih
mujur Tuhan kurnia
- doa dan tawakkal 

itupun kadang lupa
 

No comments: